MENJEJAKI JANJI ALLAH
Janji Allah untuk kebangkitan Islam pertama telah berlaku dan sekarang kita sedang menagih janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua. Pada kebangkitan yang pertama, apa yang telah berlaku; sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luar biasa dan lain-lain. Apakah hal-hal tersebut telah berlaku pada masa ini? Sedangkan kita mahu menagih Janji Tuhan, mesti mengulangi apa yang telah Rasul dan sahabat lakukan.
Bercakap tentang poligami; dianggap perkara terpinggir dalam agama. Sedangkan poligami adalah satu perintah daripada Tuhan, sepertilah sembahyang, puasa dan lain-lain. Poligami yang berjaya sangat ada hubungkait dengan sembahyang. Jika sembahyang telah membuahkan hasil, iaitu rasa-rasa hamba; poligami indah akan terbina daripadanya. Begitulah sembahyang yang agung, melahirkan manusia yang luarbiasa.
Poligami sebenarnya menurut Abuya, adalah hasil sembahyang yang agung. Cara hidup agung dihasilkn dari sembahyang yang agung. Itulah hidup yang bersistem dalam semua sudut termasuk poligami. Hasil sembahyang yang menghubungkan hati kuat dengan Allah, maka mampu berperanan dalam kehidupan.
Begitulah contoh bagaimana sistem Islam yang berjalan hasil sembahyang agung tadi. Bukan saja disudut poligami, bahkan dibidang pendidikan, kebudayaan, dan lain-lain. Kalau dapat disalin apa yang telah baginda lakukan, maka akan terjadilah kebangkitan Islam kedua ini.
Yahudi teruslah dengan dendam dan cita-citanya untuk menghancurkan Islam, maka segala macam dilakukan. Antaranya, yahudi mencipta fahaman-fahaman dikalangan umat Islam seperti Syiah dan Wahabi. Kerana dengan cara melaga-lagakan umat Islam sesama mereka itu, maka umat Islam menjadi lemah.
Sebelum kita mendapat kesedaran, gaya hidup yahudilah yang menjadi pilihan. Maka bila hati telah diberi hidayah, ketika itulah kita ditemukan dengan Abuya yang memimpin kita daripada gaya hidup yahudi kepada Islam yang sebenar. Cara hidup Islam salinan kehidupan rasul dan sahabat. Itulah yang menarik hati kita kepada Abuya.
Bahkan ramai dikalangan kita berperang dengan keluarga sendiri, kerana masih hidup ikut cara yahudi; sedangkan hati telah menerima petunjuk daripada Tuhan. Ada kuasa yang memutarkan hati kita; jatuh cinta dengan Islam dan ikut berjuang bersama Abuya.
Berlakulah ujian demi ujian, yang besarnya bermula bila Arqam diharamkan. Diwaktu itu barulah terasa mahalnya Abuya. Terasa bagai nyawa disentap. Ketika sedang bahagia dengan kehidupan Islam, tiba-tiba ianya hilang begitu saja. Begitulah, hanya Abuyalah yang mampu hidupkan Islam bersamanya serta perjuangkannya. Buktinya, bila diharamkan, tanpa Abuya, Islam kita hilang entah ke mana.
Dengan keberkatan Haji Akbar baru-baru ini, kita dimaklumkan di media massa bahawa jemaah Abuya lebih besar dan makin besar, kaya dan ramai pengikutnya daripada sebelum ini. Bukti lagi bahawa inilah jemaah kebenaran. Setelah diharamkan, diapa-apakan, bahkan yang menentang itu bukan calang-calang kuasa tapi sebuah kerajaan bernegara, namun Abuya berjaya melepasinya. Sesuailah dengan hadis Nabi yang bermaksud:
“Akan ada suatu toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran. Ia tidak dapat dikalahkan sesiapa yang menentangnya hinggalah datang ketentuan Allah.”
Bahkan sekarang Abuya lebih kuat, kaya, dan sekarang berpusat di Mekah. Abuya itu mujaddid untuk zaman ini. Kita terlalu suka dengan Islam yang Abuya bawa, kita lihat jalannya sangat praktikal. Jadi kita tinggalkan kehidupan sebelum ini. Ketika kena pilih antara dua jalan, kita pun buat keputusan untuk fulltime dengan Allah.
Abuya buatkan kita merindui Imam Mahdi Al-Muntazar; Imam Mahdi yang ditunggu. Abuya kata;
"Kalau Imam Mahdi datang di Mekah akan kena tangkap, kalau dia datang dengan cara begitu. Risikonya besar kerana yahudi tak akan biarkan. Jadi kita menunggu dengan bersiap sepenuhnya. Persiapan yang akan buatkan dia terbela".
Imam Mahdi nak datang mesti disambut oleh kuasa negara yang nanti diserahkan padanya untuk dia tadbir. Abuya sedang siapkan Daulah Islamiah di Malaysia bersama Imam Mahdi. Sebab itu GISB disiapkan di Haramain. Projek-projek GISB berada di 3/4 dunia, ianya benar-benar sebuah tapak kekhalifahan. Pusatnya di Haramain.
Imam Mahdi ialah lelaki ghaib. Akan datang dari alam ghaib dengan jasadnya dan akan kahwin dan hidup normal seperti manusia biasa. Wajahnya mirip wajah Nabi Muhammad; nama ibu dan bapanya juga sama.
Ianya seperti memberi peluang umat akhir zaman bertemu bayangan Nabi. Jadi Abuya kata Imam Mahdi akan zahir sebagai khalifah kelima. Dia adalah Rasul li Rasul. Orangnya Quraish Bani Hasyim.
Siapa yang akan menyambutnya? Kita semua tak kenal dia. Ghaibnya sudah 85 tahun. Maka ada tujuh wazir yang diketuai PBT, dan dialah yang menyiapkan tapak untuk Imam Mahdi.
Sabda baginda s.a.w.,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan ditabalkan oleh Allah dalam satu malam.” Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
Dari Abdullah bin Al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW;
“Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya”. Riwayat Ibnu Majah.
'Imam Mahdi datang nanti, satu malam sudah siap!'- Ini adalah simbolik malam pertabalan.
Syeikhul Daulah (Abuya) teruslah memimpin hingga kini. Abuya akan jemput Imam Mahdi untuk keluar. Keghaiban Abuya adalah untuk lakukan perkara ini. Inilah skripnya bagaimana Tuhan melakukan jadualnya.
Abuya asalnya dari Wanosobo di Sumberjo. Maknya dibawa ke Malaysia oleh Saiyidi. Abuya yang ghaib dan telah keluar bersama Imam Mahdi dari pintu Kaabah 2 tahun lepas. Kini Imam Mahdi sudah masuk fasa zahir. Imam Mahdi telah beri tanda-tanda kezahirannya, iaitu bencana alam; taufan sandy, yang menghentam pusat dunia yahudi. Semuanya tanda Muhammad kedua akan datang.
Bonda Wasilah didatangi Rasulullah s.a.w., bonda ummu bertanya baginda, bila Imam Mahdi nak zahir; dijawab; ianya rahsia Tuhan. Mereka sedang persiapkan sesuatu yang tak dapat dikesan oleh yahudi.
Untuk kita; Persiapkan rasa rindu, takut dan taat setaat-taatnya pada Allah dan kepada orang orang Allah! Mudah-mudahan dan semoga selamatlah.
Abuya bersama GISB menerajui kepimpinan sebagai persiapan menyambut Imam Mahdi. Futuh Mekah kedua akan berlaku secara aman. Imam Mahdi datang dalam keadaan orang lain tak tahu, kecuali orang-orangnya.
Begitulah Abuya mengheret kita menjejaki janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua, bermula dari kesedaran nak hidup cara Islam hingga sekarang sudah hampir kezahiran Imam Mahdi yang akan membawa Islam bertaraf dunia.
❝Apakah kita sudah mempersiapkan sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luarbiasa dan lain-lain seperti yang telah berlaku pada kebangkitan kali pertama?❞