PEMBELA AL-QURAN

Pembela Al-Quran; iaitu satu kelompok di kalangan umat Islam yang dapat menzahirkan isi kandungan yang terdapat di dalam Al-Quran, sebagai sistem yang mengatur kehidupan. Bila Al-Quran yang hidup sudah menjadi kenyataan dan manusia boleh melihat dan merasai keindahannya; ini bermaksud sudah wujudnya pembela Al-Quran.

Al-Quran itu dapat dilihat di dalam semua aspek kehidupan. Di dalam diri individu, masyarakatnya, pendidikan, hiburan, pentadbiran, kepimpinan, kemasyarakatan, dan lain-lain. Kehidupan yang menyalin Al-Quran ini, hanya pembela-pembela Al-Quran sahaja yang mampu melakukannya.

Apa yang sudah berlaku di dalam sejarah, kemenangan yang Tuhan berikan kepada mereka yang telah membuktikan bahwa Al-Quran telah berlaku dalam kehidupan mereka. Inilah golongan yang benar, bahkan tidak terfikirkan untuk menang, kemenangan yang tidak logik itulah yang menjadi kenyataan. Mereka yang direzkikan berada dalam kebenaran; hati sentiasa dipandu untuk merasakan semua yang melakukannya bukan dari mereka, tapi Allah yang lakukan, melalui Rasulullah bersama team akhir zamannya iaitu ikhwan dan asoib.

Bila sudah wujud pembela/penggerak Al-Quran, maka apa kata Allah kepada mereka yang sanggup menjadi pembela Al-Quran:


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ



Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
An-Nur: 55

Allah ingatkan kita ciri kebenaran yang dijanjikan pasti berlaku secara keajaiban (خوارق العادة). Firman Allah:


إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), 


وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
An-Nasr: 1-3


Bila sudah wujud Pasukan pembela Quran tersebut di muka bumi ini, maka Allah campur tangan dengan menolong dan memberikan kemenangan. Kamu menyaksikan bagaimana manusia berbondong-bondong menerima kebenaran yang dihidangkan. Apabila berlaku bantuan dan kemenangan, Allah meminta kita bertasbih, memuji Tuhan, dan segera bertaubat. Manusia mudah merasakan kemenangan datang darinya, sebab itulah Tuhan meminta kita segera bertaubat, bertasbih, memuji-Nya, dan Tuhan suka hambanya yang bertaubat.

Cara akal dan nafsu melihat dan menilai tidak sama dengan Allah dan orang-orang-Nya. Kita tertarik pada seseorang itu, kerana dia seorang yang berharta. Memang nafsu yang liar itu kehendak sukakan harta atau kekayaan (حبّ المال) sehingga dipandang besar pada orang tersebut.

Abuya tinggalkan Bonda Wasilah untuk memimbing kita, dan bimbing kita dalam bagaimana bentuk membela Al-Quran itu. RSA-lah yang membimbing dan memandu Bonda Ummu untuk berkongsi dengan kita, cara-cara membela Al-Quran yang sebenarnya, yang praktikal, yang mampu dikongsikan kepada dunia seluruhnya.

Dalam Al-Quran ada menjelaskan tentang bantuan dari Pasukan Alam Ghaib yang Tuhan kirim dan Janji Allah Akan Kemengan Islam Akhir Zaman.

"(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
Al-Imran: 124

"Bahkan jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.” 
Al-Imran: 125

Janji Tuhan pasti berlaku. Siapa yang menolong Islam, Allah akan akan menolongnya. Kemenangan yang Tuhan lakukan dan akan berikan ini, akan berlaku bila lahirnya pembela-pembela Al-Quran ini.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?