FUTUH MALAYSIA
RSA buatkan persidangan UMNO baru-baru ini, mereka terpaksa menyatakan pendirian tegas dan keazaman yang baru untuk membela dan mendaulatkan Islam sedangkan belum tentu datang dari hati atau kesedaran dari semua kepimpinan.
Melihatkan perkembangan dan tekanan yang dibuat oleh PKR (Anuar Ibrahim), yang didukung secara terang-terangan oleh Amerika (Yahudi); maka untuk mengikat ahli tidak ada isu lain yang lebih mantap hanya dengan isu Islam, yang dapat meyakinkan kembali ahli-ahli UMNO.
Abuya pernah sebut, walaupun dipihak atasan mungkin hanya berlakon tetapi bagi ahli-ahli dibawah, memperjuangkannya dengan sepenuh hati kerana telah ditetapkan sebagai dasar. Disinilah yahudi tertipu sebagaimana Allah ingatkan dalam Quran:
ومكروا ومكرالله، والله خيرالماكرين
❝Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (menggagalkan segala jenis) tipu daya.❞
Al-Imran: 54
Pada kebangkitan pertama, setelah berlakunya Futuh (pembukaan) Mekah; Rasulullah saw mengirim para sahabat keluar dari jazirah Arab. Tujuannya ialah; Islam bukan untuk bangsa Arab sahaja. Islam adalah untuk semua bangsa. Sesuailah dengan peranan baginda sebagai rasul untuk ummat akhir zaman.
Marilah kita sama-sama mengkaji sambil menagih daripada kata-kata Abuya yang dinukilkan didalam sajaknya.
Janji Tuhan
Bangsa Arab setelah memperjuangkan Tuhan dan Islam
bangsa Arab menjadi kuat dan berdaulat
Terbela maruahnya, terbela akhlaknya, terbela ekonominya, terbela nama baiknya
Beratus-ratus tahun menjadi bangsa yang mulia, jadi guru kepada dunia
Dunia Tuhan serahkan kepada mereka
Bangsa Kurdi melalui pemimpinnya Salehuddin Al Ayubi setelah memiliki Tuhan walaupun bangsa yang tidak ramai mereka menjadi mulia
Bangsa Arab di waktu itu sudah mula lemah, pun dapat dibela oleh bangsa Kurdi
Palestin yang telah jatuh di tangan Kristian ditawan semula
Tanah Suci yang ketiga bagi umat Islam dibersihkan kembali, berwibawa semula
Bangsa Turki setelah memperjuangkan Tuhan dan Islam menjadi empayar
Menebus kembali maruah umat Islam dan kuasa Arab yang lemah,
kuasa Islam kuat semula
Turki melalui Islam di segani oleh dunia, Islam mulia semula
Barat mengangkat topi hormat beberapa ratus tahun lamanya kepada mereka
Setelah bangsa Arab, bangsa Kurdi, bangsa Turki, meninggalkan Tuhan,
Tuhan tinggalkan mereka
Mereka menjadi hina, orang barat mencatur mereka
Mereka sudah ibarat bola ditendang di sana ditendang di sini
oleh kuasa barat yang durjana
Hari ini tidak ada satu bangsa Islam yang kuat lagi mulia
Kalau tidak ada satu bangsa Islam yang kuat dan mulia
maka tidak ada satu bangsa yang memuliakan Islam
Mari kita bangsa Melayu pula mencuba memuliakan Tuhan dan Islam di dalam perjuangannya
Tinggalkan perjuangan yang bersemangatkan bangsa
Mari kita perjuangkan Tuhan dan Islam sebagai addin
Sesuai dengan janji Tuhan orang timur (Melayu) akan menjadi empayar
Seperti janji Tuhan melalui lidah Rasul Rom dan Farsi akan dikalahkan
Selepas Rasul wafat orang Arab berjuang bersungguh-sungguh mencubanya
Janji Tuhan terbukti menjadi kenyataan, sejarah telah mencatatkan
Begitu pula janji Tuhan kepada Turki melalui lidah Rasul
Konstantinopal akan jatuh di tangan umat Islam
Di tangan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik
Bangsa Turki yang berbagai-bagai kabilah mencubanya dengan serius
Akhirnya terjadi di tangan bangsa Turki puak Uthmaniah
Seluruh bangsa Turki terbela
Bangsa Melayu juga ada janji dari Tuhan melalui Rasul
Di akhir zaman Islam akan bangun kali kedua di sebelah timur
Saya telah mengkaji sejak 40 tahun iaitu ia akan terjadi di tangan bangsa Melayu
Sejak 15 tahun lalu saya diberitahu dari Rasul
Bangsa Melayu yang dimaksudkan itu adalah Melayu Malaysia
Ini berita gembira buat orang Melayu Malaysia
Mari kita bersama berjuang atas nama Tuhan dan Islam
Bukan berjuang atas nama bangsa Melayu lagi
Insya-Allah jawapannya akan berlaku serupa seperti Arab dan Turki
Bangsa Arab terbela, bangsa Turki terbela, bangsa Melayu akan terbela
Tuhan dan Islam akan gah semula, orang Melayu perkasa
Saya diberitahu lagi oleh Rasul, Tun perlu dilantik menjadi PM Malaysia
Buat hari ini beliau boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia
Yahudi dan Amerika tidak begitu bimbang dengan Tun
Selepas Tun berkuasa selama 6 bulan, akan terjadi satu khawariqul 'adah
Ia berjalan dengan aman, damai, harmoni, diterima bersama
Akan ada pemimpin Islam yang akan menggantinya
Selepas dua tahun akan berlaku lagi satu khawariqul 'adah
Ia terjadi secara nature, akan bersatu negara-negara timur
Mula-mula negara yang bersatu ialah Malaysia, Indonesia, Thailand
Selepas itu Brunei dan Singapura
Dengan masa yang sama Amerika dan barat dilemahkan oleh Tuhan
Di waktu itu Amerika tidak mampu lagi bertindak ke atas mana-mana negara di Asia
Berita ini cukup setakat ini dahulu
Ia akan diberitakan seterusnya guide Rasulullah buat kebangkitan Islam
Yang penting jangan lengah lagi mari kita berjuang ke arah itu
Janji Tuhan pasti berlaku dan terjadi
5.10.2004
Waktu Dhuha