Yahudi Takkan Mungkin Berjaya Gagalkan Jadual Tuhan

Kenapa Umat Islam sudah tidak dapat daulatkan kembali Islam bertaraf dunia? Satu ketika dulu atas nama Islam bukan sahaja umat Islam jadi kuat bahkan dapat menaungi penganut agama-agama lain. Umat Islam juga pernah dilihat berwibawa dan dipandang mulia. Menurut Rasul saw kejatuhan Islam itu kerana umat Islam telah ditimpa penyakit AL-WAHAN. Lalu ditanyakan pada Rasul saw, apa itu AL-WAHAN iaitu cinta dunia dan takut mati. 

Malaysia adalah terpilih menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua. Mari kita senaraikan fakta-fakta hasil penilaian dan penelitian yaitu seperti berikut:

1. Negara yang mendapat berkat kerana adanya orang Tuhan. Adanya Abuya Fata Attamimi.

وبهم ينصرون وبهم يرزقون

Dan disebabkan mereka (orang Tuhan) dibantu dan disebabkan mereka diberikan rezki.

2. Negara yang menjadi tunggak Ahli sunnah wal jamaah, negara yang tegas dan lantang mempertahankan Ahli sunnah wal jamaah. Yahudi berusaha memasukkan ajaran syiah, wahabi, Ahmadiah dan lain-lain ke Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia tetap tegas mempertahankan dasar negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dengan berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah, bermazhab Syafie.

3. Negara yang menjadi tempat rujukan OIC dan model kemajuan umat Islam seluruh dunia, samada pembangunan material maupun insaniahnya.

4. Rakyat Malaysia menjadi bualan umat Islam seluruh dunia, sebagai umat Islam yang paling berdisiplin. Ini nas atau hujah realiti. Sudah menjadi pengalaman bagi mereka yang pergi ke Tanah Suci iaitu Mekah dan Madinah (Haramain) dalam mengerjakan umrah atau haji, jemaah dari negara Malaysia sangat berdisiplin dibandingkan jemaah dari negara-negara lain.

5. Malaysia lojiknya lebih teruk dari Palestin bahkan memang sudah diusahakan oleh penjajah supaya menjadi porak poranda seperti apa yang berlaku di Palestin. British menyerahkan kemerdekaan Palestin kepada bangsa Israel, sehingga bangsa Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri. British telah membawa bangsa China dan India sepertimana Israel menguasai bumi Palestin. Tetapi, kerana kemerdekaan diberikan kepada bangsa Melayu, maka Islam tetap berdaulat. Ini adalah berkat adanya orang-orang Tuhan di waktu itu seperti Tok Kenali di Kelantan, Tok Ku Paloh di Terengganu, Syeikh Suhaimi di Kelang, dan lain-lain. 

6. Yahudi sangat memandang besar potensi Malaysia menjadi Empayar Islam. Oleh itu yahudi sangat nak memanfaatkan rakyat Malaysia untuk menyekat kebangkitan Islam ini. Sebagai contoh, pengalaman saya (Fakhrur Razi Attamimi), semasa penangkapan dan pengharaman Darul-Arqam. Kami telah mendapat suaka politik (political asylum) dari kerajaan British (hakikatnya Yahudi). 

Semasa di London, kami didatangi peguam di sana dan meminta bukti-bukti kami dalam bahaya bila pulang ke Malaysia. Saya berikan padanya keratan-keratan akhbar tentang masaalah yang dihadapi oleh kami dengan kerajaan Malaysia. Menurut peguam tersebut, ini pengalaman pertama dia di sepanjang kerjayanya menjadi peguam kes atau isu sebuah organisasi Islam. "Biasanya saya buat atas nama individu sahaja" katanya lagi. 

Peguam itu melayan kami dengan istimewa, dalam masa singkat sahaja kami telah mendapat suaka politik. Bila saya mendapatkan maklumat dari pelarian Palestin, Kashmir, Kemboja, Afghanistan dan dari lain-lain negara, rupanya bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan itu. Bahkan ada yang bertahun-tahun pun masih tak dapat. 

Apa yang berlaku pada kami ialah sebaliknya, peguam datang ke rumah dan tawarkan khidmatnya. Tak sampai sebulan kami telah berjaya mendapatkan perlindungan tersebut bahkan diberikan kemudahan seperti duit untuk hidup di London. Tetapi peguam ini (bagi pihak kerajaan British) sangat kecewa bila kami membuat keputusan untuk melepaskan suaka politik itu dan kembali ke tanah air untuk berdamai dengan kerajaan. Mereka kecewa kerana usaha untuk memecah belah kami dengan kerajaan Malaysia tak berjaya.

Berdasarkan pengalaman ini tak peliklah Anwar Ibrahim begitu mudah menerima bantuan dari kuasa asing. Yahudi sangat nak gunakan Anwar untuk merosakkan Malaysia dari dalam, kerana Malaysia adalah tapak empayar Islam. Benarlah apa yang telah Abuya perkatakan kepada kita bahwa jadual Allah tentang kebangkitan Islam kali kedua; yang sangat faham adalah Yahudi dan Abuya. Sebab itulah Yahudi sangat berusaha menggagalkannya. 

7. Yahudi dan musuh-musuh Islam sangat faham apa yang menjadi kekuatan kepada Islam. Diantara yang terpenting ialah adanya kepimpinan ulama amilin (ulama yang beramal dan melahirkan model), seperti para mujtahid dan mujaddid. Oleh itu tafsiran tentang agama Islam telah mereka (yahudi) selewengkan. Mereka telah menanamkan kepada umat Islam untuk merujuk kepada Quran dan Hadis sahaja. 

Tujuannya ialah supaya umat Islam menolak ulama amilin seperti ulama mazhab. Yahudi memberi biasiswa dan kemudahan supaya umat Islam belajar Islam ditangan mereka, seperti di Oxford, dan mana-mana pusat pengajian Islam; yang merekalah menyiapkan silibusnya. Di pusat-pusat pengajian Islam sendiri seperti Universiti Azhar, yahudi masukkan orang-orang mereka atas nama bantuan, namun sebenarnya orang-orang inilah yang mencorak University Azhar untuk melahirkan cendiakawan Islam yang jumud. 

Lepasan-lepasan Al Azhar ini membawa aliran jumud itu ke pondok-pondok dan pesantren di seluruh dunia. Akibatnya pondok-pondok itu menghasilkan Islam yang jumud dan tidak menarik. Akhirnya masyarakat tinggalkan dan beralih mengambil ilmu Islam di universiti-universiti buatan yahudi. Maka hasilnya dua-dua rosak; lepasan pondok jadi jumud, lepasan universiti yahudi jadi sekular dan liberal. Dua-duanya menghasilkan Islam palsu, Islam yang tak cantik.

Perkara ini yahudi lakukan juga kepada Malaysia, namun tidak berjaya. Kerana adanya gerakan dakwah kasih sayang yang Abuya perjuangkan. Abuya bawa Islam yang 'La Syarqiah wala Gharbiah' (tidak timur dan tidak barat), tidak jumud macam pondok, tidak liberal macam barat. Abuya membawa Islam yang sufi tapi berteknologi, Islam way of life yang syumul. Islam yang pure, berkasih sayang tapi maju dan moden. Fardhu ain ditekankan, wirid zikir, menyucikan hati, melawan nafsu tapi dalam masa yang sama ekonomi, kebudayaan, kebajikan, kekeluargaan dan semua aspek hidup di Islamkan dengan maju dan moden. 

Semua orang akui bahwa Abuyalah pencetus ekonomi Islam di Malaysia dan rantau Asia. Abuya jugalah pencetus kebudayaan Islam bermula dengan Nada Murni kemudian merecup tumbuh kumpulan-kumpulan lain hingga ke hari ini. 

Usaha-usaha yahudi untuk memecahbelah umat Islam, menjumudkan dan mencabut roh Islam di Malaysia nampaknya gagal kerana perjuangan Abuya ini.

8. Ilham, kasyaf, yaqazah dan hatif itu benar, memberikan nafas baru kepada huraian Quran dan Hadis. Perkara-perkara tersebut adalah rahsia kekuatan umat Islam tapi telah dimomokkan bahkan umat Islam sendiri telah menjadi penyambung lidah musuh menafikan ilham, kasyaf, yaqazah dan hatif sebagai sumber ilmu dalam Islam. Ketahuilah bila umat Islam menolak semua senjata orang roh itu, konon kembali pada Quran dan Hadis saja, sesungguhnya adalah kerana mereka yahudi dan musuh-musuh Islam sangat takut dengan teknologi roh itu! Padahal dalam Quran dan Hadis terlalu banyak ayat yang membenarkan adanya ilham, kasyaf, yaqazah dan hatif ini. Siapa yang kata Quran menolaknya ertinya telah dipengaruhi yahudi dan kuncu Yahudi yang sesat itu!

Namun Abuya telah berjaya meyakinkan semula adanya kekuatan itu. Abuya sampaikan bukan dengan cakap tapi dengan bukti hasil kepada Islam yang Abuya perjuangkan. 

9. Dalam Islam selepas tidak ada lagi Nabi dan Rasul maka didatangkan para mujaddid untuk memberikan nafas baru kepada tafsiran Quran dan Hadis. Mujaddid bukan saja diterima sebagai sumber ilmu bahkan sumber kekuatan kepada para sahabat, Tabiin dan pejuang-pejuang Islam. Para mujaddid telah dimusuhi oleh yahudi dan kuncu-kuncunya dikalangan orang Islam sendiri. Namun hal itu tidak berlaku di Malaysia. Berkat perjuangan Abuya, umat Islam masih tetap menghormati dan menjadikan ulama sebagai rujukan. Ulama, pendakwah sangat mendapat tempat, bukan sahaja di pondok tapi di seluruh lapisan masyarakat. Bahkan menjadi trend, pemimpin atau tokoh yang tidak berimej Islam tidak diterima dalam masyarakat.

10. Cara hidup orang roh atau teknologi roh yang Allah rezkikan untuk mereka dapat berhubung dengan kerajaan ajaib telah dinafikan kebenarannya oleh yahudi.


Namun Abuya telah berjaya memperjuangkan teknologi roh ini. Cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul menjadi perjuangan bangsa Melayu. Lagu-lagu memuji Allah dan Rasul menjadi mainan di mulut para remaja. Kumpulan-kumpulan nasyid mendapat tempat, bukan sahaja popular bahkan lebih terhormat dari penyanyi-penyanyi biasa. 

Perkara-perkara tersebut menjadi bukti yang sangat jelas bahawa Tuhan telah persiapkan Malaysia untuk menjadi tapak kebangkitan Islam buat kali yang kedua.

Kita sedang berperang dengan yahudi yang senjatanya cukup canggih. Apa senjata kita kalau bukan teknologi roh?

Pemikiran manusia telah di rosakkan dan di kuasai yahudi. Pusat dunia telah beralih ke Amerika yang menolak teknologi roh ini. Yahudi perjuangkan teknologi mereka untuk kuasai dunia. Kita umat Islam kalau hendak menandingi mereka secara kekuatan teknologi yang ada pada yahudi itu kena tunggu lagi 1000 tahun. 

Bagi orang Tuhan tak perlu mengambil masa yang lama iaitu bila-bila masa kita boleh mengatasi yahudi dengan syarat merujuk kembali kepada Allah dan Rasul saw dan tanamkan semula rasa cinta dan takut kepada Allah dan Rasul saw. Umat Islam jatuh kerana Al-Wahan, maka untuk bangkit semula kita kena lawan dan musnahkan penyakit Al-Wahan itu. Kena perjuangkan untuk cinta Akhirat dan rindu kematian. Dengan itu kita akan perjuangkan kehidupan Akhirat yang kekal abadi dan persiapkan kematian yang indah dengan membuat sebanyak-banyak amalan soleh di dunia ini. Kemenangan Islam itu bukan hasil tangan kita, tapi anugerah Allah bagi orang-orang soleh dan bertaqwa.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah tertulis di Lauhul Mahfuz: "Bahawasanya bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Ku yang soleh"
Al-Anbiya: 105

Kerja kita ialah mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan taqwa, membebaskan diri dari penyakit Al-Wahan, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul. Otomatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan agama. Malaysia atas nama Islam bukan sahaja umat Islam jadi kuat bahkan dapat menaungi penganut agama-agama lain sebagaimana telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.

http://www.youtube.com/watch?v=l10XPb1jXW8

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?