GELARAN-GELARAN KEPADA ABUYA; BERKAITAN DENGAN PERANANNYA DAN PERKEMBANGAN JEMAAH

Di awal jemaah ditubuhkan, Abuya hanya dikenali sebagai Ustaz Ashaari. Peribadi abid dan pejuang sudah tertonjol. Buktinya, guru-guru agama di zaman itu tidak mampu membawa anak isteri mengamalkan Islam. Bahkan isteri-isteri atau anak-anak mereka nak tutup aurat pun tak larat. Pakai selendang jambul terkeluar. Itulah imej guru agama wanita di masa itu. Bahkan kalau ada yang memakai serkup, akan diperli. Antara kata-katanya ialah, “Nak tunjuk la tu! Isteri Mufti pun tak pakai!” Banyak lagi kata-kata yang dilemparkan masyarakat kerana kejahilan mereka. Begitulah bezanya Ustaz Ashaari dengan ustaz-ustaz yang lain.

Peribadi Abuya ketika itu dengan gelaran ustaz memang cocok. Sebab itu kebanyakan guru-guru agama sangat segan dengan peribadi Abuya. Antara bukti hidup yang melihat peribadi Abuya di masa itu ialah Sy Cikgu Abd Rahman. Sehinggalah jemaah berkembang dan Abuya banyak di luar negara, ketika itu Abuya diberi gelaran 'Syeikhul Arqam'. Sesuailah dengan gelaran itu, yang mana jemaah membesar bersama model Islam yang Abuya perjuangkan. Di era itu, makin ramai kawan-kawan dan kenalan Abuya daripada kalangan Syeikh-syeikh tareqat dari seluruh dunia.

Semua tareqat dan orang-orang yang faham tentang hadis berusaha mencari Pemuda Bani Tamim. Bahkan pencarian ini bermula dari zaman sahabat lagi. Apa yang berlaku pada Abuya, dia diberi alamat bahawa ciri-ciri PBT itu ada padanya. Maka Abuya mengembara ke seluruh dunia bagi membuktikan bahawa dialah PBT yang Tuhan janjikan untuk akhir zaman. Masya Allah! Ketika di luar negara, Abuya ditemukan dengan para Wazir Imam Mahdi yang berada di tempat masing-masing.

Mereka sangat membenarkan Abuya dan sangat menghormatinya. Sedangkan Abuya bukan bangsa Arab, tetapi kerana dia dijanjikan, dia dihormati oleh Syeikh-syeikh tareqat yang ditemuinya. Bahkan mereka mengkagumi perjuangan Abuya, kerana Abuya mampu memperjuangkan Imam Mahdi. Sedangkan mereka kalau bercakap tentang Imam Mahdi kena pergi jauh dari org ramai. Ini menunjukkan Abuya orang kanan Imam Mahdi, yang memperjuangkan Imam Mahdi. Sebab itu istimewanya dia berbanding para Wazir dan lain-lain Syeikh-syeikh tareqat ialah Abuya menunggu Imam Mahdi sambil menyiapkan tapak untuknya. Sedangkan Wazir-wazir dan lain-lain Syeikh tareqat hanya menunggu sahaja. Mereka ibarat abid tetapi bukanlah pejuang. Manakala Abuya sangat memperjuangkan Imam Mahdi dan Abuya melahirkan abid-abid di malam hari. Seperti di dalam asar sahabat,

" رهبان بالليل و فرسان بالنهار "
Ertinya; “Seperti Abid di malam hari dan pejuang di siang hari.” 

Abuya juga adalah mujaddid. Erti mujaddid ialah pembaharu. Dia bukanlah membawa agama baru tetapi dia memberikan roh yang baru kepada agama. Bila agama tidak lagi didaulatkan, Abuya datang membawa roh baru untuk agama kembali didaulatkan. Kerja-kerja Mujaddid ialah membaiki kerosakan di zamannya. Ibarat sebuah rumah, kalau rumah itu bocor atap, maka yang akan datang ialah tukang baiki atap. Kalau tiang yang rosak, pakar tianglah yang didatangkan. Tetapi di akhir zaman, seluruh bahagian sudah rosak. Ertinya orang yang nak membaikinya perlulah bukan calang-calang pakar. Kerana kesemua kerosakan rumah itu dia yang tanggung! Itulah tamsilan bagi Islam di akhir zaman. Islam tak rosak tetapi pengamalannya sudah dirosakkan. Sabda Baginda SAW;

Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah akan mengutus pada ummat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang Mujaddid yang membaharui urusan agamanya.”

Antara kerja mujaddid lagi ialah membawa pendekatan baru yang sesuai untuk keperluan zaman itu. Contohnya, kalau maksiat berleluasa di bidang hiburan, maka Islam perlu datang dalam bidang itu. Maka tertonjollah nasyid-nasyid Islam, pementasan Islam, begitulah dibidang-bidang yang lain seperti percetakan, multimedia, penyiaran dan lain lain. Abuya telah berjaya melakukannya. Sejarah telah mencatatkannya. Tiada siapa boleh menafikan.

Kemudian Abuya diberi kelebihan yang lebih besar kerana peranannya yang cukup besar. Bagi ahli-ahli tareqat, gelaran 'Sohibuzzaman' itu menggerunkan. Itu satu gelaran yang cukup besar dari Tuhan. Kalau Rasulullah, Baginda adalah 'Sohibul Azman'. Ertinya Baginda adalah tuan empunya seluruh zaman. Manakala, Sohibuzzaman adalah tuan kepada zamannya sahaja. Ertinya sekitar 100 tahun dia berperanan. Kalau di zaman Sayidina Umar ibnu Aziz, kerosakan hanya pada pemerintah. Dia didatangkan untuk membaiki disudut itu. Manakala Imam Ghazali, di zamannya agama telah diakalkan dan dia didatangkan untuk memurnikan semula ilmu agama. Rahsia di zaman itu Tuhan bukakan kepadanya.

Begitulah Abuya, rahsia akhir zaman dibukakan kepadanya. Maka Abuya sangat tahu apa-apa sahaja yang berlaku di seluruh dunia. Bahkan bila dikatakan Sohibuzzaman itu, apa sahaja yang berlaku di zamannya, di dalam pengetahuannya. Itulah kehebatan Sohibuzzaman yang Tuhan bekalkan. Contohnya, Abuya sudah diberitahu puluhan tahun lebih awal tentang dua kuasa besar dunia akan jatuh. Ketika Soviet masih berkuasa, Abuya telah menulis sajak tentang kejatuhannya. Sejarah telah membuktikan! Begitu juga, 20 tahun yang lepas Abuya menulis buku 'Barat Di ambang Maut'. Pada tahun 2012, dunia menyaksikan kejatuhan empayar barat yang diterajui Amerika. Maka tak hairanlah jika Abuya kata tsunami di Aceh itu dia yang buat, sedangkan Sandy yang melanda Amerika itu jauh lebih dahsyat bagi orang yang mengetahuinya!

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?