SIKAP MUNAFIQ DULU DAN SEKARANG SAMA SAHAJA
Petikan ayat 1-7 surah Al-Munafiqun.
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَذِبُونَ
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta".
Al-Munafiqun : (1)
Orang-orang munafik terdahulu dan sekarang sikapnya sama. Belakang lain depan lain. Cakap tak serupa bikin. Mulut lantang tapi hati tak kuat. Mereka talam dua muka, bahasa modennya ialah hipokrit. Di depan Mursyid berlakun alim, kata-katanya terhadap Mursyid melambung. Bukan Mursyid tak tahu, tapi raikan. Kalau dia menipu Mursyid, awal-awal lagi Mursyid dah tipu dia. Teruslah dia di dalam makar Mursyid. Ikrimah Ismail, yang kata RSA itu palsu; TH dan GBA menggunakan orang ini di dalam jemaah mereka untuk mempermain-mainkan kebenaran. Itu tak hairan, kerana memang itulah sikap munafik.
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan".
Al-Munafiqun : (2)
Al-Munafiqun : (2)
Selama ini berkata membela Mursyid, menyokong Bonda Wasilah. Tetapi rupa-rupanya, belakang lain depan lain. Terjadi begitu, sebab nak jaga kepentingan dan kedudukan masa itu sebagai Ketua BoD (KB). Dan KB diperjuangkan melalui orang-orangnya sehingga dirasakan KB itu cukup besar sedangkan peranannya hanya ketua kepada BoD sahaja. Menghalang kerja-kerja untuk bangunkan Islam, menyekat dana-dana untuk disalurkan ke projek-projek luar negara atas alasan daulah itu di Malaysia. Lebih-lebih lagi menghalang bantuan ke Haramain samada berbentuk dana atau tenaga manusia. Ini dijelaskan oleh Baginda SAW di dalam hadisnya;
اية المناقين ثلاثة. إذا حدث كذب و إذا وعد أخلف و إذا اؤتمن خان
Ertinya: “Tanda-tanda munafiq itu ada 3. Jika bercakap berdusta, jika berjanji memungkiri, jika diberi amanah khianat.”
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ ءآمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ
"(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)".
Al-Munafiqun : (3)
Al-Munafiqun : (3)
Semasa dalam majlis kepimpinan (PRSA), seolah-olah faham apa yang disampaikan. Tapi bila pulang sesama mereka menolak apa yang diterima dan memperlecehkan panduan-panduan yang diberikan. Mereka ini tak faham, tetapi nak diberi faham tak mahu. Hingga walaupun Quran dan Hadis yang mereka bacakan pun tak dapat nak difahami, lebih-lebih lagi untuk dilaksanakan. Jadi tak hairan sampai sekarang GBA masih tak berjaya bangunkan model Islam.
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?"
Al-Munafiqun : (4)
Al-Munafiqun : (4)
Bagi mereka yang tidak ada kekuatan, akan tertarik dengan penampilan GBA. Ini semua maklum, ketika GBA dalam jemaah lagi. Penampilan mereka eksklusif. Pakaian mewah, sesama mereka dengan kereta mewah. Setiap kali bertemu cincin-cincin di jari bertukar, harga hampir beribu. Mereka yang tak punya, pasti terpesona. Mahu mendekati malu kerana tak mampu. Itulah GBA, kaya untuk diri bukan untuk Islam. Bercakap bagai ulama, hadis-hadis keluar ibarat mutiara. Kalau yang mendengar tapi tak mengenali mereka, pasti jatuh hati. Tapi itu semua kosong tiada isi. Ibarat mengetuk tin kosong, bunyinya kuat tapi tiada isi. Kita ingat mereka ini boleh digunakan untuk bangunkan Islam, rupanya tak boleh! Bayar sewa dan belian barang pun dengan cek kosong, kuat apanya tu!
Apa-apa yang disampaikan dari Bonda Ummu Jah AR, dalam keadaan suara dan nada yang tinggi; GBA fikir itu untuk mereka. Seolah-olah Wasilah tak suka mereka. Kerana mereka tahu apa yang ada dalam hati mereka dan mereka bersangka-sangka terhadap Wasilah. Sebenarnya mereka ini musuh. Sudah terserlah apabila diminta taat tapi tak mahu. Bahkan memilih musuh untuk dijadikan kawan. Sungguh pelik kenapa sanggup bermusuh dengan kebenaran!
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh."
Al-Munafiqun : (5)
Al-Munafiqun : (5)
Bila anjuran bertaubat, baiki diri, kuarantin, nasihat dan teguran berlaku pada orang lain, mereka mengingatkan supaya terima dan sabar. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, tak boleh terima bahkan melenting dan merajuk. Tak cukup itu, ajak dan seret orang lain ikut sama.
سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
"(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik."
Al-Munafiqun : (6)
Al-Munafiqun : (6)
Apa yang kita sampaikan dan hujjahkan adalah untuk mereka yang mahu menerima kebenaran, dan untuk terus bersama Mursyid. Di pihak GBA, mereka memang takkan terima bahkan kalau kita ingatkan mereka, semakin jauh mereka daripada kebenaran.
هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُوا عَلَى مَنْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ
"Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)."
Al-Munafiqun : (7)
Al-Munafiqun : (7)
GBA teruslah menghasut supaya orang meninggalkan GISB dan Bonda Wasilah. Mereka menyangka bahawa sesudah ketiadaan mereka, jemaah akan lemah. Tetapi mereka lupa bahawa di belakang GISB ada Allah dan Rasul. Buktinya selepas Milad Abuya dan Haji Akbar, pelbagai peristiwa dan kejadian luarbiasa yang membenarkan Abuya itu terus memimpin walaupun ghaib. Semua hati-hati yang terbuka merasainya. Akan tetapi, teruslah GBA tidak memahaminya seolah-olah dicabut semua yang pernah diberikan selama ini.