Anwar Ibrahim Dulu Lantang Bela Islam Tapi Sekarang Lantang Bela LGBT.

Anwar Ibrahim sangat dikenali satu ketika dulu sebagai tokoh aktivis gerakan Islam. Hingga akhirnya Anwar Ibrahim tinggal satu tangga saja lagi untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi pada masa itu Abuya berkata, Anwar Ibrahim takkan dapat menduduki kerusi Perdana Menteri. Namun suasana masa itu seolah-olah memihak padanya. 

Siapa pun tokoh yang datang pada Abuya bertanyakan tentang Anwar, tetap Abuya mengatakan dia tidak dapat jadi PM. Pandangan Abuya sangat melawan arus ketika itu tapi kita melihat kenyataannya berpihak pada Abuya. 

Sekarang Anwar Ibrahim semakin jauh dari Islam. Apa yang berlaku sekarang, dunia dikejutkan dengannya; dari tokoh Islam bertukar menjadi tokoh seks haram LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual), tokoh PLURALISME dan LIBERALISME (kepelbagaian dan kebebasan beragama). Dengan terang-terangan dia bersekongkol dengan Yahudi. Sesungguhnya ia membuatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu, makin jauh daripada agama Islam.

Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke 2. Janji Tuhan atau jadual Tuhan sedang mengarahkan negara ini kesana, samada manusia sedar atau tidak! Iaitu Malaysia akan jadi Negara Islam bukan oleh orang politik. Situasi sekarang sangat hendak membenarkan Abuya dan terus tutup peluang kepada Anwar Ibrahim atas nama Islam. Bagi Anwar Ibrahim demi untuk mencapai matlamatnya mendapat kuasa, dia sanggup menghalalkan cara. 

Bagaimana Anuar Ibrahim hendak mencabar kerajaan ajaib, sedangkan kerajaan ajaib mengatasi segalanya.

Allah yang Maha Ghaib memimpin dunia dalam keadaan ghaib. Rasul SAW juga sedang jadi Nabi dalam keadaan ghaib. Abuya juga sudah bergabung di alam ghaib. Di kurun ini adanya janji Tuhan, Islam takkan kalah lagi. Sesungguhnya pemimpin Islam seperti Khulafa Rasyidin, para sahabat dan para syuhada bekerja dari alam ghaib. Mereka terus bersama membela Islam dari alam ghaib.

Tuhan sebut di dalam al-Quran, surah Ali 'Imran : 169-171 yang mafhumnya:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurnian Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal dibelakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnianya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman". 

Bagaimana Anwar Ibrahim hendak mengalahkan pasukan roh yang bergabung dengan pasukan pejuang yang lahir yang bersungguh-sungguh mencukupkan syarat untuk mendapatkan sokongan Tuhan. Iaitu sangat berusaha mendapatkan RSA seratus peratus kedalam hati mereka.

Bagaimana seorang pejuang dan pembela Islam bertukar menjadi pejuang seks songsang atau pejuang LGBT. Pada tahun tujuh puluhan Anwar sangat dikenali sebagai pejuang Islam iaitu sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dia juga terlibat dalam membangunkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan lain-lain aktiviti Islam diperingkat antarabangsa. Mana kita sangka sekarang Anwar menjadi pejuang seks haram (LGBT), pluralisme dan liberalisme yang jelas sangat dari yahudi? Ramai yang tak tahu disebalik pengharaman Arqam, Anwar-lah orang yang bertanggungjawab mempengaruhi kerajaan untuk menghapuskan jemaah Darul Arqam. Disini kita dapat pengajaran besar iaitu akibat dari menentang orang Tuhan, maka Tuhan hinakan bahkan lebih hina dari binatang.

Tuhan sebut dalam Quran mafhumnya:

"Mereka itu seperti binatang ternakkan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." 
(Al-A'raaf: 179)

Ambillah pengajaran! Jangan main-main dengan jadual Tuhan dan orang-orang Tuhan.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?