Ikhwan Dan Asoib; Pilihan Atas Pilihan
Mereka yang belajar di menara gading adalah orang-orang yang telah mengikuti ujian dan peperiksaan. Mereka adalah yang telah berjaya melepasi peringkat-peringkat dan ujian yang diaturkan bermula di peringkat rendah, menengah hinggalah ke pengajian tinggi. Bilangan awalnya ramai, tetapi setelah ujian demi ujian, peperiksaan demi peperiksaan, yang tinggal hanya sedikit. Itulah golongan yang mampu untuk berada di menara gading. Mereka adalah pilihan di atas pilihan, saringan atas saringan.
Begitulah pejuang-pejuang di akhir zaman yang ditawarkan oleh Rasul SAW, iaitu Asoib dan Ikhwan. Bilangan mereka juga tidak ramai. Peluang terbuka kepada semua, tapi hanya pilihan sahajalah yang akan berjaya. Bukan sebarang pilihan, pilihan atas pilihan.
Calon-calon yang ditawarkan oleh Rasul SAW tersebut, kena lalui ujian dan peperiksaan yang telah diberikan kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang sanggup menanggung keperitan dan kesusahan untuk membela agama Allah, agar Islam dapat didaulatkan kembali sebagai satu cara hidup yang indah dan dapat dilihat oleh mata-mata manusia dan kemakmurannya dirasai semua.
Hati-hati mereka ini sangat takut dan cintakan Allah. Hati-hati mereka juga dapat diikat satu sama lain di kalangan mereka oleh Wasilah RSA, hingga sangat terbantu untuk mereka melahirkan model kehidupan yang sangat Indah.
Peluang Sy Fakhrur AR dan Bonda Ummu Jah AR berada di Haramain, RSA rezekikan banyak bertemu pejuang-pejuang tariqat yang mengirim pengikut masing-masing untuk berbaiah dengan IM. Kami bertemu dengan tariqat dari Turki dengan seragam berserban beramai-ramai datang ke Mekah dan juga tariqat-tariqat yang lain.
Kata Dr. Hisyam Jordan (kawan Abuya yang juga pensyarah universiti di sana) bila dikongsikan tentang Abuya ghaib, dia bukan sahaja boleh terima bahkan semakin kuat keyakinan dengan kita, malah bantu datangkan hujah-hujah kepada kita dengan membaca hadis tentang PBT adalah seorang lelaki ghaib.
Begitulah para Ikhwan itu, mereka itu adalah pilihan atas pilihan. Begitu juga Asoib, saringan daripada saringan. Ujian yang ditimpakan bukan sedikit dan kecil, malah ujian semakin bertambah. Dengan ujian itu melahirkan satu kelompok yang sangat berkualiti, tahan uji, yang terbukti mampu menghidupkan Islam.
Kemuncak ujian dalam melahirkan Ikhwan dan Asoib itu, bilamana mursyidnya dighaibkan dan mereka terpaksa lalui segala rintangan dengan panduan dan bimbingan daripada Wasilah mursyid. Disinilah ramai yang teruji. Ujian ini perlu, kerana bilamana mursyid kembali nanti, ujian akan semakin besar dan semakin besar.
Sumber kekuatan calon-calon Ikhwan dan Asoib.
Abuya pernah buat kuliah tentang ZIKIR AGUNG, antaranya:
“...tariqat-tarikat yang lain, seperti parti-parti komponen di dalam BN, yang bergabung mengendalikan negara. Tapi yang mengepalainya adalah Umno. Begitulah yang menerajui empayar adalah para Ikhwan dan Asoib dan tariqat-tariqat yang lain bergabung dan memberikan kekuatan mereka”.
Zikir Agung adalah satu pakej bekalan yang ditinggalkan Sayidi Syeikh untuk persiapan Ikhwan di akhir zaman. Semua ini dilakukan selepas sembahyang berjemaah. Ini telah diamalkan oleh Sayidi Syeikh dan jemaahnya yang berpusat di Singapura ketika itu.
Sekarang cicit beliau hendak meneruskan amalan tersebut, tapi tidak dapat diteruskan kerana dihalang oleh kerajaan Singapura. Jadi mereka terpaksa melakukannya di luar Singapura, iaitu berpusat di Kelang. Bagi kita yang tiada masalah untuk meneruskan sepatutnya lebih serius melakukan pakej tersebut.
Pakej ini bukan sahaja bekalan kita untuk mendapatkan Tuhan tapi ianya juga benteng kita daripada Dajjal yang merupakan musuh yang dipersiapkan untuk akhir zaman. Sedangkan ingatan untuk berjaga-jaga terhadap Dajjal juga telah dipesan kepada Rasul-rasul sebelum ini.
“Bagaimana Geng Albab boleh menuduh bahawa ini adalah rekaan Bonda Ummu Wasilah?! Sedangkan Geng Bola Albab adalah mereka yang pernah berkeyakinan yang sama, tetapi kerana gagal dalam ujian dan saringan, hati terus terbalik. Seolah-olah tidak pernah mendapat bimbingan dan panduan.”