KERAJAAN MALAYSIA MEMBENARKAN ABUYA
Abuya sebelum ghaibnya menegaskan pada kita bahwa, 'Daulah Islam oleh Abuya'. Ertinya daulah Islam yang akan berlaku di Malaysia itu adalah menurut acuan Abuya, iaitu kerajaan dan rakyat Malaysia yang hendakkan Islam. Mahu atau tidak, sedar atau tidak, rela atau terpaksa, akhirnya kerajaan dan rakyat Malaysia menerima Islam yang Abuya perjuangkan.
Perjuangan Islam yang Abuya lagang melalui dakwah dan kasih sayang pasti mencapai daulah Islamiyah. Ini pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah.
‟Daulah tersebut bukan melalui politik seperti yang diperjuangkan parti pembangkang. Islam yang dipolitikkan, hanya sebagai slogan, namun dasar perjuangannya tidak jelas, sanggup bekerjasama dengan yahudi antarabangsa.”
“Islam yang caca merba, bercampur-campur hak dan batil begini rakyat tak mahu!”
Macamana Pakatan Rakyat nak buat Daulah Islam kalau perjuangan hudud PAS dicampur dengan perjuangan LGBT Anwar Ibrahim?
Daulah Islam Abuya juga bukan dengan kekerasan seperti yang berlaku di Mesir oleh Ikhwan Muslimin dan kebanyakan negara-negara di Timur Tengah. Rakyat Malaysia nak kedamaian, keharmonian.
Ada dua peristiwa yang berlaku dapat meyakinkan kita bahwa apa yang Abuya perkatakan tersebut telah terbukti.
1. Peristiwa pertama, baru-baru ini PM Dato Seri Najib Tun Razak berikan kepercayaan pada GISB untuk buatkan badal haji ayahnya (Tun Razak, bekas PM Malaysia pertama) dan bapa serta ibu mertuanya. Peristiwa ini nampak kecil, tapi sebenarnya memberi erti besar kerana ini adalah pengiktirafan dari seorang PM bahawa GISB tidak sesat.
❝Mana mungkin orang sesat diminta melakukan ibadah badal haji.❞
Melalui peristiwa ini secara tak langsung GISB sudah tidak dianggap sesat oleh kerajaan Malaysia. Ini adalah laluan penting untuk membenarkan Abuya buat daulah di Malaysia.
2. Peristiwa kedua, iaitu ucapan PM Dato Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno, yang menegaskan pendiriannya membela Islam. Mari kita perhatikan ucapan oleh PM dalam Perhimpunan tersebut yang baru saja selesai:
"...Marilah kita sama-sama dalam dewan ini bersumpah dan berikrar dengan nama Allah, selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan..."
"...(ditutup dengan 3 kali takbir) "Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Selamat berjuang!"
Kedua-dua peristiwa yang telah disebutkan di atas membenarkan apa yang telah Abuya perkatakan. Marilah sama-sama kita renung dan hayati apa kata Abuya dibawah ini :
BILA MELAYU TERBELA?
Wahai bangsa Melayu bangsaku
Kekuatan Melayu bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan
Begitu lama perjuangan atas nama Melayu
sejak merdeka
semakin LAYU
Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Melayu lebih dari perlu
hingga bangsa lain iri hati
Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga
di satu segi sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdik dan ada degree
Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin diserah pada kerajaan
untuk membela
Berdiam diri, tidak peduli
Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi
Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi
Hakikat ini terpaksa kita akui
Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali
dunia memang mengakui dan irihati
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan sangat menakutkan
MELAYU-lah yg paling ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah-sekolah
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Melayu number one
Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya
Inilah hasil perjuangan Melayu dengan semangat kebangsaannya, bukan!?
Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Melayu ada Allah, ada Islam
di sinilah kekuatan orang Melayu
Seperti orang Arab di zaman Rasul
yang menjadi empayar dunia
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela
Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Turki terbela
Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?
Orang Melayu kan ada Tuhan, kan ada Islam
mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?
Abu Nizam 2/10/2004
Nampaknya UMNO baru sedar sekarang bahawa apa yang Abuya sebut itu telah dan sedang berlaku. Perjuangan UMNO atas nama Melayu itu makin lama makin rapuh. Kalau nak kuat bangsa Melayu kena berjuang untuk Tuhan dan Islam. Automatik semua kaum dan bangsa akan terbela.