Bantuan Tentera Alam Ghaib

Firman Allah;

إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَن يَكْفِيَكُمْ أَن يُمِدَّكُمْ رَبُّكُم بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُنزَلِينَ

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Al-Imran: 124

بلى إِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُم مِّن فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُم بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ


Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.” Al-Imran: 125


Dari ayat Quran diatas, dijelaskan bagaimana Tuhan membantu tentera Islam. Sepertimana Tuhan berikan bantuan kepada kebangkitan Islam yang pertama, begitulah Tuhan akan lakukan kepada kebangkitan Islam ke dua. Bagi orang Islam yang beriman, mereka sangat yakin dan berpegang kepada bantuan ghaib. Bahkan salah satu syarat kebenaran itu ialah berlaku padanya 'Khawariqul 'Adah'. Khawariqul 'Adah yang paling besar ialah bantuan dari alam ghaib.

Bantuan ghaib diturunkan bertujuan selain membantu pasukan Islam memerangi musuh, Tuhan hendak mententeramkan hati pasukan Islam supaya tenang di dalam kesusahan dan kesulitan.

Bantuan-bantuan yang diturunkan itu pelbagai bentuknya. Contoh, diturunkan malaikat membantu tentera Islam bukan sekadar membunuh, tetapi apa yang lebih besar ialah memainkan hati-hati musuh supaya di kalangan mereka ada yang ketakutan, kebingungan, kehairanan, bahkan yang lebih besar lagi hati mereka diikat dengan kebenaran. Maka tak hairanlah jika ramai pasukan musuh masuk Islam, kerana itulah bentuk bantuan-bantuan yang Tuhan datangkan.

Antara bantuan ghaib lagi ialah, Tuhan datangkan bencana alam sebagai membantu kerja-kerja pejuang Islam. Bentuk-bentuknya tak sama dan kesannya juga berbeza. Tsunami yang melanda Aceh, nyata menyelamatkan walaupun jutaan nyawa melayang. Sebelum dilanda tsunami, Aceh berperang sesama sendiri. Kalau sebelum ni berperang sesama sendiri, dua-dua tempatnya di neraka. Datang tsunami mengorbankan ramai nyawa, tapi semua yang terkorban selamat. Mati lemas, mati dihempas, di sisi Tuhan adalah syahid. Inilah rahmat besar dari Tuhan. Sekarang ianya tidak lagi berlaku. Bahkan Aceh selepas tsunami lebih baik daripada sebelumnya.

Berlainan dengan Taufan Sandy yang melanda Amerika, datangnya tidak mengambil banyak nyawa tetapi membuatkan Amerika lumpuh dan takkan bangun lagi! Amerika sekarang ialah sebuah negara yang tiada nilai apa-apa. Terhina dengan kedatangan Sandy!

Kini, barat ternyata di dalam sakaratul maut! Betullah apa yang dituliskan Abuya di dalam buku 'Barat Di Ambang Maut' yang ditulis 20 tahun sudah. Sekarang ianya betul-betul terjadi. Umat Islam tak perlu susah-susah angkat senjata, tapi cukup didatangkan air, api, angin, taufan, gempa bumi, dan 1001 macam lagi bencana Tuhan yang cukup membuatkan musuh-musuh Islam tersungkur.

Jika para sahabat menyaksikan kejatuhan dua kuasa besar ketika itu, iaitu Rom dan Parsi, kini generasi kita menyaksikan bagaimana jatuhnya empayar Soviet dan Amerika. Jatuhnya terhina, bukan oleh siapa-siapa. Di saat mereka punya segala kekuatan lahiriah, di masa itulah mereka dikalahkan dengan kuasa Tuhan yang Maha Hebatnya.

Kita sebagai umat Islam, diajak sekali bersama-sama menjayakan kebangkitan Islam kali ke dua ini. Kita diajak bersama untuk menyertai para malaikat di dalam misi besar ini. Apa yang perlu kita lakukan? Kita diajak untuk sama-sama menjadi IKHWAN atau ASOIB yang telah disabdakan Baginda Rasul SAW. IKHWAN dan ASOIB ini kerjanya membangunkan Islam dengan harta mereka, tenaga mereka, bahkan dengan jiwa dan nyawa mereka gadaikan untuk Islam! Maka bagi umat Islam yang mahu turut serta di kebangkitan Islam kali ini, inilah caranya.

Bersama-sama berjuang, berkorban habis-habisan, wang ringgit, tenaga, masa, jiwa dan raga, bahkan nyawa sekalipun untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Besarnya jasa-jasa mereka yang terlibat sama. Di sisi Tuhan, mereka orang yang luar biasa.

Kita diajak bangunkan Islam, musuh-musuh Islam nanti Tuhanlah yang akan selesaikan mereka. Itu sebagai balasan kepada kerja-kerja yang kita lakukan. Kita korbankan apa yang ada pada kita, balasannya musuh-musuh Islam Tuhan yang akan hina mereka. Bukanlah kita yang akan menewaskan musuh tapi Tuhanlah yang akan buatkan. Kita hanya membangunkan Islam sebagai bayarannya sahaja.

Popular posts from this blog

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?

APA ITU JIHAD FISABILILLAH?