PENGALAMAN ISA: Pesanan mursyid sangat mencabar akal.

Allah perintahkan supaya kita berkongsi nikmat, supaya kita perpanjangkan rasa bersyukur. Pengalaman yang menarik juga adalah satu nikmat. Sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ


“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (sebarkan dan kongsikan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
Ad-Dhuha: 11

Ini adalah kisah pengalaman saya ketika nak masuk ISA kali ke 2. Bila nak msuk ISA kali ke 2, saya minta panduan Abuya. Terus Abuya cakap,

“Kamu jangan tunjuk gembira sangat”.

Pengalaman ISA pertama, kenyataannya tiada yang menggembirakankan, bahkan diseksa secara mental, fizikal, dan perasaan. Mengimbau kembali pengalaman ISA pertama, pesanan Abuya itu sangat pelik dan tidak munasabah pada akal. Bahkan pesanan tersebut sangat mencabar akal saya. Tapi kerana saya yakin bahawa Abuya adalah Sohibuzzaman, maka dengan keyakinan itu membantu saya menelan pesanan yang tak logik itu. Berbekalkan pesanan itu saya mengharungi ISA ke dua.

❝Apa yang dialami pada ISA ke 2 ini, ternyata kebenaran dipihak Abuya bukan dipihak akal. Saya mendapati pesanan yang tak lojik itulah yang menjadi kenyataan. Pengalaman ISA pertama itu ibaratnya tidak berlaku walaupun fizikalnya menyakitkan, kerana dibius dengan kenyataan kata-kata Abuya.❞

Sepanjang dalam tahanan, apa yang berlaku pada diri saya ialah; diperlihatkan secara yakazah (sedar) di syiling bilik tahanan, ibarat skrin besar, ditayangkan kepada saya filem yang sangat menarik. Ianya menggambarkan secara terperinci Daulah Islamiah yang diperjuangkan oleh Abuya. Ianya dipertontonkan bagai sebuah filem yang sangat luar biasa.

Sudah tentu filem yang sangat menarik memberikan kesan pada wajah yang tak boleh disorokkan. Sedang asyik menonton sekali sekala diganggu. Samada polis yang menjaga, menggoncang pintu pagar kerana saya asyik dengan filem itu tanpa sedar panggilannya.

Pengalaman itu berlaku sepanjang ISA ke 2. Bila giliran saya dipanggil untuk soal siasat, terus teringat pesanan Abuya untuk sembunyikan perasaan seronok itu. Menjadi satu masalah baru untuk sembunyikan perasaan seronok tadi. Tapi kalau tak sembunyikan, mereka anggap tekanan yang diberikan tak cukup dan akan merubah atau menambah seksaan.

Barulah saya faham, begitu sekali mursyid memandu untuk menyelamatkan muridnya agar tak tergadai imannya. Diberikan pesanan juga panduan sebagai pimpinannya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?