Allah S.W.T. ketika memulakan penciptaan-Nya, Dia menciptakan Nur Muhammad. Nur Muhammad ini adalah cahaya yang sangat terang, yang sangat luar biasa. Cahaya ini penuh dengan rasa kehambaan terhadap penciptanya. Hakikatnya Nur Muhammad ini adalah dari cahaya-Nya. Nur Muhammad adalah ciptaan yang paling Tuhan sayang! Kerana sayang dan cinta Allah kepadanya, terciptalah seluruh alam. Ketika Nur Muhammad telah diciptakan dan fizikalnya belum wujud, Allah berkata; "Aku ingin menciptkan manusia yang paling Aku sayang di atas muka bumi ini" Allah Taala menciptakan dari Nur Muhammad ini alam keseluruhannya. Dunia dan akhirat, syurga dan neraka, dunia, akhirat, malaikat, manusia, jin, haiwan, tumbuhan, jamadat, alam ghaib mahupun alam nyata, semuanya dari Nur Muhammad. Seluruh yang ada diciptakan kerana Nur Muhammad. Cahaya yang luar biasa ini, kerana takutkan dan cintakan Allah, telah berlakulah peristiwa pencipaan alam daripadanya. Kerana-mu wahai Nabi Muhammad, kami