APA ITU PANJI-PANJI HITAM?
Kita telah lama diperkenalkan tentang hadis-hadis akhir zaman. Kita juga selalu dan sering mendengar tentang hadis Nabi mengenai Ikhwan dan Asoib, satu kelompok yang dirindui Nabi S.A.W. Kelompok inilah yang akan bersama-sama Imam Mahdi memerangi Dajjal. Kita juga mendengar tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi. Tanda paling besar bahawa Imam Mahdi telah muncul ialah apabila seorang Putera Dari Bani Tamim menyerahkan Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam kepadanya. Panji-panji Hitam inilah tanda pengesahan apakah seseorang itu Putra Bani Tamim (yang menyerahkan) dan seorang lagi Imam Mahdi (yang menerima serahan). Nampak di sini betapa pentingnya Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam itu. Sabda Nabi S.A.W.: 1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah) 2. "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”. 3. “Jika