PENDEDAHAN TENTANG GERAKAN DAJJAL

Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal. Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem), mendedahkan banyak maklumat tentang gerakkan Yahudi di Amerika.

Allah ingatkan dalam Quran:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
"Sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha sehinggalah kamu mengikuti cara mereka".

Ketika para sahabat bersama-sama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba sekumpulan budak-budak yang sedang bermain. Seorang dari mereka muncul dan terus merempuh Rasul SAW. Lalu Baginda bertanya; "Siapa kamu"? Budak itu menjawab; "Engkau adalah engkau, aku adalah aku", jawab budak itu dalam keadaan angkuh dan sombong.

Selepas kejadian tersebut Rasul bertanya kepada para sahabat apakah kamu kenal siapa budak tadi, para sahabat menjawab Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. Maka Rasulullah terus menjelaskan bahawa itulah Dajjal yang Allah panjangkan umurnya. Bila Sayidina Umar mendengar cerita tentang Dajjal tersebut melalui penjelasan Rasul SAW, dia terus hendak menghunus pedang bagi membunuhnya. Kata Rasul SAW,wahai Umar Allah sudah takdirkan yang akan membunuhnya ialah Nabi Isa AS dan juga kalau kamu bunuh dia sekarang sedangkan dia masih budak. Allah tidak membenarkannya.

Cerita ini saya mendengar sewaktu dalam kelas pengajian yang dikendalikan oleh Abuya pada tahun 1976. Ketika Abuya menjelaskan tentang hadis mengenai tanda-tanda kiamat kubro.

Kerja Dajjal hendak merosakkan akidah manusia dan semuanya berjaya dapat dirosakkan kecuali mereka yang tetap beriman dengan Allah dan Rasulullah.
Dajjal adalah manusia berjasad dari keturunan Yahudi. Allah berikan umurnya panjang dan adalah salah satu tanda-tanda kiamat kubro. Muhammad Isa Daud pengarang buku bertajuk "Dajjal Akan muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda". Menurut pengarang tersebut,"Dajjal yang kini berkubu di Kerajaan Segitiga Bermuda".

Rasul SAW ajarkan Doa Pelindung dari Fitnah Dajjal:

"Ya Allah ampunkanlah segala dosaku yang telah terlanjur dan yang blum berlaku, segala kesalahan yang aku sengajakan, yang aku lakukan terang -terangan dan yang aku sembunyikan, sesungguhnya Engkau wahai Tuhan yang lebih mengetahui semua itu dariku, Engkau yang memulakan dan Engkau yang mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari fitnah hidup dan mati, dan aku berlindung dengan Engkau daripada seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau daripada seksa api. Neraka, dan aku berlindung dengan Engkau daripada Fitnah Dajjal.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu
dan mentaatiMu, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku di kalangan orang-orang yang zalim".

Di sini, bukanlah tempat untuk menerangkan siapa itu Dajjal laknatullah, sebab banyak hadis dan kitab karangan ulama muktabar dan pengkaji serta pendakwah yang telah menceritakan mengenai watak Dajjal laknatullah itu. Tetapi untuk mendedahkan beberapa wazir atau orang-orang pentingnya pada zaman ini, siapakah mereka itu? Marilah kita sama-sama mngenali mereka itu.

Sebagaimana Imam Mahdi mempunyai 7 orang wazir, maka ketahuilah bahawa Dajjal laknatullah juga mempunyai 7 org pentingnya.

1. David Copperfield, sihirnya adalah power yang Dajjal laknatullah pinjamkan kepadanya untuk memperdaya manusia sebagaimana yang ditunjukkan di sini.

2. David Blaine, sihirnya tidak kurang hebat juga. Semuanya dengan menggunakan power Dajjal laknatullah, seperti David Blaine menukarkan air kepada duit.

3. Chris Angel juga adalah pengamal sihir yang dipelajari daripada Dajjal laknatullah seperti yang lain.

4. Takayama Cyrill, juga termasuk pengikut Dajjal laknatullah dan seperti yang lain, turut mengamalkan sihir seperti yang ditunjukkan di sini, beliau menghidupkan seekor lebah yang sudah mati 5000 tahun dahulu.

5. Beberapa lagi pengikut utama atau wazir Dajjal laknatullah yang sedang dalam latihan yang mana seorang daripada mereka itu adalah seorang perempuan, bagi menggantikan wazir-wazir Dajjal yang sebelum ini telah meninggal dunia.

Selain ahli-ahli sihir, Dajjal juga menyebarkan pengaruhnya melalui muzik-muzik yang melalaikan, juga perempuan-perempuan yang tidak berpakaian.

Marilah kita bersama-sama berdoa, agar dijauhkan daripada fitnah Dajjal ini.


















Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?