Kisah Siti Aisyah RA Dan Sayyidina Ali RA; Yahudi Memutar Belit Kisah Sebenar
Bagaimana boleh Yahudi mereka-reka cerita bahawa Siti Aisyah menubuhkan pasukan untuk melawan Khalifah. Siti Aisyah tiada pasukan tentera, bagaimana kita menuduh dia mengetuai pasukan menentang Khalifah? Sedangkan pengawal yang bersama Siti Aisyah adalah kiriman Sayyidina Ali, bahkan Khalifah-khalifah sebelum itu telah pun melakukan hal yang sama; iaitu bertujuan melindungi isteri-isteri baginda. Ummahatul Mukminin perlu dijaga, bukan Siti Aisyah sahaja bahkan semua isteri-isteri Baginda dikawal supaya tidak difitnah oleh musuh. Bahkan Siti Aisyah tak tahu pun bahawa pengawal elit yang menjaganya adalah daripada perempuan-perempuan yang dipakaikan pakaian tentera lelaki, demi keselamatan dirinya.
Sebelum Baginda wafat lagi, pasukan-pasukan pengawal telah diwujudkan berkaitan hal-hal keselamatan Baginda dan keluarga khususnya dan kota Islam amnya. Setiap kali Baginda bergerak atau musafir, akan disusun pengawal-pengawal ini mengikut susunan yang telah diaturkan. Ada yang menjaga di depan dan ada yang di belakang. Terjadi peristiwa fitnah ke atas Siti Aisyah oleh munafiq, ketika pulang dari Bani Mustalik. Baginda meminta Sahabat yang bertugas memantau dan melihat di barisan belakang, jika ada orang atau barang yang tertinggal. Ketika itulah Sayyidina Sofwan terjumpa Siti Aisyah yang tertinggal, kerana penarik untanya menyangka yang beliau sudah berada di atas untanya. Maka tersebarlah fitnah dan Tuhan biarkan sebulan lamanya peristiwa itu. Hinggalah Tuhan menurunkan wahyu kepada Baginda, bahawa itu fitnah yang dibuat oleh kaum munafik sekaligus pembelaan ke atas Siti Aisyah! Bayangkanlah, jika Baginda belum wafat pun macam-macam cerita telah direka, lagi-lagilah selepas kewafatan Baginda.
Yahudi teruslah melahirkan munafik-munafik yang membawa dan menyebarkan fitnah-fitnah kepada ummat Islam. Apa yang berlaku, Siti Aisyah dikawal oleh pengawal-pengawal yang Sayyidina Ali lantik untuk menjaganya, bukan untuk berperang! Tapi Yahudi putarkan, bahawa Siti Aisyah mengetuai tentera mahu melawan Khalifah. Berlakulah fitnah yang menyebabkan ramainya umat Islam rosak fikiran mereka. Tapi Tuhan ada cara membela kekasih-kekasihNya. Yahudi itu, apa sahaja perancangan jahat yang dilakukannya, akhirnya memenangkan Islam.
Apa yang berlaku dalam jemaah sekarang, ada di kalangan GBA menganggap peristiwa ini adalah ulangan sejarah. Tetapi mereka tidak tahukah, kes yang berlaku adalah berbeza. GBA itu orang-orang yang dihukum, sedangkan Siti Aisyah dan Sayyidina Ali tak bermusuh pun. GBA kata mereka hormat Bonda Wasilah kerana dia isteri Mursyid, tapi pada masa yang sama mengata dan menghinanya. Samakah keadaan dua peristiwa ini? GBA adalah mereka-mereka yang ditegur kesalahannya kerana bekerjasama dengan musuh, dan tak taat. Mana sama dengan para sahabat. GBA adalah himpunan orang-orang yang merajuk, mana ada sahabat yang merajuk. Berbeza betul!
Bonda Wasilah itu penghubung kita dengan Abuya, bukan dia pemimpin. Kan sama-sama yakin Abuya itu ghaib. Peranan Wasilah sekarang ni sama sahaja dengan peranannya ketika Abuya 7 tahun dalam selimut. Dulu Abuya dalam selimut, sekarang Abuya di alam lain untuk menjemput Imam Mahdi. Beza itu sahaja. Janganlah terkeliru dan termakan kata-kata musuh. Biarlah musuh ditipu, jangan kita turut ditipu.