HUJJAH-HUJJAH MEMBESARKAN RASULULLAH S.A.W.

Keterangan Ibnu Katsir dalam kitab Tarikh:
“Sultan Muzaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan, alim, dan seorang yang adil. semoga Allah merahmatinya-”. 

Majlis meraikan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Sultan Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzaffaruddin Al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah.

Dijelaskan oleh Sibth Ibn Jauzi, bahawa dalam peringatan tersebut Sultan Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama dari berbagai sudut ilmu, baik ulama dalam bidang ilmu fiqh, ulama hadis, ulama dalam bidang ilmu kalam, ulama usul, para ahli tasawwuf dan lainnya. Selama tiga hari, sebelum hari Maulid Nabi, beliau telah melakukan pelbagai persiapan. 


Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan tetamu yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan Muzhaffar tersebut. Mereka semua berpandang dan menganggap baik perayaan Maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya setelah kewafatan baginda S.A.W. itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat Al-A`yan menceritakan bahawa Imam Ibn Dehyah datang dari Maghribi menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan Muzaffar, raja Irbil tersebut sangat besar meraikan perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, Ibnu Dehyah menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “At-Tanwir Fi Maulid Al-Basyir An-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama, semenjak zaman Sultan Muzaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para ulama terkemuka dan Huffaz Al-Hadis telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti Imam Ibnu Dehyah (abad 7 H), Imam ’Iraqi (W. 806 H), Imam Ibnu Hajar Al-`Asqalani (W. 852 H), Imam Sayuti (W. 911 H), Imam As-Sakhawi (W. 902 H), Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami (W. 974 H), Imam Nawawi (W. 676 H), Imam Izzi Ibnu Abdus Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H) dan terdapat banyak lagi para ulama besar yang lainnya. 

Bahkan Imam Sayuti menulis karya khusus tentang Maulid yang berjudul “Husn Al-Maqsid Fi ‘Amal Al-Maulid”. Kerana itu perayaan Maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi umat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.

Hukum Meraikan Maulid Nabi

Maulid Nabi Muhammad yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat Quran dan menyebutkan sebagian sifat-sifat Nabi yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkat dan kebaikan-kebaikan yang agung. 

Sudah tentu perayaan tersebut terhindar dari bidaah-bidaah sayyiah yang dicela oleh syariat. Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. 

Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, para sahabat dan generasi salafussoleh. Namun demikian tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sendiri. 

Para ulama menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bidaah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi, dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.

Dalil-Dalil mengenai Maulid Nabi

1. Maulid Nabi termasuk dalam anjuran hadis Nabi untuk membuat sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syariat Islam. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ." رواه مسلم في صحيحه
“Barang siapa yang melakukan (beramal) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”. Riwayat Imam Muslim

Hadis ini memberikan kelonggaran kepada ulama umat Nabi Muhammad untuk melakukan perkara-perkara baru yang baik, dan tidak bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah, Athar (peninggalan Sahabat) mahupun Ijmak ulama. Maulid Nabi adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu pun di antara dalil-dalil tersebut. 

Oleh itu, ertinya dihukumkan boleh melakukannya, bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan berkat dan pahala. Jika ada orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti ia telah mempersempit kelonggaran yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada zaman Nabi.

2. Dalil-dalil tentang adanya Bidaah Hasanah yang telah disebutkan dalam pembahasan mengenai Bidaah.

3. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab Sahih mereka. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Rasulullah bertanya kepada mereka untuk apa mereka berpuasa? Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir’aun dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah karena bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:
أَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ.
“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”.

Kemudian Rasulullah berpuasa dan meminta para sahabat untuk berpuasa. Daripada hadis ini ialah, sangat dianjurkan untuk melakukan perbuatan berterima kasih (syukur) kepada Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah berikan pada hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan itu kerana memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian perbuatan itu dilakukan pada hari yang sama di setiap tahunnya.

Berterima kasihlah kepada Allah, kerana dapat melaksanakan pelbagai bentuk ibadah, seperti sembahyang, bersedekah, berpuasa, membaca Al-Quran dan sebagainya. Bukankah kelahiran Rasulullah adalah nikmat yang paling besar bagi seisi dunia?

Apakah ada nikmat yang lebih agung daripada dilahirkannya Rasulullah?! Apakah ada nikmat dan anugerah yang lebih agung daripada kelahiran Rasulullah, yang menyelamatkan kita dari jalan kesesatan?!

4. Hadis riwayat Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya, bahawa Rasulullah S.A.W. ketika ditanya mengapa beliau puasa pada hari Isnin, beliau menjawab: 
ذلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ
“Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan”. Riwayatkan Imam Muslim

Hal ini menunjukkan, Rasulullah melakukan puasa pada hari Isnin kerana berterima kasih kepada Allah, kerana pada hari itu baginda dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah S.A.W., ertinya jika baginda berpuasa pada hari Isnin kerana berterima kasih kepada Tuhan atas kelahirannya, maka pada hari kelahiran Rasulullah S.A.W., kita melakukan perbuatan yang mulia yang Allah suka.

Kemudian, oleh kerana puasa pada hari Isnin diulangi setiap minggunya, maka bererti perayaan Maulid juga diulangi setiap tahunnya. Dan kerana hari kelahiran Rasulullah masih diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai tanggalnya, -bukan pada harinya-, maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal 12, 2, 8, atau 10 Rabi’ul Awwal atau pada tanggal lainnya. 

Bahkan tidak menjadi masalah bila perayaan ini dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Imam Sakhawi seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.

Fatwa Beberapa Ulama Ahli Sunnah Wal Jama`ah:

1. Fatwa Syaikh Al-Islam Khatimah Al-Huffazh Amir Al-Mu’minin Fi Al-Hadis Imam Ahmad Ibn Hajar Al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:

أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”. وَقَالَ: “وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ.

“Asal meraikan Maulid adalah bidaah yang belum pernah dinukikanl daripada Salafussoleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan Maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bidaah hasanah”. 


Katanya lagi: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.

2. Fatwa Imam Sayuti, dikatakan di dalam risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal Al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:

"عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ".

“Menurutku: pada dasarnya peringatan Maulid, merupakan berkumpulnya orang ramai beserta bacaan beberapa ayat Quran, meriwayatkan hadis-hadis tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian dihidangkan makanan lalu dimakan oleh mereka, dan kemudian mereka pulang setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain (perbuatan yang melanggar syariat), ini adalah termasuk bidaah hasanah (bidaah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. 
Perkara seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan kelahirannya (Rasulullah) yang mulia. 
Orang yang pertama kali melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun Jami` al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.

3. Fatwa Imam Sakhawi seperti disebutkan di dalam “Al-Ajwibah Al-Mardliyyah”, seperti berikut:

"لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ “بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ”. ثُمَّ قَالَ: “قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ".


“Mengerjakan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada Salafussoleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. 
Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkatan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. 
Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan Rabi’ul Awwal seluruhnya” .

Jika kita membaca fatwa-fatwa para ulama terkemuka ini dan merenungkannya dengan hati yang suci bersih, maka kita akan mengetahui bahawa sebenarnya sikap BENCI yang timbul daripada sebahagian golongan yang mengharamkan Maulid Nabi tidak lain hanya didasari kepada hawa nafsu semata-mata. 

Orang-orang seperti itu sama sekali tidak mempedulikan fatwa-fatwa para ulama yang soleh terdahulu, bahkan langsung tidak membesarkan Nabinya, bahkan perkecilkan kebesaran Nabi S.A.W. 

Di antara kenyataan mereka yang sangat menghina Nabi ialah, mereka menyamakan Maulid Nabi ini dengan perayaan hari Natal yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari mereka, kerana sangat benci terhadap perayaan Maulid Nabi ini, dengan tanpa malu dan tanpa segan sama sekali berkata:
“إِنَّ الذَّبِيْحَةَ الَّتِيْ تُذْبَحُ لإِطْعَامِ النَّاسِ فِيْ الْمَوْلِدِ أَحْرَمُ مِنَ الْخِنْزِيْرِ”.
“Sesungguhnya binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid lebih haram dari daging babi”.

Golongan anti-Maulid seperti WAHABI menganggap, perbuatan bidaah seperti menyambut Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang mendekati syirik. Oleh itu menurut mereka, lebih besar dosa meraikan Milad Nabi daripada memakan daging babi, yang hanya haram sahaja dan tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran).

Sungguh Wahabi sememangnya ciptaan yahudi yang berdendam dengan Nabi S.A.W., hinggakan dalam hal mengingati Nabi pun cukup ditentang habis-habisan. Jenis manusia begini sunguh penuh dengan hasad di dalam hatinya.

Macammana orang macam ni menyamakan makan daging babi sama dengan Milad Nabi? Sememangnya babi itu haram dan nyata hukumnya dalam Quran, boleh pula disamakan dengan peringatan Maulid Nabi yang sama sekali tidak ada unsur pengharaman dari nas-nas Quran dan Hadis.

Berjaya yahudi merosakkan umat Islam yang malas dan meringan-ringankan soal berkat ini. Yahudi tahu disinilah kekuatan umat Islam, bila terhubungnya hati-hati mereka dengan Nabi S.A.W.

Tergolonglah wahabi dalam golongan yang boleh dikategorikan bodoh sambong. Sudahlah jahil, Islam hanya mengikut hawa nafsu, sombong dan tidak sanggup dibetulkan. Bahkan menganggap dirinyalah yang betul, orang lain tidak.

Antara kesesatan WAHABI yang Anti Maulid.

Wahabi = W
Ahli Sunnah = AS

1. “Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam melakukannya”.

AS : Rasulullah tidak melakukannya, namun adakah baginda melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang jelas telah dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. Disebabkan itu Allah berfirman:
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
“Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” Al-Hasyr: 7

Dalam ayat di atas, “Apa yang dilarang oleh Rasulullah atas kalian, maka tinggalkanlah”, Allah tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini bermakna bahawa perkara yang haram adalah sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah, tetapi bukan sesuatu yang ditinggalkannya adalah haram dan tidak boleh dibuat.

Boleh jadi yang ditinggalkan Rasulullah adalah baik namun baginda sahaja tidak melakukannya, seperti dalam hal memakan Dhab (biawak gurun). Nabi S.A.W. mengizinkan para sahabat memakannya, tetapi baginda tidak. Wahabi dalam hal Dhab, tidak pula dibidaahkannya, mungkin kerana ia memberi keuntungan padanya.

Sesuatu perkara itu tidak menjadi haram hukumnya jika alasannya "Ia tidak dilakukan oleh Rasulullah". Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan mengharamkannya.

“Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (wajib) atau sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah secara langsung yang khusus menjelaskannya?”

Jika setiap perkara mesti diucapkan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimana kedudukan ijtihad dan apakah fungsi ayat-ayat Quran atau hadis-hadis yang memberikan pemahaman umum?! Misalnya firman Allah:
وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”. Al-Hajj: 77


Adakah setiap kebaikan mesti dilakukan terlebih dahulu oleh Rasulullah, supaya ia dikatakan boleh dilakukan? Sudah tentunya tidak sebegitu. Tetapi yahudi begitulah, dalam setiap hal ingin menyusah-nyusahkan. Jadi tak hairanlah wahabi didikannya ini pun begitu juga.

Jika semuanya mahu dijelaskan satu persatu, dilabelkan khusus amalan atau perbuatan atau ibadah, akhirnya dah jadi susah. Macamlah kisah Nabi Musa A.S. minta mencari anak lembu, cari sahajalah! Ini banyak sangat pertanyaan, dah jadi satu hal dalam mencarinya. Bila dah dapat, bukan mahu taat pun kepada Nabi Musa. Inilah sikap yahudi, yang ada pada wahabi dan sesiapa yang sealiran dengannya. Mereka membidaahkan orang, sedangkan amalan yang tidak tergolong dalam bidaah tidak pun diamalkan. Dah memang jenisnya begitu.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W., hanya memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Sebab itu setiap perkataan Rasulullah, disebutkan dengan Jawamiul Kalim, ertinya setiap kata-kata Rasulullah terdapat kandungan makna yang sangat luas tapi padat, kata-katanya puas dan menggetarkan jiwa, kata-katanya lengkap tapi penuh makna. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda;
مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ
“Barangsiapa yang melakukan dalam Islam sesuatu perkara yang baik (mengikut syariat) maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya, dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”. Sahih Muslim.

Pada hadis sahih yang lainnya, Rasulullah bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ 

“Siapa yang melakukan sesuatu yang baru (bidaah) dalam urusan kita (agama) ini yang bukan daripadanya, maka ia tertolak”. Riwayat Muslim


Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sesuatu yang baru (bidaah) dan tertolak adalah sesuatu yang “BUKAN DARIPADA SEBAHAGIAN SYARIAT”. Ertinya, sesuatu yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syariat Islam itu sendiri. Contohnya ialah, sesuatu yang dilakukan bertentengan dengan syariat Tuhan.

Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah S.A.W. di dalam hadis di atas: “BUKAN DARIPADANYA”.

Sedangkan baginda S.A.W. bersabda:
من سن في الإسلام سنة حسنة
"Siapa yang melakukan (apa-apa sahaja) kebaikan di dalam Islam, ia adalah perbuatan yang baik." Sahih Muslim

Apa-apa sahaja perbuatan di dalam Islam, jika tidak melanggar syariat, ia adalah kebaikan. Tidak sepatutnya timbul mengharamkan perbuatan atau kebaikan orang lain. Tapi bagi orang yang bermasalah seperti Wahabi ini, kalau mereka yang melakukan tidak mengapa, jangan orang lain. Itulah yang sebenarnya.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim ini, sangatlah mengandungi anjuran untuk membuat kebaikan dengan sebanyaknya, yang selari dengan syariat Islam. Ertinya, tidak semua perkara yang baru (bidaah) itu adalah sesat dan tertolak, kecualilah jika melanggar hukum-hakam yang Allah tetapkan.

وَالتَّحْقِيْقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ، وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ
“Cara mengetahui bidaah yang hasanah dan sayyiah (yang dicela) menurut tahqiq (penelitian) para ulama adalah; jika perkara baru itu termasuk dan tergolong kepada hal yang baik dalam syariat maka ia termasuk bidaah hasanah, dan jika tergolong kepada hal yang buruk dalam syariat, maka termasuk bidaah yang buruk (yang dicela)”.

Wahabi selalu melaung-laungkan slogan tiada paksaan dalam beragama, namun dalam urusan orang lain disesat-sesatkannya, dipaksa mengikut ajaran mereka. Islam itu cukup indah, sangat memberikan kebebasan dalam melakukan kebaikan tanpa melanggar batasan yang Allah tetapkan. Sepatutnya tidak timbul soal menyesatkan manusia dalam perkara yang tidak menyalahi syariat.

2. “Peringatan maulid itu sering dimasuki perkara-perkara haram dan maksiat”.

AS : Apakah kerana alasan tersebut menjadikan amalan Maulid menjadi haram? Bolehkah beri alasan haram pergi ke pasar kerana di pasar terdapat perbuatan yang melanggar syariat, seperti tidak menutup aurat, pergaulan bebas, menipu dan lain-lain?

Tak betul dalam nak membaiki sesuatu dengan cara mengharamkannya. Melainkan sememangnya tidak suka melakukannya. Namun ianya sudah jadi dasar wahabi.

أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً.
“Asalnya Amalan Maulid adalah bidaah yang belum pernah dinukil dari kaum Salafussoleh pada tiga abad pertama. Walaupun demikian, Amalan Maulid mengandungi kebaikan dan lawannya. Barangsiapa dalam mengamalkannya serta berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal buruk yang diharamkan), maka itu adalah bidaah hasanah”.

3. W : “Peringatan Maulid itu selalunya membelanjakan kos yang sangat besar. Ini adalah perbuatan yang membazir. Mengapa tidak digunakan sahaja untuk keperluan umat yang lebih penting?”

AS : Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billah. Perkara yang dianggap baik oleh para ulama disebutnya sebagai membazir? Orang yang berbuat baik, bersedekah, ia anggap telah melakukan perbuatan haram (membazir)?

Mengapa manusia semacam ini selalu sahaja bersangka buruk terhadap umat Islam? Mengapa harus mencari-cari dalih dan alasan untuk mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul? Mengapa mereka selalu sahaja beranggapan bahawa amalan Maulid tidak ada unsur kebaikannya sama sekali untuk umat ini? 

Bukankah peringatan Maulid Nabi mengingatkan kita kepada peribadi dan perjuangan Rasulullah dalam berdakwah, sehingga membangkitkan semangat kita untuk berdakwah seperti yang telah dicontohkan baginda? 

Bukankah amalan Maulid Nabi memupuk dan menambah kecintaan kita kepada Rasulullah? Bagi orang yang memburu keredhoan Allah, hal-hal berkaitan Nabi sangat diambil kira!

4. W“Amalan Maulid itu pertama kali diadakan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Tujuannya pada masa itu adalah untuk membangkitkan semangat berjihad. Bererti orang yang melakukan amalan Maulid bukan dengan niat itu, telah menyimpang dari tujuan awal Maulid. Oleh itu amalan Maulid ini tidak perlu”.

AS : Kata-kata wahabi ini sungguh aneh. Mendakwa Sultan Salahuddin menyambut Maulid adalah untuk mengajak orang pergi berperang, ini adalah salah dan tak betul. Sultan Salahuddin adalah seorang pencinta Nabi, kalau tidak pergi berperang pun, bila tiba masanya akan disambut Maulid Nabi ini.

Dalam hal siapa yang mula-mula mengadakan Maulid Nabi, samada Sultan Salahuddin atau Sultan Muzaffar, ulama tidak memberatkan hal ini, walaupun banyaknya mengatakan bahawa Sultan Muzafar adalah yang pertama melakukannya. Kerana yang lebih utama dan lebih penting, kedua-duanya amat membesarkan Nabi S.A.W.! Buktinya adalah mereka mengadakan majlis besar-besaran, meraikan semua orang; demi Nabi Muhammad S.A.W.! Begitu sekalilah kecintaan mereka pada Nabi.

Orang yang mengatakan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengadakan Maulid Nabi kerana Perang Salib, telah membuat “fitnah yang jahat” terhadap sejarah. Ini barulah dinamakan sesat!

Hal yang sangat menghairankan ialah, kenapa bagi sebahagian mereka yang mengharamkan maulid ini, dalam keadaan tertentu atau kepentingan tertentu, dikatakan Maulid itu boleh dan dibenarkan, istighasah (meminta pertolongan) boleh, bahkan ikut sama bertawassul, tetapi kemudiannya terhadap orang lain, mereka mengharamkannya. Inilah dasar wahabi. Dia boleh buat orang lain tak boleh. Bagi mereka halal bagi orang lain haram.

Kesimpulan.

Para ulama tidak pun mengatakan bahawa niat Maulid Nabi adalah untuk perang. Bahkan Maulid adalah untuk mengeratkan lagi perasaan umat Islam terhadap Nabinya. Jika umat Islam sudah mendapat kecintaan dan kerinduan pada Nabi, nyawa mereka pun sanggup dikorbankan untuk Islam.

Nak berjihad tidak semestinya di medan perang. Apa sahaja amalan atau kehidupan seharian seorang mukmin, itu adalah jihad. Rasulullah pun sebut bahawa jihad paling besar adalah melawan hawa nafsu. Bagi ahli-ahli tarekat, dalam hal melawan hawa nafsu ini, sangatlah perlukan bantuan dan pertolongan dari Rasul. Sebab itulah mengapa timbul soal bertawasul. Orang yang sombong sahaja merasakan tidak perlukan sesiapa membantunya.

Bagi orang yang mahu mendapatkan cinta dan rindu pada Nabinya, tiada alasan lain melainkan perlu untuk menghubungkan hatinya dengan Nabinya. Biarlah apa kata manusia sekalipun, jika nyawa sekalipun perlu untuk dikorbankan demi Nabinya, itu pun sanggup dilakukannya. Nabi S.A.W. adalah nyawa kita, keselamatan kita, samada dunia mahupun akhirat, kita perlukan Nabi, dunia perlukan seorang Nabi untuk selamatkannya.

Umat Islam sudah semakin dihina, kita masih berbalah dalam hal menyambut Maulid Nabi. Diri kita mahu diraikan, tetapi dalam meraikan Nabi, seorang yang Allah kasihi, kerananya Allah beri pertolongan dan rahmat, kita tidak mahu meraikannya. Sedangkan Islam kita pun  hanya dikira sah jika beriman dengan Nabi S.A.W.

Jadi, adakah orang yang melupakan Nabi, bahkan tidak mahu membesarkan Nabi dan melarang orang lain membesarkan Nabinya, adalah seorang yang beriman?!


Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?