MALAYSIA BUKAN LAGI MALAYSIA; MAKSIAT BERLELUASA

Isu pembuangan bayi adalah masalah yang sangat serius melanda negara. Setiap hari terpapar dalam akhbar tentang pembuangan bayi. Itu yang termampu dipaparkan. Yang tersorok, yang pihak media tidak laporkan kerana berita tidak sampai kepada mereka terlalu banyak. Tiap-tiap hari masyarakat menemukan bayi-bayi di dalam tandas, tempat pembuangan sampah, di longkang-longkang, bahkan ada yang belum sempurna bentuknya iaitu janin-janin yang ditemui digonggong anjing. Ini semua adalah malapetaka yang melanda masyarakat Malaysia. 

Bagi kita sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ummat Islam perlu buat sesuatu sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau di barat, mereka menyelesaikan masalah ini antaranya dengan memberi kondom percuma dan pendidikan seks di sekolah. Tetapi ini bukan penyelesai masalah, bahkan masyarakat menjadi semakin rosak dan rasa selesa untuk melakukan kejahatan ini secara terbuka dan berleluasa. 

Kita sebagai ummat Islam, pertama sekali kena kenal pasti punca masalah. Puncanya adalah; pertama, masyarakat tidak dididik lagi untuk mengenali Tuhan. Tahu tentang Tuhan tidak cukup. Kalau untuk tahu tentang Tuhan, memang sudah banyak sekolah-sekolah agama, pengajian-pengajian agama di surau, masjid, sekolah, bahkan di radio, tv dan internet sangat banyak didapati. Tetapi masalah terus berlaku dan semakin banyak. Ini maknanya perlu ada program lain untuk kita mengenali Tuhan. Hingga kita rasa Tuhan itu melihat, menjaga, dan timbul di hati rasa diawasi selalu di mana-mana. Bila sudah timbul perasaan-perasaan ini di hati-hati manusia, ini membantunya mengawal dirinya daripada perbuatan terkutuk tersebut. 

Kedua ialah, berpunca daripada pergaulan bebas. Walaupun kelas agama banyak dan merata, begitu jugalah laluan syaitan ini tumbuh seperti cendawan. Bahkan di tempat-tempat pengajian itulah berlakunya maksiat-maksiat ini. 

Punca ketiga, bahan-bahan dan maklumat-maklumat mengenainya tersebar luas dan payah dibendung. Kalau dahulu, nak menjaga seorang anak, dikurungnya di dalam bilik. Tetapi sekarang, di dalam bilik itulah pusat operasi maksiat berlaku.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?