PANDANG TEMBUS SEORANG MURSYID

Di awal ketika penerimaan pelajar baru ketika 1976 di Sungai Penchala, diserahkan senarai nama-nama pelajar yang baru mendaftar. Abuya membacakan senarai nama-nama mereka dan bersama pandangan firasatnya tentang pelajar-pelajar terbabit. Ini disaksikan oleh semua guru dan pelajar yang hadir.

Abuya memulakan dengan pelajar lelaki dahulu. Ada seorang pelajar, asalnya seorang penagih dadah. Kemudian boleh buka kitab sikit, kepit kitab celah ketiak, akhirnya guru dia pun ditendangnya! Ini telah terbukti setelah mendapat ilmu, berlakulah seperti yang Abuya katakan.

Kemudian Abuya menyebutkan senarai nama perempuan bersama pandangannya. Ada seorang pelajar, Abuya kata;

“Dia ni bila sampai masa, ramai orang masuk meminang. Gaji besar, gaji kecil, pangkat tinggi atau rendah, semua dia tolak. Kerana tak mahu kahwin dengan ahli jemaah.”

Kata-kata Abuya menjadi kenyataan. Beberapa tahun selepas itu, dia pun berkahwin seorang guru. Nak dijadikan cerita, si suami ini tertarik dengan dakwah daripada pensyarahnya, almarhum, Cikgu Zainal. 

Akhirnya kerana tertarik dengan Islam yang dibawa, si suami tadi terus bersama jemaah dan berpindah ke Batu Hampar. Sampai di sana, membuktikan lagi kata-kata Abuya bilamana ada ahli yang mendengar kata-kata Abuya tentangnya. Benarlah kata-kata Abuya.

Makam kasyaf ini sudah lama Allah berikan kepada Abuya. Bahkan ianya semakin tajam mengikut peranan dan keperluannya. Sesuailah ketika itu peranan Abuya sebagai pengetua, itulah yang diperlihatkan kepadanya.

Setelah peranannya semakin besar, begitu jugalah pandangan tembusnya. Abuya pernah sebut tentang kejatuhan Soviet bahkan dituliskan sajak-sajak tentang kejatuhannya beberapa tahun sebelum ianya berlaku. 

Begitu juga 20 tahun lepas, Abuya telah keluarkan buku bertajuk 'Barat Di Ambang Maut'. Kini dunia menyaksikan kejatuhan empayar barat yang diketuai Amerika. Mereka sudah lumpuh dan tidak mampu untuk bangkit lagi.

Abuya juga pernah berkata, Anuar Ibrahim tidak akan jadi PM Malaysia. Terjadi pada tahun 1998, Anuar dilucutkan jawatan. Dia dijatuhkan dengan sebegitu hinanya. Bahkan Abuya terus berkata, Anuar tidak akan jadi PM walaupun apa cara yang diusahakannya dan siapa pun  di belakangnya.
Abuya juga berkata, Malaysia sebuah negara yang dijanjikan untuk kebangkitan Islam ke dua. 

Walau apa pun yang berlaku kepadanya, tetap akan menghala kepada kebangkitan Islam. Sekarang kerajaan semakin risau dengan suasana politik yang parah dan tiada masa depan, keadaan ekonomi yang gawat dengan hutang yang terlalu banyak; kata Abuya, “Ini negara yang dijanjikan. Allah ada cara untuk selamatkannya!”

Abuya juga kata PR13 adalah yang terakhir dan selepas itu tiada lagi PR di Malaysia. Nampaknya keadaan dan suasana sangat membenarkan. Gawat dan parahnya politik di Malaysia. Apa-apa yang dilakukan, semuanya menjatuhkan maruah masing-masing dan menghilangkan kepercayaan rakyat.

PM Malaysia, Dato Seri Najib sendiri telah memulakan hubungan kerjasama dengan GISB. Bermula dengan khidmat badal haji untuk almarhum bapanya, juga bekas PM Malaysia ke dua iaitu, Tun Abd Razak. Juga badal haji kepada bapa mertua dan ibu mertuanya, iaitu bapa dan ibu kepada Datin Seri Rosmah Mansur.

Begitulah anugerah yang diberikan Allah pada Abuya. Ini membenarkan asar sahabat; 


اتّقُوا فِرَاسَةَ المُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُوْرِ اللهِ

Takutlah firasat orang mukmin, kerana sesungguhnya dia melihat dengan pandangan Allah!

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?