Malaysia Selamat, Berkat Abuya

Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat  sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Abuya Pemuda Bani Tamim. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara.

Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Walau pun rakyatnya pelbagai kaum dan agama namun hidup dalam suasana harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Percaya atau tidak, semua yang terjadi pada Malaysia adalah kerana berkat seorang pemimpin yang dijanjikan, yang dilahirkan di bumi Malaysia. Seperti yang disebut oleh athar dari sahabat Rasul SAW:

 وَ بِهِمْ يُنْصَرُونَ وَ بِهِمْ يُرْزَقُوْنَ

"Dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberi pertolongan  dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberikan rezeki."

"Abuya juga pernah sampaikan pada kita bahawa, Malaysia (Putra Jaya) adalah model pusat pentadbiran lahir dan Mekah menjadi model pentadbiran rohaniah."


Juga Seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim dalam doanya; yang bermaksud:


وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَىٰ عَذَابِ النَّارِ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

   "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka."
(Surah Al-Baqarah: 126)


Negara Malaysia dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Dengan berkat adanya orang Tuhan, Malaysia dapat kekal dalam suasana aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Keberadaan Abuya tidak boleh dinafikan! Kesedaran Islam pada rakyat Malaysia, adalah berpunca daripada usaha-usaha dakwah Abuya. Abuyalah yang menyedarkan rakyat Malaysia terhadap Islam. Di zaman dakwahnya, semua surau-surau, masjid-masjid, pejabat-pejabat kerajaan, telah Abuya masuki dalam misi dakwahnya.

"Abuyalah pencetus makanan halal, hiburan Islam, percetakan Islam, fesyen Islam, dan kemuncaknya model kehidupan Islam melalui kampung-kampung yang Abuya buka, melalui jemaah Arqam".

Bukan hanya di dalam negara, bahkan di Asia Tenggara khususnya, sangat terasa keberkatan yang Abuya bawa. Di Thailand, Abuya sangat-sangat diterima. Bukan sahaja di kalangan rakyatnya bahkan di peringkat istana. Di Filipina, sebuah negara kristian pun Abuya berjaya membawa Islam model di sana.

Tiada siapa dapat nafikan kejayaan Abuya ini dan tiada siapa yg mampu melakukannya! Siapa di belakang Abuya hingga berjaya melakukan kerja-kerja sebesar ini? Kalau bukanlah kerana adanya baginda Rasul, Malaysia sudah lama kehilangan iman pada rakyatnya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?