Posts

Showing posts from November, 2012

Kenyataan Abuya Mengenai Demokrasi

Sedutan ucapan Tun Dr Mahathir , bekas Perdana Menteri Malaysia; Berita Harian online. Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya. "Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya. Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama di Majlis Konvokesyen Khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina. - bharian.com.my Nampaknya dari kenyataan Tun Dr.Mahathir, dia bar

Malaysia Selamat, Berkat Abuya

Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat  sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Abuya Pemuda Bani Tamim. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Walau pun rakyatnya pelbagai kaum dan agama namun hidup dalam suasana harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Percaya atau tidak, semua yang terjadi pada Malaysia adalah kerana berkat seorang pemimpin yang dijanjikan, yang dilahirkan di bumi Malaysia. Seperti yang disebut oleh athar dari sahabat Rasul SAW:  وَ بِهِمْ يُنْصَرُونَ وَ بِهِمْ يُرْزَقُوْنَ "Dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberi pertolongan  dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberikan rezeki. " "Abuya juga pernah sampaikan pada kita bahawa, Malaysia (Putra Jaya) adalah model pusat pentadbiran lahir dan Mekah menjadi model pentadbiran rohaniah."

MELAYU BARU ATAS NAMA ISLAM

Perkembangan sosial di Malaysia sangat menakutkan. Berita pembuangan bayi di merata tempat bukan lagi berita sensasi kerana sudah terlalu lumrah. Pengalaman GISB membuka projeknya di 3/4 dunia menerima respon yang baik di kalangan masyarakat antarabangsa, yang kemuncaknya GISB bertapak membangunkan projek di Haramain.  Di kalangan masyarakat Arab mereka menyatakan, "kamu dari Malaysia bagaikan Malaikat". Begitu sekali mereka memberikan kepercayaan kepada umat Islam dari Malaysia. Sikap dan watak orang Melayu dikenali sebagai kaum yang cukup bersopan santun. Bukan berwatak ganas dan kasar. Orang Melayu cukup lunak dalam serba serbi. Bukan kasar seperti orang Timur Tengah, orang Pakistan, orang Iran, orang Afrika.  Kita mendengar komentar masyarakat antarabangsa meluahkan kepada kita, bila mereka tahu kita dari Malaysia. Apa yang Abuya kongsikan dengan kita,  peperangan di Afghanistan, kematian di kalangan mereka hasil peperangan sesama sendiri lebih banyak

Ikhwan Dan Asoib; Pilihan Atas Pilihan

Mereka yang belajar di menara gading adalah orang-orang yang telah mengikuti ujian dan peperiksaan. Mereka adalah yang telah berjaya melepasi peringkat-peringkat dan ujian yang diaturkan bermula di peringkat rendah, menengah hinggalah ke pengajian tinggi. Bilangan awalnya ramai, tetapi setelah ujian demi ujian, peperiksaan demi peperiksaan, yang tinggal hanya sedikit. Itulah golongan yang mampu untuk berada di menara gading. Mereka adalah pilihan di atas pilihan, saringan atas saringan. Begitulah pejuang-pejuang di akhir zaman yang ditawarkan oleh Rasul SAW, iaitu Asoib dan Ikhwan. Bilangan mereka juga tidak ramai. Peluang terbuka kepada semua, tapi hanya pilihan sahajalah yang akan berjaya. Bukan sebarang pilihan, pilihan atas pilihan. Calon-calon yang ditawarkan oleh Rasul SAW tersebut, kena lalui ujian dan peperiksaan yang telah diberikan kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang sanggup menanggung keperitan dan kesusahan untuk membela agama Allah, agar Islam d

Kemenangan Muharram Adalah Hasil Gabungan Kekuatan Pasukan Roh Dan Pasukan Lahir.

Islam telah mengajarkan kita bahawa dalam semua rukun Iman adalah persoalan ghaibiah atau ruhiah. Siapa-siapa yang meninggal dunia atau ghaib, bilamana rohnya itu suci, ia dibawa ke satu tempat berhimpunnya roh-roh suci. Yakni termasuklah roh-roh para Nabi dan para wali. Allah berfirman : تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ   "Pada Malam itu, turun para malaikat dan para roh dengan izin Tuhan mereka, dalam segala urusan."   Al-Qadr: 4 Daripada ayat di atas, Tuhan menjelaskan bahawa memang akan didatangkan bantuan-bantuan daripada alam ghaib yang terdiri daripada malaikat dan roh-roh suci. Roh-roh suci ini terdiri dari kalangan para nabi, para wali, orang-orang soleh, orang beriman, juga jin-jin Islam. Mereka inilah pasukan tentera roh atau pasukan alam ghaib. Juga Bonda Wasilah perkenalkan istilah yang lain, mereka ini adalah daripada Kerajaan Ajaib.

ABUYA DI MANA-MANA.

“Now Abuya is every where”- Abu Khairullah Pada era dakwah ke luar negara, sebelum Arqam diharamkan, Abuya telah berdakwah ke seluruh Filipina terutamanya di ibu negaranya, Manila. Ada sebuah keluarga yang kuat pegangan kristiannya, telah diislamkan oleh Abuya. Rujukan boleh didapati dalam koleksi video Arqam. Keluarga yang yang telah islam ni terdiri daripada pasangan suami isteri dan anaknya. Sedangkan nenek di dalam keluarga tersebut adalah tokoh kristian yang menjadi rujukan penganut-penganutnya di sana khususnya di Manila. Ketika kami, rombongan Arqam menziarahi keluarga tersebut, nenek itu berkata kepada Abuya;  “Terima kasih Abuya kerana telah mengislamkan cucu saya”.   Dan dia berkata Abuya didatangkan oleh Tuhan untuk menyelamatkan manusia. Cucu kepada keluarga tersebut, yang nama islamnya Abu Khairullah telah bermimpi selama tiga hari berturut, yang di dalam mimpinya Abuya minta dia datang ke Malaysia. Hasil dorongan daripada mimpi tersebut, m

Jurucakap Rasulullah Juga Seorang Wanita

Siti Aisyah, Ummul Mukminin yang sangat membantu Rasulullah SAW di dalam membantu dan menyampaikan hasrat Baginda. Juga membantu memahamkan para sahabat apa-apa yang telah disampaikan daripada Baginda. Para sahabat, untuk sekadar memahami apa yang Baginda sampaikan itu, sekali sebut sahaja mereka sudah faham. Itu ilmunya. Tetapi untuk pengamalannya, ternyata para sahabat merujuk dengan Siti Aisyah. Merujuk untuk bagaimana perkara-perkara itu hendak dilaksanakan. Siti Aisyah bukan calang-calang wanita. Dia suka perpanjangkan silaturrahim kepada manusia. Jika bukan gilirannya bersama Baginda, dia akan bersedekah sebanyak yang mungkin yang termampu. Dia juga dikenali sebagai seorang wanita yang paling mahir bersyair, paling faham soal fekah dan sangat pakar di bidang perubatan. Ini semua dipelajarinya daripada Baginda Rasul sendiri dan ini para sahabat sangat menyaksikannya. Di usia seawal 9 tahun, bermulalah kelas pengajiannya dengan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ad

PANDANG TEMBUS SEORANG MURSYID

Di awal ketika penerimaan pelajar baru ketika 1976 di Sungai Penchala, diserahkan senarai nama-nama pelajar yang baru mendaftar. Abuya membacakan senarai nama-nama mereka dan bersama pandangan firasatnya tentang pelajar-pelajar terbabit. Ini disaksikan oleh semua guru dan pelajar yang hadir. Abuya memulakan dengan pelajar lelaki dahulu. Ada seorang pelajar, asalnya seorang penagih dadah. Kemudian boleh buka kitab sikit, kepit kitab celah ketiak, akhirnya guru dia pun ditendangnya! Ini telah terbukti setelah mendapat ilmu, berlakulah seperti yang Abuya katakan. Kemudian Abuya menyebutkan senarai nama perempuan bersama pandangannya. Ada seorang pelajar, Abuya kata; “Dia ni bila sampai masa, ramai orang masuk meminang. Gaji besar, gaji kecil, pangkat tinggi atau rendah, semua dia tolak. Kerana tak mahu kahwin dengan ahli jemaah.” Kata-kata Abuya menjadi kenyataan. Beberapa tahun selepas itu, dia pun berkahwin seorang guru. Nak dijadikan cerita, si suami ini t

PASUKAN ELIT TUHAN YANG MEMILIKI IMAN YANG AJAIB.

Apakah asas kekuatan yang Tuhan bekalkan untuk Islam? Bukan pada gedung-gedung yang gagah, masjid-masjid yang cantik, kitab-kitab yang bertimbun dan lain lain. Tapi apa yang Tuhan bekalkan dalam diri umat Islam? Iaitu IMAN yang kukuh dan berbaik sangka dengan Allah. Perkara-perkara tersebut disuburkan dengan ibadah-ibadah dan latihan-latihan rohaniah setiap hari. Kalau dengan latihan-latihan rohaniah yang dikekalkan setiap hari, jiwa akan kukuh. Manusia akan sampai ke makam yang lebih tinggi daripada malaikat. Cintakan mati dan hidup memperjuangkan Tuhan. Asas kekuatan yang diperolehi dengan beriman dan mendisplinkan diri, s embahyang berjemaah setiap waktu, dan mengamalkan tarekat (mengambil satu cara yang sistematik didalam mengekalkan latihan rohaniah setiap hari). Ini dikekalkan sebelum Abuya ghaib dan selepas Abuya ghaib. Bertarekat adalah satu cara mengatur dan menyusun supaya latihan-latihan rohani dan ibadah-ibadah yang dilakukan mendatangkan hasil. H

Bantuan Tentera Alam Ghaib

Firman Allah; إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَن يَكْفِيَكُمْ أَن يُمِدَّكُمْ رَبُّكُم بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُنزَلِينَ (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Al-Imran: 124 بلى إِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُم مِّن فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُم بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa , dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.” Al-Imran: 125 Dari ayat Quran diatas, dijelaskan bagaimana Tuhan membantu tentera Islam. Sepertimana Tuhan berikan bantuan kepada kebangkitan Islam yang pertama, begitulah Tuhan akan lakukan kepada kebangkitan Islam ke d

Peringkat-peringkat Kehidupan Roh

Tuhan ciptakan roh melalui enam peringkat kehidupan. Ketika Allah ciptakan seluruh roh manusia, Allah bertanya kepada semua roh-roh itu: وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".  Al-A'raf : 172 Ini adalah tahap pertama yang roh alami sebelum dimasukkan ke dalam fizikal-fizilkal ya

Abuya Dididik Oleh Kerajaan Ghaib

Diantara sebab seseorang itu mahu menjadi pengikut Abuya ialah kerana keberkesanan kata-kata Abuya kepada dirinya. Setiap kata-kata Abuya samada dalam cakap atau buku, sangat mengubah dirinya. Ada 'power' dalam kata-kata atau tulisan Abuya itu hingga memberi kekuatan untuk berubah.  Ini adalah pengalaman umum semua anak murid Abuya. Sebab itulah pengamalan Islam pada diri pengikut Abuya sejak dalam Arqam lagi sangat serius. Setiap kuliah Abuya pasti terus diamalkan dengan teliti dan serius. Mengamalkan Islam bukan saja yang wajib bahkan yang sunat pun sangat dibesarkan. Meninggalkan yang mungkar bukan sahaja yang haram, bahkan yang makruh pun sangat diperangi. Antara perkara makruh yang sangat diperangi Abuya ialah ROKOK. Sebab itu dalam jemaah Abuya, jangankan dadah, rokok pun sangatlah dilarang keras. Siapa yang masih merokok maka bukan ahli jemaah. Tapi ajaibnya, waktu zaman Arqam itu tidak ada peraturan khas untuk perokok atau penagih dadah, klinik k

KEAJAIBAN ROH SUCI

Pengertian roh atau definasi roh.  Kalimah roh ini berasal daripada bahasa Arab. Ertinya nyawa, jiwa, rohani, tidak berbenda, tidak berjisim. Wujudnya dapat dirasa oleh hati, dapat dikesan oleh akal tetapi tak boleh dipegang dan dilihat dengan anggota lahir. Roh orang-orang soleh kelihatan cantik berseri, manakala roh-roh yang jahat keadaannya suram dan tidak tenang. Dalam surah Al-Isra', Tuhan berkata mengenai roh apabila baginda ditanya mengenainya. Maka kata Tuhan di dalam Al-Quran;  “dan mereka bertanyakan tentang roh. Katakan: “Roh itu dari urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” Menurut ilmu Asbab Nuzul, turunnya ayat tersebut ialah ketika Rasulullah ditanya oleh Yahudi tentang roh. Maka Allah turunkan ayat tersebut untuk menjawab pertanyaan yang ditimbulkan oleh orang Yahudi itu. Maksudnya, Tuhan tidak berikan ilmu tentang roh pada semua orang. Hanya diberikan kepada Rasulullah SAW dan kepada mereka yang Rasu

Israel Menerima Serangan Pemimpin Ghaib

Mengikut keterangan Hadis, kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman, tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diterajui oleh Ikhwan.  Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim. Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim, Mujaddid akhir zaman. Para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya. Ada yang berdoa agar umur dipanjangkan. Ia bermula dari Timur dan kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah.   Israel menerima kejutan dari gabungan pemimpin ghaib, iaitu kekuatan Mukjizat dan karomah RSA. Ianya sangat disedari oleh Yahudi dan kuncu-kuncunya. Selama ini mereka sangat berbangga dan angkuh kerana memiliki sistem teknologi keselamatan dan kekebalan yang tercanggih di dunia.  Kerajaan Ajaib sekarang sedang bekerja untuk memastikan kerja-kerja kebangkitan Islam kali ke dua berjalan lancar. Berita website milik Israel mendapati, serangan ini dimuatkan dalam berita dunia seperti yang dimuatkan dalam REPU

Kisah Siti Aisyah RA Dan Sayyidina Ali RA; Yahudi Memutar Belit Kisah Sebenar

Bagaimana boleh Yahudi mereka-reka cerita bahawa Siti Aisyah menubuhkan pasukan untuk melawan Khalifah. Siti Aisyah tiada pasukan tentera, bagaimana kita menuduh dia mengetuai pasukan menentang Khalifah? Sedangkan pengawal yang bersama Siti Aisyah adalah kiriman Sayyidina Ali, bahkan Khalifah-khalifah sebelum itu telah pun melakukan hal yang sama; iaitu bertujuan melindungi isteri-isteri baginda. Ummahatul Mukminin perlu dijaga, bukan Siti Aisyah sahaja bahkan semua isteri-isteri Baginda dikawal supaya tidak difitnah oleh musuh. Bahkan Siti Aisyah tak tahu pun bahawa pengawal elit yang menjaganya adalah daripada perempuan-perempuan yang dipakaikan pakaian tentera lelaki, demi keselamatan dirinya. Sebelum Baginda wafat lagi, pasukan-pasukan pengawal telah diwujudkan berkaitan hal-hal keselamatan Baginda dan keluarga khususnya dan kota Islam amnya. Setiap kali Baginda bergerak atau musafir, akan disusun pengawal-pengawal ini mengikut susunan yang telah diaturkan. Ada yang

Didatangkan Pelbagai Orang Untuk Mengenal Kehebatan Mursyid

Di akhir era Rufaqa, Abuya datangkan Dr Mahmud, berbangsa Arab Uzbek dari Madinah, untuk berkongsi dengan kita bagaimana hubungan murid dengan mursyid,  apa beza murid dan murad. Kerana itulah dia didatangkan. Supaya kita berperasaan yang sepatutnya pada Abuya. Kata Abuya, bangsa Melayu adalah bangsa baru. Sebelum ini mana pernah ada Mursyid, tiba-tiba didatangkan. Terpinga-pingalah roh Melayu yang baru ini. Tetapi bagi bangsa Arab, dari zaman Rasulullah lagi mereka dah diajar adab-adab bermursyid, adab-adab dengan pemimpin. Jadi bersabarlah Abuya dengan karenah kaumnya yang baru, yang tak pernah datang sebelum ini petunjuk pada mereka. Kata Sayyidina Ali (Allah memuliakan wajahnya) ; "من لا شيخ فشيطان شيخه" Ertinya: "Barangsiapa yang tiada guru, maka syaitanlah gurunya." Erti guru disini ialah Mursyid yang memimpin hati, yang menyelamatkan di dunia dan di akhirat. Brother Said, dari London didatangkan Abuya untuk memperlihatkan bagaimana bangun

Setiap penyakit adalah untuk mendapatkan Tuhan.

Image
Dalam Islam , penyakit lahiriah ini terbahagi kepada dua . Pertama penyakit yang berpunca daripada hal-hal lahiriah , seperti kencing manis bila terlebih pengambilan gula, kolestrol berlebihan daripada lemak dan garam, luka bila terjatuh. Yang kedua berpunca daripada hal-hal yang ghaib , seperti sihir atau gangguan jin. Dalil Quran tentang wujudnya sihir ada di dalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang berbunyi: "Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhny

Syria, engkau di dalam doa kami.

Syria adalah sebuah negara Arab yang terletak di Timur Tengah. Ianya berada di tengah-tengah antara Turki di sebelah utara, Jordan di selatan, Lubnan di barat daya, Palestin antara Lubnan dan Jordan, dan Iraq di timurnya. Muka buminya subur dan tak seperti negara Arab yang lain kerana kedudukannya lebih ke arah eropah. Syria atau nama lainnya adalah Syam, bekas tapak Empayar Bani Umayyah. Di dalamnya terdapat lebih 10 ribu maqam sahabat dan ahlulbait, juga ribuan maqam-maqam orang soleh dan terdapat maqam-maqam para Nabi dan Rasul. Juga terdapat di dalamnya bandar tertua di dunia, letaknya di kota Dimasyk, atau Damsyik nama lainnya. Banyak tempat-tempat sejarah dan tamadun dunia di sana. Baginda SAW pernah beberapa kali sampai di sana cuma tidak sampai ke ibu kota Syam ketika ikut berniaga bersama pakciknya Abu Talib. Walaupun fizikalnya tidak sampai ke kota Syam itu, tetapi baginda mengirim doa buatnya. "Wahai Tuhan kami, berkatilah negeri Syam kami ini." Abuya juga

ORANG SOLEH DAN SALASILAHNYA

Teknologi Yahudi nak kenal pasti keturunan seseorang melalui ujian DNA. Bagi orang-orang Tuhan, untuk mengenal pasti keturunannya dengan teknologi roh. Ia berlaku bila Allah ilhamkan padanya tentang keturunan dan asal usulnya.  Imam Syafie mendapat gelaran 'Syafie' kerana wajahnya mirip wajah moyangnya. Moyangnya pula mirip Baginda Rasul SAW. Imam Syafie nasabnya hingga ke Abdul Mutalib. Datuk kepada moyangnya adalah sepupu kepada Rasulullah iaitu Abdul Yazid bin Hasyim bin Abd Mutalib bin Abd Manaf.  Keturunan yang baik juga adalah hasil doa, seperti doa Sayidina Umar Al-Khattab iaitu supaya didatangkan daripada nasabnya orang yang membela agama sepertinya. Maka lahirlah Umar Ibnu Aziz, berkat doa Sayidina Umar Al-Khattab moyangnya. Baginda Rasul juga berdoa, akan lahir keturunannya dari sulbi Sayidina Ali, iaitu seorang yang namanya seperti nama Baginda, nama bapanya juga seperti nama bapa Baginda, begitu juga nama ibunya sama seperti nama ibu Baginda. Ciri-ciri dan

SIKAP MUNAFIQ DULU DAN SEKARANG SAMA SAHAJA

Petikan ayat 1-7 surah Al-Munafiqun.  إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَذِبُونَ  "Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta".  Al-Munafiqun : (1)  Orang-orang munafik terdahulu dan sekarang sikapnya sama . Belakang lain depan lain. Cakap tak serupa bikin. Mulut lantang tapi hati tak kuat. Mereka talam dua muka, bahasa modennya ialah hipokrit. Di depan Mursyid berlakun alim, kata-katanya terhadap Mursyid melambung. Bukan Mursyid tak tahu, tapi raikan. Kalau dia menipu Mursyid, awal-awal lagi Mursyid dah tipu dia. Teruslah dia di dalam makar Mursyid. Ikrimah Ismail, yang kata RSA itu pal