Jadikan Cita-cita Abuya Sebagai Cita-cita Kita
Di antara kehebatan Abuya ialah mempunyai keluarga besar, dengan direzekikan anak seramai 39 orang dan cucu seramai lebih 200 orang. Bahkan Abuya berjaya membina pengikut-pengikutnya yang mempunyai keluarga yang besar.
Abuya juga berjaya memindahkan cita-cita perjuangkan Islam kepada keluarga dan anggota jemaahnya. Hal ini sangatlah perlu disyukuri, kerana ia perkara yang sangat mahal nilainya. Sekiranya di kalangan kita tidak mensyukurinya maka Tuhan akan tarik balik hidayah dan nikmat-nikmat itu tadi.
Abuya adalah seorang pemimpin dan ayah yang sangat bertangungjawab. Dia telah menyediakan jemaah Islam sebagai wadah perjuangan untuk membangunkan model kehidupan Islam yang cukup syumul untuk menjadikan keluarga dan ahli jemaahnya sebagai abid dan pejuang.
رهبان في الليل وفرسان في النهار
Menjadi abid di waktu malam dan menjadi pejuang di waktu siang hari.
Begitu sekali Abuya telah membangunkan model sistem kehidupan Islam di dalam jemaahnya di setiap negeri, seluruh pelusuk negara Malaysia, dan juga berkembang projek-projek yang telah Abuya bangunkan di seluruh dunia.
❝Ibarat telah menyediakan hidangan makanan yang cukup istimewa dan lazatnya, hanya kita mahu makan atau tidak. Besar sekali cita-cita Islam Abuya.❞
Ikut logik akal, sepatutnya anak-anak Abuya daripada bekas isterinya menjadi penentangnya. Tetapi Abuya berjaya membuatkan mereka bersama perjuangan Abuya. Cuma kesungguhan di dalam perjuangan itu mengikut sejauh mana masing-masing mengambil cita-cita dan hasrat Abuya sebagai cita-cita mereka.
Di awal perjuangan Abuya di tengah masyarakat yang belum mendapat kesedaran, Abuya berjaya menyeret anak-anaknya yang sama cita-cita, membahu dan mendokong perjuangannya itu.
Namun begitu, betapa berat kesan dari tindakan TH hingga ada anak-anak Abuya yang tidak lagi mendokong perjuangan Abuya kerana mengikut TH, bahkan menentang isteri Abuya yakni Bonda Ummu Jah yang meneruskan perjuangan Abuya dan cita-cita Abuya.
Di sini kita tidak melihat kelemahan Abuya. Justeru di sinilah kehebatan Abuya selaku PBT. Berjaya membuktikan bahawa mereka yang sama cita-citanya dengan Abuya akan terus dipandu di dalam perjuangan. Mereka telah dianugerahkan hati yang matlamat hidupnya untuk perjuangan dan bersama-sama dengan perjuang ini. Pastinya kerana keberkatan Bonda Ummu Jah yang telah berkorban bukan sahaja untuk diri Abuya, bahkan berkorban untuk membela Islam yang dibangunkan oleh Abuya melalui jemaah dan perjuangannya.
Di sini dapat kita lihat bahawa Abuya itu sangat-sangat mengambil berat di dalam hal keluarganya, bahkan sebelum Abuya ghaib disiapkan begitu rupa keluarganya untuk mendokong jemaahnya dan perjuangannya. Tetapi sekarang kita lihat ada di kalangan keluarganya dan beberapa pengikutnya sudah tidak bersama lagi dalam jemaah ini.
❝Siapa yang merosakkan usaha dan kerja Abuya selama ini? Begitu sekali hebat keluarganya dan jemaahnya disiapkan untuk perjuangan ini tiba-tiba sekarang begini sekali jadinya. Ada yang sudah tidak bersama untuk meneruskan perjuangan ini.❞
Begitulah jika cita-cita Abuya tidak dijadikan cita-cita kita, sekalipun darah dagingnya belum tentu mewarisi kekuatan jiwanya itu. Ini perlu diusahakan. Tidak boleh hanya bersandar sekadar anak Abuya sahaja. Sedangkan harta pun Abuya tidak wariskan, lagi-lagilah perasaan memiliki cita-cita Abuya.