ORANG SOLEH DAN SALASILAHNYA

Teknologi Yahudi nak kenal pasti keturunan seseorang melalui ujian DNA. Bagi orang-orang Tuhan, untuk mengenal pasti keturunannya dengan teknologi roh. Ia berlaku bila Allah ilhamkan padanya tentang keturunan dan asal usulnya. 

Imam Syafie mendapat gelaran 'Syafie' kerana wajahnya mirip wajah moyangnya. Moyangnya pula mirip Baginda Rasul SAW. Imam Syafie nasabnya hingga ke Abdul Mutalib. Datuk kepada moyangnya adalah sepupu kepada Rasulullah iaitu Abdul Yazid bin Hasyim bin Abd Mutalib bin Abd Manaf. 

Keturunan yang baik juga adalah hasil doa, seperti doa Sayidina Umar Al-Khattab iaitu supaya didatangkan daripada nasabnya orang yang membela agama sepertinya. Maka lahirlah Umar Ibnu Aziz, berkat doa Sayidina Umar Al-Khattab moyangnya. Baginda Rasul juga berdoa, akan lahir keturunannya dari sulbi Sayidina Ali, iaitu seorang yang namanya seperti nama Baginda, nama bapanya juga seperti nama bapa Baginda, begitu juga nama ibunya sama seperti nama ibu Baginda. Ciri-ciri dan bentuk tubuhnya serta akhlaknya sama seperti baginda. Itulah dia yang ditunggu-tunggu oleh dunia sebagai penyelamat akhir zaman. Dia ialah Muhammad bin Abdullah, khalifah Rasulullah atau gelarannya ialah Al-Mahdi. Dia adalah dari doa Baginda, dia adalah mukjizat Baginda, dia adalah cahaya Baginda di akhir zaman. 

Begitu juga Abuya, kelahirannya telah didoakan. Bahkan seperti pemimpin-pemimpin besar Islam yang lain, kelahirannya dirancang dan namanya juga disiapkan. Nama 'Ashaari' itu dibekalkan Sayyidi melalui khalifah kanannya iaitu Kiyai Syahid sebalum beliau dighaibkan. Maka lahirlah Abuya dengan nama yang telah disiapkan. Rupanya semua orang-orang Tuhan ini kelahiran mereka didoakan. Wajah-wajah mereka seiras. Mereka ini, jasadnya berjauhan tapi hati sangat dekat. Ibarat kawan yang sudah lama tak bertemu, bila bertemu melepaskan rindu. 

Abuya kerana terlalu merindui ibunya, selalu mendoakannya. Abuya adalah anak yang soleh. Walaupun tak pernah bermanja dan berlama-lama dengan ibunya, namun kasih ibunya tetap dirasainya. Namun kerana tak lama dengan ibunya, perasaan rindu terhadapnya begitu mendalam. Maka sebagai pengubat rindu dan supaya Abuya tak terseksa menahan rindu terhadap ibunya, Abuya direzekikan seorang anaknya yang mirip wajah ibunya. Namanya Siti Fatimah At Tamimi, tiap kali Abuya melihatnya terubat rindu dan bertambah kasih kepada ibunya. Seolah-olah ibunya hadir bersamanya memberi kekuatan untuk berjuang di kebangkitan Islam kali kedua.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?