BAGAIMANA TUHAN MEMPROMOSIKAN ORANGNYA
Dalam nak mempromosikan Abuya kepada rakyat Malaysia, hingga menjadi bualan semua, bukannya kerja mudah. Sudah lama Abuya tidak menjadi bualan dikalangan rakyat Malaysia. Sedangkan Abuya adalah pemimpin besar, dia adalah penyelamat ummat. Mana boleh dia dilupakan. Maka bukan mudah untuk membuatkan ianya menjadi sebutan dan ingatan dikalangan rakyat Malaysia semula.
Rupanya Abuya sendiri yang buatkan agar dia dikenali semula. Serbuan JAIS di Majlis Sambutan Milad Abuya, jelas sekali mempromosikan Abuya. Kalau hendak dipanggil media massa yang ada untuk mempromosikan Abuya, jika tiada berita yang sensasi, maka kita tidak akan dilayan. Media massa sukakan sesuatu yang menarik, sensitif, yang boleh menarik perhatian untuk dipaparkan kepada umum. Ya, ternyata dengan serbuan JAIS itu membuatkan Abuya dipopularkan semula.
Memang nampak negatif tapi itulah caranya Abuya nak promosikan dirinya. Memang dari dulu lagi begitulah Abuya mempromosikan dirinya. Melalui tuduhan, kejian, dan pelbagai lagi perkara negatif yang dilemparkan kepadanya hingga menjadi paparan media massa. Akhirnya Abuya akan menjadi sebutan dan ingatan semua. Begitulah cara Tuhan mempromosikan orangnya. Pokok yang mahu tumbuh subur dan sihat perlulah diletakkan baja untuk menyuburkannya bukan gula. Sudah tentu berbezanya antara gula dan baja. Kalau pokok disiram dengan air gula sudah tentu akan mati. Manakala jika disiram dengan air baja walaupun busuk dan kotor, akan suburlah ia kerana itulah keperluannya. Ini semua maklum.
Begitulah hebatnya strategi Tuhan yang dilakukan kepada Abuya. Tipu daya Tuhan mengatasi kerja-kerja hamba-hambanya. Berjayalah sekali lagi Abuya menjadi sebutan di bibir-bibir rakyat Malaysia. Mana boleh Abuya dilupakan, dia manusia berjasa yang menyelamatkan iman-iman manusia.