Kenyataan Abuya Mengenai Demokrasi
Sedutan ucapan Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia; Berita Harian online.
Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya.
"Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya.
Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama di Majlis Konvokesyen Khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina. - bharian.com.my
Nampaknya dari kenyataan Tun Dr.Mahathir, dia baru sedar bahawa demokrasi sangat
bahaya khususnya dari sudut pemerintahan atau politik dalam bernegara. Sedangkan Abuya telah lama nampak bahwa sistem demokrasi sangat rosak dan merosakkan.
Abuya memperkatanya pada tahun 1993 yang kita boleh baca pandangan Abuya dalam bukunya, 'Meninjau Sistem Pemerintahan Islam '.
Sedutan pandangan Abuya tentang demokrasi;
"HAMPIR semua pemerintah atau pemimpin di dunia kini, baik orang Islam atau bukan, telah naik melalui pemilihan. Yakni hasil pemilihan rakyat jelata di hari pemilihan yang dilakukan beberapa tahun sekali. Pemimpin mana pun yang mendapat suara lebih dari yang lain, dia lah yang naik menjadi pemerintah untuk negara tersebut. Cara pemilihan pemimpin yang seperti itu adalah cara barat yang menganut ideologi liberal kapitalisme, yang mempraktikkan sistem demokrasi terbuka"."Hal seperti itu jauh berbeza dengan Islam yang merujuk pada Al Quran, Hadis dan ulil amri (ahlul halli wal 'aqdi). Dalam Islam, pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan sistem demokrasi terpimpin. Artinya, mereka dipilih dari kalangan beberapa orang yang menjadi intipati masyarakat yang disebut "ahlul halli wal 'aqdi". Di antara cara Islam dan cara Barat itu, terdapat perbezaan yang jauh. Saya akan membandingkan kedua hal itu supaya kita dapat melihat kebenaran dan kebijaksanaan sistem Islam."
Perbezaan Pertama:
Kita telah difahamkan bahwa melalui pemilihan umum, pemimpin yang naik adalah pilihan majoriti rakyat jelata. Padahal bila diamati, hal itu tidak semestinya terjadi. Misalnya dua orang calon bertanding di kawasan yang memiliki 10 ribu pemilih. A mendapat 4500 suara, B mendapat 4000 suara, dan yang tidak memilih 1500. Perbezaan antara keduanya cuma 500 suara saja. Tetapi yang tidak memilih sebanyak 1500. Artinya A cuma diterima oleh 4500 orang rakyatnya. Sedangkan 5500 lagi menolak kepemimpinannya. Hal itu sebenarnya akan membentuk satu pemerintahan yang tidak stabil. Negaranya mudah goyang.Keadaan akan menjadi lebih malang kalau terjadi seperti ini: terdapat tiga orang calon yang bertanding di kawasan yang pemilihnya ada 10 ribu orang.
Keputusannya, A dapat 3300 suara, B dapat 3300 suara, C dapat 3400 suara.Ertinya C menang dengan penyokongnya 3400 sedangkan penentangnya kalau ditambahkan antara dua calon yang lain ialah 6600. Secara demokrasi, bagaimana dapat dipastikan bahwa dia naik atas dukungan majoriti? Karena penentangnya lebih banyak daripada pendukung. Cuba gambarkan dalam sebuah negara yang penyokongnya sedikit dan penentangnya banyak, bagaimana negara itu akan stabil? Huru-hara selalu terjadi dan pemerintahan dapat tumbang dengan mudah. - Abuya
Begitulah pandangan Abuya mengenai sistem demokrasi yang sudah rosak ini. Bagi pejuang-pejuang yang ingin memperjuangkan Islam, mesti ingat; bahawa Islam itu ada sistemnya sendiri!