Syria, engkau di dalam doa kami.
Syria adalah sebuah negara Arab yang terletak di Timur Tengah. Ianya berada di tengah-tengah antara Turki di sebelah utara, Jordan di selatan, Lubnan di barat daya, Palestin antara Lubnan dan Jordan, dan Iraq di timurnya. Muka buminya subur dan tak seperti negara Arab yang lain kerana kedudukannya lebih ke arah eropah.
Syria atau nama lainnya adalah Syam, bekas tapak Empayar Bani Umayyah. Di dalamnya terdapat lebih 10 ribu maqam sahabat dan ahlulbait, juga ribuan maqam-maqam orang soleh dan terdapat maqam-maqam para Nabi dan Rasul. Juga terdapat di dalamnya bandar tertua di dunia, letaknya di kota Dimasyk, atau Damsyik nama lainnya. Banyak tempat-tempat sejarah dan tamadun dunia di sana.
Baginda SAW pernah beberapa kali sampai di sana cuma tidak sampai ke ibu kota Syam ketika ikut berniaga bersama pakciknya Abu Talib. Walaupun fizikalnya tidak sampai ke kota Syam itu, tetapi baginda mengirim doa buatnya. "Wahai Tuhan kami, berkatilah negeri Syam kami ini." Abuya juga pernah sampai di sana sekitar tahun 1986 ketika ekspidisi menyingkap kebenaran Al-Quran.
Kenapa Syam ini begitu istimewa? Baginda SAW pernah bersabda bahawa turunnya Nabi Isa AS di menara putih, di Masjid Umawi di Syam. Imam Ghazali ketika menulis kitab Ihya', beliau berada di dalam Kota Syam. Sayidina Umar Ibnu Aziz, pusat pemerintahannya adalah di Syam, dan banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang sangat berharga. Negara ini mencatat peristiwa-peristiwa besar di dalam sejarah dunia khususnya Islam.
Maka tak hairanlah mengapa di dalam doa kita mengatakan, "Wahai Tuhan, tolong selamatkan umat Islam di Syria", adalah kerana sekarang ini selain umat Islam dizalimi pendokong-pendokong Dajjal, sebenarnya peristiwa besar untuk kebangkitan Islam bakal berlaku disana. Tunggulah tak lama lagi akan berlaku!