Ekspedisi Da'bus Solehin Untuk Bangunkan Hati, Akal dan Fizikal
Di awal keberadaan kami di Mekah, para peserta ekspedisi yang tinggal di Istana RSA masa itu dibahagikan kepada dua kumpulan. Antara jadualnya, perjalanan dari istana ke Masjidil Haram untuk tawaf dan mengucup Hajarul Aswad, ambil power Kaabah. Kekuatan untuk melawan dan mengalahkan nafsu, membersihkan fkiran sekular dan segala gangguan sihir dan syaitan.
Ekspedisi ini menjejaki kaedah Abuya, bertujuan membangunkan hati, akal, dan fizikal. Ekspedisi kali ini ialah hendak menelusuri kebangkitan Rasul SAW yang pertama. Kini kita berada di perkampungan kelahiran Baginda. Rasul SAW begitu gembira dengan kedatangan ummat dari seluruh penjuru dunia. Semasa di Mekah, Bonda Ummu Wasilah AR telah dipandu oleh RSA, maka terbuka sedikit demi sedikit rahsia Tuhan kepada kita. Selama ini kita menggambarkan jadual Allah melalui fikiran kita. Rupanya bila dibuka rahsianya, ia berlaku di luar jangkaan kita.
Perjuangan kebenaran ini adalah suatu nikmat dan anugerah, yang Allah berikan kepada kita. Peluang ini kalau tidak dihargai akan ditarik balik. Seperti yang berlaku kepada orang-orang yang sudah tidak bersama Abuya lagi. Sebab itu kena dijaga sungguh-sungguh dan kena pandai mensyukurinya. Program dan aktiviti yang diatur kena diikut betul-betul. Seperti selawat, solat yang agung, zikir agung, hantar power dan pencak lawan nafsu. Mesti dihayati dan dijiwai sungguh-sungguh.
Padang Arafah, tempat pertemuan kembali Adam dan Hawa selepas terpisah selama 40 tahun selepas diturunkan ke dunia. Di sini juga Jibril AS mengajar Nabi Ibrahim AS, tentang manasik haji. Arafah terletak di luar tanah haram, lebih kurang 22km di sebelah Tenggara Masjidil Haram. Di sini turunnya wahyu "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agamamu."
Di Arafah juga terdapat Jabal Rahmah. Kami berpeluang naik unta, sebagai mengenang dan merasai bagaimana Rasul SAW menunggang unta. Di zaman Rasul, ada seekor unta mengadu kepada Rasul dalam keadaan menangis, menceritakan kepada baginda bahawa dirinya dizalimi tuannya. Rasul SAW membeli unta tersebut. Ada syair yang menceritakan peristiwa ini dan syair ini kalau dibaca depan unta, insya Allah unta itu akan menangis. Inilah mukjizat Rasul SAW.
Perjalanan kami seterusnya melalui sebuah kawasan bernama Muhassir, terletak di antara Muzdalifah dan Mina. Di tempat ini tentera bergajah Raja Abrahah dihukum Allah. Rasul SAW minta dipercepatkan perjalanan ketika melalui kawasan ini. Seterusnya melalui Muzdalifah, tempat mabit (bermalam) para jemaah haji. Di sini mereka dibolehkan mengambil batu-batu kerikil utk melontar di jumrah.
Mina; maknanya tempat berkumpulnya manusia. Terletak antara Mekah dan Muzdalifah. Jaraknya dari Masjidil Haram sekitar 7km, di sebelah Timur Lautnya. Di sinilah berlakunya peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail dan baginda melontar batu pada syaitan yang menggangu. Di sini juga para jemaah haji melontar di jumrah (ula, wustha dan aqabah), tempat kaum Ansar melakukan baiah kepada Nabi yang dikenali sebagai Baiah Al Aqabah Al Ula dan Tsaniyah.
Begitulah antara pengisian ketika berada di bumi suci ini. Menjejaki perjuangan dan kehidupan rasul dan para sahabat, menyalin peribadi-peribadi mereka untuk membenarkan janji Allah pada kebangkitan Islam kali kedua ini.