Berjuang ibarat harungi lautan yang tak bertepi.

Suatu ketika kami berekspidisi meredah padang pasir. Tak terbayang bagaimana kesusahan dan kesulitan yang ditempuh Rasulullah dan para sahabat ketika itu. Kita meneruskan budaya ekspidisi yang diperkenalkan oleh Abuya untuk mendapatkan tarbiah, dan berkongsi perasaan untuk menyuburkan rasa takut dan rindukan Tuhan. Juga kongsi pengalaman.

Berjuang ibarat berjalan atas batu kerikil. Begitulah ibarat yang telah Abuya gambarkan tentang pejuangan Islam, yang telah Abuya kongsikan kepada kita. Kalau kita tidak mulakan siapa yang akan membenarkan, bahawa kata Abuya; satu masa nanti kita akan bertapak di Haramain. Bahkan berulang alik ke Haramain.

Sakitnya nafsu kerana terpaksa dan sering meninggalkan orang yang disayangi. Aduh sakitnya! Perasaan yang terpaksa ditanggung bagaikan memijak onak, duri, ranjau-ranjau, berdarah kaki dibuatnya. Bagi kami yang berekspidisi merentas padang pasir, seolah-olah menempuh lautan yang tak bertepi. Angin ribut padang pasir yang menyelubungi semua kenderaan. Amat menakutkan! Semua kenderaan terpaksa berhenti dan pasang lampu sekali pun disiang hari. Gambarkan kita yang berada di hutan tropika, ibaratnya masuk hutan belantara yang gelap-gelita, amat sengsara, penuh bahaya. Ekspidisi yang sangat mencabar. Berhadapan dengan kesusahan dan kesulitan yang sangat menakutkan. Menyabung nyawa dengan binatang-binatang buas yang terdapat dipadang pasir. 

Perjuangan adalah satu Ibadah, untuk mendapatkan cinta dan takutkan Allah. Namun janganlah kita termasuk orang yang tertipu dalam berjuang. Kita berjuang bukan kerana emosi, bukan kerana terzalim, bukan kerana fadhilat, dan bukan kerana perkara yang lain. Kita berjuang untuk meninggikan dan mendaulatkan agama Allah, agar Allah dicintai dan diagungkan kembali. Sabda baginda s.a.w.:


مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

"Siapa yang berjuang mendaulatkan agama Allah, dia berada di jalan-Nya" 



Sepertilah kita jadi petani. Apakah ada orang yang berladang berkata begini:

“Mari kita tanam-tanam untuk dapatkan buah!”

Mana ada orang berkata begitu. Zaman ini terutamanya, orang sibuk fikirkan bagaimana nak pilih benih, nak tanam benih, nak pilih baja. Bila dah tanam, fikir bagaimana nak menjaganya. Buahnya, itu dah maklum. Kalau tepat penanamannya dan penjagaannya, pasti dapat ‘yang terbaik dari ladang!’

Kalau ibadah itu betul, pasti fadhilatnya dapat. Itu Tuhan yang tentukan. Tak usah fikirlah fadhilat ibadah yang dilakukan. Walaupun kita tak pernah belajar tentang fadhilat, insya Allah akan dapat fadhilat itu.

Orang yang fikir fadhilat, cuba renungkan! Bolehkah dapat buah dari pohon yang tidak subur? Orang yang kejar fadhilat, mana ada yang perangainya berubah hasil ibadah. Kalau tak ubah perangai, bolehkah dapat fadhilat? 

Katalah orang tak pernah belajar tentang sembahyang, tapi dia belajar sembahyang dengan penghayatan, apakah dia tak dapat pahala melakukan ibadah tersebut? Sedangkan kalau ada yang belajar dan faham tentang ibadah sembahyang, tetapi amal ibadahnya tak ikut displin, tak hayati, dapatkah pahala amal ibadahnya? Sudah tentu tidak! Tak tahu fadhilat, tak berdosa tapi kalau tak hayati amalan, berdosa!

Sepertilah kita dengan mak ayah kita. Kalau kita buat kerja khusus untuk mak ayah, kita tentu tak berfikir sama sekali apakah dia nak beri makan, dia nak hukum ke, yang penting aku buat kerja ini kerana mak ayahku. Tentu tidak sama orang yang kerja dengan mak ayah untuk dapatkan harta dari mak ayah. Ataupun orang yang buat kerja, takut mak marah, tak bagi makan. Jadi kalau berkhidmat kerana mengharapkan balasan daripada mak ayah, tentu tak ada kesan apa-apa di hatinya. Tapi kalau berkhidmat dengan tujuan semata-mata untuk mak ayah, ia manambah kasih-sayang.

Ada orang mahukan fadhilat dari amal ibadahnya, maka dia terus lakukan kerana hendakkan fadilat. Apa yang berlaku, amalannya kosong tiada perasaan. Ibadahnya tidak terhubung dengan Tuhan. Berbeza dengan hamba yang mahuka Tuhan, hatinya berdebar-debar; “Macam mana amal ibadah yang aku lakukan ni?”. Bermacam-macam perasaan bermain dihatinya.

Ternyata tidak sama perasaan mereka. Orang yang mahukan Tuhan, melakukan amal ibadah dengan hati yang ketakutan. Tapi kalau untuk fadhilat, amalan lahir memang dah nampak meriah dari sekarang. Seronok mengira-ngira fadhilat, buat ni dapat apa, buat itu apa pula balasannya. Bacalah hati kita ni. Nak fadhilat ke nak Allah.

Sebab itu Tuhan ajar, Islam ini anak kuncinya kenal Tuhan. Sebab itu dari kecil disuruh kenal Tuhan, bukan kenal syariat.

“Awal-awal agama, mengenal Allah.”

Ajarkan anak-anak mengenal Tuhan, bukan syariat. Bukan kenal puasa dan sembahyang. Kenal Tuhan dulu. Kalau anak-anak itu dari kecil sudah kenal Tuhan, mujahadahnya tak susah sangat. Takut nak buat dosa. Kita susah nak mujahadah sebab anak kunci tak dapat. Apa-apa hal pun mesti kenal Tuhan.

Begitulah gambarannya, susah dan payahnya perjuangan. Bukan semudah dislogankan. Perlu ambil kira semua sudut. Berjuang bukan hanya angkat sepanduk, berjuang bukan sekadar cetak t-shirt kemudian edar merata-rata. Bukan juga berjuang itu ajar anak-anak kecil slogan itu dan ini, angkat kaki tangan bantah itu dan ini. Berjuang itu mesti bermula dari diri, keluarga, seterusnya kepada masyarakat. Dapatkan rasa-rasa hamba, nescaya akan terpandu dalam berjuang.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?