ABUYA MEMINDAHKAN CITA-CITA ISLAM KEPADA KELUARGA DAN JEMAAHNYA.
Pada tahun 1975, Abuya memulakan sistem kehidupan Islam dengan membuka perkampungan Islam di Sungai Pencala, Wilayah Persekutuan. Ketika itu, panggilan kepada Abuya adalah ustaz. Setelah Arqam membesar, digelar Syeikhul Al-Arqam, dan kemudian barulah Abuya.
Bermula dengan ilmu fardu ain, Nur Muhammad, berkaitan Rukun Iman, yang kesemuanya berkaitan dengan ghaibiat. Juga roh-roh suci yang hingga kini diyakini masih terus berperanan untuk membantu, dan menyuburkan kecintaan kepada Tuhan di hati manusia.
Kami anak-anak Abuya bersama beberapa kawan yang lain seramai 12 orang pelajar, terdiri dari enam lelaki dan enam orang perempuan; sebagai perintis pendidikan sekolah yang dibangunkan oleh Abuya. Masa itu lagi pelajar-pelajar dibesarkan dengan cerita dan kisah-kisah perihal keajaiban dan alam ghaib.
Bermula dengan ilmu fardu ain, Nur Muhammad, berkaitan Rukun Iman, yang kesemuanya berkaitan dengan ghaibiat. Juga roh-roh suci yang hingga kini diyakini masih terus berperanan untuk membantu, dan menyuburkan kecintaan kepada Tuhan di hati manusia.
Masih segar diingatan, suasana di Kampung Sungai Pencala; ketika itu penuh dengan hutan pokok getah. Saya berusia sekitar 14 tahun, tiap kali Abuya masuk kelas mengajar kami beliau tidak akan lupa menyelitkan satu dua kisah para wali dan orang soleh.
Cerita-cerita seperti itu sudah menjadi basahan bagi membantu agar cita cita Islam terpindah pada kami. Ketika itu saya masih remaja tetapi Abuya telah berjaya menyuntikkan cita-cita perjuangan Islam. Kami memahami semua itu bukan sekadar sebuah cerita menarik, bahkan kini saya merasai dan mengalaminya sendiri.
Cerita-cerita seperti itu sudah menjadi basahan bagi membantu agar cita cita Islam terpindah pada kami. Ketika itu saya masih remaja tetapi Abuya telah berjaya menyuntikkan cita-cita perjuangan Islam. Kami memahami semua itu bukan sekadar sebuah cerita menarik, bahkan kini saya merasai dan mengalaminya sendiri.
'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Abuya memindahkan cita-cita kepada keluarga dan jemaahnya, dengan pelbagai cara. Kepada keluarganya, kami seawal dari kecil dibawa ke luar, ke medan dakwahnya. Sedangkan di masa itu umur kami baru setahun dua, bahkan masih pakai lampin lagi.
Abuya memindahkan cita-cita kepada kami dengan menjadikan para sahabat, tabiin, tabiut tabiin, para salafussoleh sebagai hero-hero atau idola kami. Cara itulah terpindahnya roh-roh perjuangan Islam kepada keluarga dan jemaahnya. Masing-masing bercita-cita nak jadi pejuang Islam seperti yang tercatit dalam sejarah.
Lihatlah anak-anak sekarang, mereka adalah hasil apa yang dipindahkan kepada mereka. Dari kecil hanya artis-artis yang mereka lihat, mereka baca, maka itulah cita-citanya.
Namun begitulah cara Abuya, bukan sekadar hanya bercerita, malah diajak sama turun padang, walaupun di usia yang muda dan kanak-kanak. Saya ketika masih usia belasan tahun, peranan yang Abuya beri pada saya dan kawan-kawan, adalah memimpin sebaya dan seusia kami. Abuya mengajar kami, kemudian saya dan Syeikh Nizam dan beberapa orang lagi akan mengisi kelas-kelas dibawah kami. Ini disaksikan oleh semua ahli awal Arqam.
Abuya berekspedisi bersama anggota jemaah, menziarahi mereka dan keluarga mereka, makan bersama; itulah sebagian cara Abuya memindahkan hasrat dan cita-citanya. Melalui teguran dan kata-kata nasihat juga akan terpindah cita-citanya kepada kami.
Abuya memindahkan cita-citanya kepada kami dengan perlaksanaan. Apa sahaja perbuatan dan tingkah lakunya, itulah akan kami tiru. Ilmunya juga Abuya kongsikan, jadi kami tidaklah hanya tiru perbuatan tanpa ilmunya.
Abuya megajar saya ilmu susun selipar. Kata Abuya, "Kalau tak boleh susun selipar, jangan haraplah boleh menyusun manusia!" Abuya tidak hanya bercakap, bahkan Abuya yang memulakannya.
Abuya memindahkan cita-citanya yang besar kepada keluarganya dan jemaahnya; diletakkan peta dunia depan kami dan katanya, "Dunia akan Islam di tangan-tangan kita!".