Yahudi Sangat Faham Di mana Kekuatan dan Kelemahan Ummat Islam.
Yahudi sangat berdendam dengan Rasul SAW, kerana berjaya mengalahkan mereka. Yahudi terpaksa tinggalkan Madinah bila mana penduduknya menerima Rasul SAW.
Sejarah telah memaparkan ketika Rasul SAW datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan Baginda. Begitu juga bilamana Rasul SAW dapat kembali ke Mekah, keadaan Mekah jauh lebih baik dari sebelumnya. Musuh Islam telah memutarbelitkan sejarah konon Rasul SAW pengganas perang. Di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi akan selesaikan semua masaalahnya secara kasih sayang.
Maka musuh-musuh Allah dan Rasul tak putus asa untuk menebus kembali kekalahan mereka. Yahudi sangat faham di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam. Mereka usahakan agar umat Islam terpukau dan tertarik dengan pelbagai tawaran yang mereka buat, untuk menarik perhatian umat Islam supaya lalai.
Yahudi sangat sedar bila umat Islam rohnya terhubung dengan Allah dan Rasul, mereka takkan dapat dilemahkan. Rasul ketika saat hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir menyebut; "umatku, umatku, umatku". Ertinya selagi umat Islam terhubung rohnya atau hatinya dengan Nabinya, selama itu akan mendapat kekuatan roh Nabinya. Bila kita memilik Nabi, ertinya kita memiliki pemimpin, memiliki ibu dan ayah tempat mengadu, memiliki kawan untuk berkongsi dan berbincang masalah yang dihadapi.
Umat Islam akan terputus dengan Nabinya, bila perasaan rindu sudah tidak ada di dalam hatinya. Maka mudah baginYahudi mengambil kesempatan tersebut untuk mencapai hasrat mereka. Balas dendam kepada Rasul SAW, dengan menanamkan cukup hanya dengan berpegang kepada Quran dan Hadis, memudahkan mereka menyelewengkan tafsiran sebenar. Akhirnya umat Islam menerima Quran dan Hadis yang telah ditafsirkan ikut selera mereka dan bukan lagi tafsiran kebenaran yang sebenar. Maka di sini diperlukan kepimpinan Mujaddid yang Tuhan datangkan setiap 100 tahun sekali, untuk memberikan tenaga dan nafas baru kepada tafsiran Quran dan Hadis.
Kita kena bela Rasul SAW dan kembali membela ahlul bait (keluarga Rasulullah SAW) yang selama ini dipencilkan, bahkan di mana pun mereka diburu. Rasul SAW dan seluruh ahlul bait, selama ini mereka telah diusir. Orang Islam sendiri ada yang sanggup jadi kuncu-kuncu Yahudi. Umat Islam yang menjadi kuncu-kuncu Yahudi telah menghapuskan hampir semua kesan-kesan sejarah warisan Rasulullah SAW di muka bumi ini. Mereka yang menjadi juru cakap Yahudi dengan berkata kembali pada Quran dan Hadis saja itu, ialah puak yang mengusahakan supaya Al Quran ditutup bahkan dihancurkan sama sekali dari ummat Islam semenjak seawal Rasul wafat lagi. Yakni kerja punah ranahkan Al Quran dan Hadis ini sudah berlangsung lebih 1400 tahun yang lalu.
Yahudi cuba menjual nama Ahlul Bait untuk menjatuhkan isteri Rasul SAW. Lahirlah ajaran Syiah yang bertopengkan membela Ahlul Bait tapi hakikatnya memerangi Rasul SAW. Puak Syiah sanggup mengkafirkan Sayidatina Aisyah, isteri Rasul SAW. Maka kaedah yang sama juga berlaku kepada jemaah kebenaran yang telah Abuya lagangkan sekian lama. Tuan Zul bagi pihak musuh menjual nama keluarga Abuya melaga-lagakan Bonda Wasilah AR sebagai isteri Abuya dengan keluarga dan ahli jemaah. Sejarah berulang bilamana musuh cuba kucar kacirkan barisan Islam pada kebangkitan pertama, untuk dilakukan juga pada kebangkitan Islam kali kedua ini.
Mengapa Yahudi berusaha keras, menutup peranan mujaddid?
Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid, bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau peranannya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa.
Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sahajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam, serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi.
Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti? Cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola.
Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama, Yahudi berjaya mengajarkan; bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.
Mujaddid, membaharui agama bukannya membawa agama baru. Mujaddid hanyalahbmen'tajdid' atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam di zaman itu dapat merasakan roh Islam itu, seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa oleh Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, Rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah SWT. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia. Peranan Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu, beserta peranan masing-masing.
Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama di zaman Mujaddid itu muncul. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi. Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah di zaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah, umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah.
Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika. Kita sebagai umat Islam, mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu, melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan. Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi.
Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman, tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah SWT, yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT.
Malang sungguh umat Islam termasuk ulamanya, kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB.
Semoga dunia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang di sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.