Abuya Kini Isytiharkan Dirinya Di Peringkat Dunia.
Tuhan akan isytiharkan kewujudan dan kedatangan orang-orangNya. Tuhan suka para Rasul, para Nabi, para pemimpin kebenaran diisytiharkan kewujudan mereka untuk melihat siapakah yang mahu bersama dan menyokongnya, dan yang mahu menentangnya, yang pasti kemenangan akan berpihak pada kebenaran.
Ini kuasa Tuhan. Setiap kali diranapkan dan diuji tapi dapat terus bangkit berkali-kali sehingga manusia yakin dengan kuasa Tuhan. Membenarkan hadis Rasulullah s.a.w,
"Akan sentiasa ada satu toifah dari kalangan umatku, yang sentiasa menzahirkan kebenaran. Ia tidak akan dapat dikalahkan sesiapa yang menentangnya hingga datang ketentuan Allah."
Hebatnya cara Tuhan, dua tahun RSA berjaya buktikan Abuya masih hidup bukan satu kerja senang. Abuya buktikan jemaahnya membesar sampai ke Haramain. Kuasa dari timur sudah datang. Kita boleh berkumpul dan membina empayar ekonomi, bukanlah perkara mudah bagi yang berpengalaman berekonomi disini.
Kini jemaah Abuya dengan megahnya membawa imej Islam di peringkat dunia, yang berada diseluruh pelusuk dunia.
GISB datang ke Haramain dalam keadaan dihargai dan dihormati, kerana untuk memuliakan Rasul dengan membangunkan projek di sini. Antaranya ialah 'Menghayati Kehidupan Rasulullah' di sebuah kawasan padang pasir di Tanah Suci Kota Mekah ini. Terdapat kemudahan untuk para pelawat berehat atau menginap di tempat tersebut dan jarak perjalanan menuju ke Kaabah hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
Tempat tersebut iaitu Chalet Nur Muhammad menjadi destenasi para jemaah umrah atau jemaah haji untuk diziarahi. Disini juga terdapat haiwan-haiwan yang menjadi kesayangan Rasulullah s.a.w. Yang lebih menarik lagi, disini para jemaah yang menziarahi akan merasakan suasana yang sangat berbeza. Persekitarannya, pengisiannya, juga tenaga kerjanya adalah orang melayu kita, serta penampilan yang indah dan mencuit fitrah bagi yang mengunjunginya.
❝ Dengan keberadaan Abuya di Haramain, sekaligus mengisytiharkan kepada dunia tentang kewujudan Abuya dan jemaahnya. Semakin terserlahlah kehebatan dan kebesaran serta kebenaran yang Abuya bawa.❞