MANUSIA ADALAH PELUPA DAN BERSALAH.
'Manusia' berasal dari kalimah Arab, Nasia-Ansa (نسي - انسى). Ertinya lupa. Sesungguhnya manusia menzalimi dirinya dan kufur. Firman Tuhan :
إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Sesungguhnya manusia sangat suka menzalimi lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
Surah Ibrahim :34
Sifat ciptaan diri manusia itu sendiri adalah bersalah dan pelupa. Membawa maksud hakikat ciptaan diri manusia sendiri sebagai hamba Allah. Bila tidak dapat menghitung kelemahan diri, ertinya telah melupakan atau menafikan kehambaan. Tidak dapat menghitung apa lagi dosa yang hendak ditaubatkan adalah dosa. Tidak ada celah dan ruang untuk manusia berlepas diri dari kesalahan dan dosa, kemungkaran dan kesesatan, Manusia adalah makhluk Tuhan yang diciptakan dengan dibebankan tugas beribadah atau menyembah Tuhan. Firman Tuhan:
Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.
Allah telah menyediakan berbagai kemudahan ilmu, petunjuk, pimpinan dan pemimpin di setiap zaman untuk membawa manusia ke jalan yang lurus.
Malangnya manusia tidak ambil peduli. Mereka melihat dengan mata, tahu sejarah tentang azab-azab Allah yang telah berlaku di atas dunia lagi, tapi mereka buat-buat tak tahu.
Setiap zaman dan setiap kurun Tuhan datangkan Rasul lil Rasul untuk mengingatkan manusia yang sifatnya pelupa. Di zaman adanya Rasul maka Tuhan datangkan Rasul tetapi di zaman tiada Rasul didatangkan mujaddid iaitu setiap seratus tahun sekali. Tugas dan peranannya juga adalah sama untuk mengingatkan manusia bagi pihak Tuhan. Pimpinan dan didikan dari wakil-wakil Tuhan yang didatangkan kepada manusia. Ertinya setiap generasi pasti merasakan pimpinan mujaddid, samada di awal atau di akhir kemunculan mujaddid itu. Ertinya di kurun ini iaitu di awal kurunnya didatangkan bertaraf mujaddid dan di akhirnya di kurun ini didatangkan bertaraf khalifah.