KATEGORI ORANG-ORANG TUHAN

Ada 3 kategori orang-orang Tuhan yang didatangkan ke dunia ini iaitu; 


1. Setelah wafat dan tidak berperanan lagi. 

2. Wafat dan terus berperanan seperti Rasulullah saw. 

3. Tidak wafat/mati dan akan dikembalikan semula ke bumi untuk berperanan lagi seperti Nabi Isa. Di kalangan bukan Nabi akan berperanan terus kerana tidak mati ialah IM, PBT dan Ashabul Kahfi. 

“Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya”. Al-Kahfi : 11 

“Kemudian kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) untuk kami menguji siapakah dari dua golongan diantara mereka yang lebih tepat kiraannya tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)”. Al-Kahfi : 12 

“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”. An-Nisa : 158 

Dari ayat-ayat di atas, Tuhan telah memberitahu tentang adanya dua golongan yang akan dibangkitkan/didatangkan semula untuk akhir zaman. Datangnya Nabi Isa bukanlah memimpin tetapi membantu IM. Begitu juga Ashabul Kahfi yang akan didatangkan untuk membantu IM melawan dajjal dan kuncu-kuncunya. Kalau Nabi Isa itu Rasul, tetapi Ashabul Kahfi bukan Nabi dan Rasul. Namun tetap diistimewakan Tuhan untuk membantu kebangkitan Islam bersama IM. 

Kalaulah begitu hebat sekali Tuhan siapkan pembantu-pembantu IM, sudah tentu pemimpin kebangkitan ini iaitu IM dan orang kanannya, PBT lebih hebat lagi. Mereka disiapkan di alam ghaib untuk datang semula berhadapan dengan kejahatan dan kerosakan yang lebih parah dari zaman-zaman terdahulu. Maka sangatlah perlu kekuatan yang begitu ajaib untuk berhadapan dengan kerosakan yang telah berlaku. 

Kedatangan mereka kali kedua bersama kekuatan yang jauh lebih hebat dari kedatangan mereka sebelum mereka dighaibkan. Dunia sekarang sudah pun menyaksikan hasil kerja mereka. Kuasa besar dunia telah lumpuh dengan penangan mereka. Yahudi sangat sedar dan faham tentang perkara ini. Mereka sangat tahu nyawa mereka dihujung tanduk. Mereka sangat faham kerja-kerja Tuhan ini, sebagaimana Abuya pernah ingatkan kita sebelum ghaibnya bahawa yang tahu tentang kebangkitan ini adalah Abuya dan yahudi. 

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?