Wajah Cahaya Kebenaran dan Wajah-wajah Kebatilan

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (meNurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Surah an-Nur: 35


'Dialah Nur Muhammad dipetik dari Kitab Maulid Diba' :
Ditanyakan oleh malaikat: Adakah Nur itu pada Nabi Adam? Jawab Allah: Dengan Nur ini, Aku anugerahkan kepada Adam martabat yang tinggi.

Ditanyakan oleh malaikat: Adakah Nur itu pada Nuh? Jawab Allah: Dengan Nur ini Nabi Nuh dapat selamat dari tenggelam dan binasalah orang-orang yang memungkirinya dari ahli keluarga dan kerabatnya.

Ditanyakan oleh malaikat: Adakah Nur ini pada Nabi lbrahim? Jawab Allah: Dengan Nur ini Nabi lbrahim sanggup menyampaikan hujjahnya dengan mengalahkan para penyembah berhala dan bintang-bintang.

Ditanyakan oleh malaikat: Adakah Nur ini pada Nabi Musa? Jawab Allah: Musa itu adalah saudaranya, tetapi Nur ini adalah kekasih-Ku dan Musa adalah penerima firman-Ku dan yang berbicara dengan-Ku.

Ditanyakan oleh malaikat: Adakah Nur ini pada Nabi Isa? Jawab Allah: Dengan Nur ini Nabi lsa membawa kabar akan kelahiran Nur ini di antara dengan keNabiannya dalam jarak waktu sangat dekat, bagaikan mata dengan alis.

Ditanyakan oleh malaikat: Lantas siapakah kekasih mulia yang telah Engkau hiasi dengan hiasan ketenteraman, Engkau beri mahkota bari mahkota kewibawaan dan kemegahan dan Engkau kibarkan bendera kepemimpinan di atasnya?

Jawab Allah: Dialah seorang Nabi yang telah aku pilih dari keturunan Luay bin Ghalib. Yang ayah dan ibunya telah meninggal dunia, kemudian diasuh oleh datuknya, kemudian oleh bapa saudaranya iaitu saudara kandung ayahnya yang bernama Abu Thalib.

Jenis wajah-wajah mayat di dalam kubur yang tidak mendapat cahaya Nur Muhammad:

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

Hanya yang ke tujuh, Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah yang mendapat Cahaya Nur Muhammad dan itulah cahaya kebenaran yang dia mendapatkannya semasa hidupnya, di samping berilmu dan beramal soleh. 

Begitulah Cahaya Nur Muhammad simbol wajah kebenaran yang diperkenalkan kepada manusia dari dulu hinggalah Nabi penutup. Itulah simbol cahaya Nur Muhammad yang Tuhan ciptakan, bahkan Tuhan tegaskan kalau bukan Nur Muhammad nescaya Tuhan tidak ciptakan semua ini.















Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?