ABUYA DI MANA-MANA.
“Now Abuya is every where”- Abu Khairullah
Pada era dakwah ke luar negara, sebelum Arqam diharamkan, Abuya telah berdakwah ke seluruh Filipina terutamanya di ibu negaranya, Manila.
Ada sebuah keluarga yang kuat pegangan kristiannya, telah diislamkan oleh Abuya. Rujukan boleh didapati dalam koleksi video Arqam. Keluarga yang yang telah islam ni terdiri daripada pasangan suami isteri dan anaknya. Sedangkan nenek di dalam keluarga tersebut adalah tokoh kristian yang menjadi rujukan penganut-penganutnya di sana khususnya di Manila.
Ketika kami, rombongan Arqam menziarahi keluarga tersebut, nenek itu berkata kepada Abuya;
“Terima kasih Abuya kerana telah mengislamkan cucu saya”.
Dan dia berkata Abuya didatangkan oleh Tuhan untuk menyelamatkan manusia.
Cucu kepada keluarga tersebut, yang nama islamnya Abu Khairullah telah bermimpi selama tiga hari berturut, yang di dalam mimpinya Abuya minta dia datang ke Malaysia. Hasil dorongan daripada mimpi tersebut, mendorong dia untuk bertemu Abuya. Tibanya di Malaysia, dia mendapat berita Abuya sudah tiada. Maka dia tidak dapat mengawal perasaannya, sehingga marah kepada penyampai maklumat akan berita pemergian Abuya. Dia dibawa oleh ahli jemaah GISB bertemu dengan SFRA, yang berada di Taman Tun.
Dia memerhatikan SFRA berulangkali hinggakan SFRA kehairanan, kenapa begitu sekali pandangannya. Maka dia meluncurkan kata-kata, “Now Abuya every where”. Katanya lagi kepada SFRA:
“Kalau kamu nak menjadi orang lain dah tak boleh. Abuya dah membentuk sebagaimana yang dia kehendaki, dan kamu takkan boleh menjadi orang lain sekalipun kamu berkeinginan ke arah lain”
Dia kembali tenang setelah merasakan Abuya kini berada dimana-mana.
Daripada kisah ini, sangat membenarkan apa yang diminta pada kita oleh Wasilah untuk mendapatkan Abuya 100%, kerana bagi mereka yang telah mendapatkan Abuya 100% di hatinya akan dipandu. Itulah yang dimaksudkan bahawa Abuya kini berada di mana-mana.