Kemenangan Muharram Adalah Hasil Gabungan Kekuatan Pasukan Roh Dan Pasukan Lahir.
Islam telah mengajarkan kita bahawa dalam semua rukun Iman
adalah persoalan ghaibiah atau ruhiah. Siapa-siapa yang meninggal dunia atau
ghaib, bilamana rohnya itu suci, ia dibawa ke satu tempat berhimpunnya roh-roh
suci. Yakni termasuklah roh-roh para Nabi dan para wali.
Allah berfirman :
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Al-Qadr: 4
Daripada ayat di atas, Tuhan menjelaskan bahawa memang akan
didatangkan bantuan-bantuan daripada alam ghaib yang terdiri daripada malaikat dan
roh-roh suci. Roh-roh suci ini terdiri dari kalangan para nabi, para wali, orang-orang
soleh, orang beriman, juga jin-jin Islam. Mereka inilah pasukan tentera roh
atau pasukan alam ghaib. Juga Bonda Wasilah perkenalkan istilah yang lain,
mereka ini adalah daripada Kerajaan Ajaib.
Ini bukanlah rekaan, bahkan banyak lagi yang dinyatakan di
dalam Quran tentang wujudnya tentera ghaib atau pasukan ghaib atau alam ghaib.
Antaranya, firman Allah Taala;
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
An-Najm: 16
Ketika ini Baginda melihat Jibril dengan bentuk asalnya dan di
sana pelbagai makhluk-makhluk yang sangat asing bentuknya dan menenangkan jiwa
apabila melihatnya, makhluk-makhluk itu bukan yang berada di alam nyata.
فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ
Al-Haaqqah: 38
وَمَا لَا تُبْصِرُونَ
Al-Haaqqah: 39
Dari ayat-ayat di atas, sangat menjelaskan kepada kita bahawa wujudnya alam ghaib dan bukanlah asing kehidupan kita dengan para roh ini. Cuma diletakkan tabir di antara dua alam ini supaya berjalanlah ianya dengan kehendak Tuhan yang Maha Kuasa.
Para roh ini sangat membantu untuk kerja-kerja membangunkan
Islam.
Bagi umat islam yang beriman, percaya dan yakin kepada alam
ghaib adalah satu kewajiban. Bahkan di dalam rukun iman, semuanya adalah
perkara ghaib. Mata tidak boleh melihatnya, tetapi mata hati yang sucilah yang
diizinkan untuk melihatnya. Itulah roh yang bersih yang diberi kelebihan kepadanya.
Bahkan, Tuhan berkata bahawa Quran itu sendiri adalah
kekuatan bagi orang-orang yang meyakini hal-hal ghaib. Bagi orang awam biasa, Quran
tidak mendatangkan kesan padanya, kecuali hanya sedikit.
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Al-Baqarah: 3
Dan perlu diingat! Adalah tidak salah bagi seseorang yang
memperjuangkan Islam menceritakan hal-hal yang ghaib demi kekuatan untuk umat
Islam. Mana boleh dipisahkan dunia dan akhirat. Akhirat adalah hal yang ghaib.
Syurga dan neraka adalah ghaib. Dosa dan pahala juga adalah ghaib. Bahkan
malaikat, jin, dan syaitan juga adalah ghaib. Sedangkan kita mesti beriman dengannya.
Jahatnya yahudi memesongkan fikiran umat Islam, bahawa siapa
yang memperkatakan tentang hal ghaib, dia adalah sesat! Lihatlah bagaimana
Tuhan sendiri membela Baginda SAW apabila Baginda bercerita dan bersumpah dengan
hal-hal yang ghaib.
وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ
At-Takwir: 24
Bagaimana Wahabi mahu menafikan ayat-ayat Quran tentang hal
ini?! Wahabi sangatlah memisahkan soal-soal bersifat ghaib ini. Tapi apakah
mahu menafikan apa yang Tuhan sampaikan dalam Quran ini?!
Ini juga sangat membenarkan apa yang Bonda Wasilah
sampaikan. Apakah TH dan GBA mahu menafikan kata-kata Wasilah? Bermakna
menafikan Quran, menafikan Rasul! TH dan GBA tak baca Qurankah bilamana TH dan
GBA kata RSA itu palsu? Apa yang TH belajar di Pakistan sampai ayat-ayat Quran
ini boleh TH nafikan?
Betullah firman Allah itu, rupa-rupanya Quran itu adalah
panduan dan pimpinan bagi orang-orang yang meyakini hal-hal ghaib. Bukanlah untuk
orang awam biasa.
Patutlah kita lihat, makin ramai yang hafal Quran pun, Islam
tetaplah terhina. rupa-rupanya, Quran adalah untuk orang yang bercita-cita
membangunkan Islam, perjuangkan Islam, sanggup mati untuk Islam, dan kini sudah
ada orang yang bersama-sama Quran untuk membangunkan Islam. Selepas ini, Islam
akan terus menang. Islam takkan kalah lagi.