Tokoh-tokoh Islam Yang Pernah Didatangi Oleh Rasulullah SAW

Selain Imam-imam Mujaddid, sekali sekala Tuhan datangkan tokoh pemimpin yang adil seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Salehuddin Al-Ayyubi dan lain lain.

1. Panglima Tariq bin Ziyad.


Panglima Tariq bin Ziyad, didatangi Rasulullah SAW memberikan arahan langsung padanya untuk membakar kapal-kapak perang, supaya tekad mara terus ke depan tanpa menoleh untuk balik ke belakang lagi. Bahkan Rasul SAW minta dia buat pilihan mara ke depan berhadapan dengan bilangan musuh yang terlalu ramai, jika mati sebagai syahid atau berpatah ke belakang adalah laut dan mati bukan sebagai pejuang tapi mati bunuh diri. Ahli sejarah telah mencatit sebahagian ungkapan ucapan Tariq hasil bertemu dengan Rasul SAW secara yaqazah.


البحر من ورائكم والعدو امامكم فاختار بيهما شئتم

"Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu dan di hadapanmu musuh. Maka pilih antara keduanya"

Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibralta.


2. Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah orang yang membenarkan apa yang telah diperkatakan oleh Rasul SAW 600 tahun selepas wafatnya Rasul SAW. Sesiapa sahaja yang datang melawat Kota Istanbul Turki boleh melihat terpahat hadis Rasul tersebut di makamnya. Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan roh dan disiplin fizikal para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, pelbagai ilmu dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak, dan tawaduk. Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW:

"Kostantinopel akan ditakluk oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera".

Abu Ayub Al-Ansari seorang sahabat Rasulullah SAW terlibat perang menentang tentera Rom di Konstantinopel ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Konstantinopel dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah:

"Aku mendengar baginda Rasul SAW mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda." 

Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin, yang merupakan keturunan sahabat Rasul SAW iaitu Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniah dalam masa yang singkat dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481.Baginda menakluk

Konstantinopel pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine. Baginda jugalah menukar nama Konstantinopel kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Atarturk kepada Istanbul. Beliau dan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah tinggalkan solat wajib, tahajjud dan rawatib sejak baligh hinggalah kesaat baginda meninggal dunia. Maka jadilah baginda, Raja sebaik-baik Raja dan tentera-tenteranya, sebaik-baik tentera.

Di akhir zaman ini, satu lagi janji Tuhan demi kebangkitan Islam kali kedua, sedang rancak direncanakan oleh Rasul SAW. Selain daripada Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim, seorang lagi tokoh yang didatangi oleh baginda Rasul SAW ialah Bonda Ummu Jah AR. Sebaik bertapak di Haramain, Bonda Ummu Jah telah dianugerahkan rasa rindu yang sangat mendalam terhadap baginda Rasul SAW. Dengan itu Bonda Ummu Jah pun bertekad untuk membersihkan Masjdil Haram dan Ummul Qura, daripada kejahatan Yahudi yang bertopengkan Wahabi. Maka dipersiapkanlah Bonda Ummu Jah sebagai Wasilah kepada Rasulullah, Sayidi Imam Mahdi dan Abuya Putera Bani Tamim, sementara menunggu kemunculan semula dua tokoh yang paling digeruni oleh Yahudi. Berkembanglah perjuangan kebenaran ini di bumi Haramain, tanpa dapat disekat-sekat lagi, kerana di belakang Bonda Wasilah adalah baginda Rasul SAW sendiri.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?