POLITIK MALAYSIA KINI DALAM HURU-HARA.

Malaysia, pada sekilas pandang boleh dikatakan sebagai negara yang cukup bertuah, kerana Tuhan ciptakan padanya pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara lain. Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini.

Seringkali Abuya mengutarakan dalam ceramahnya kepada masyarakat, dan banyak perbincangan yang diadakan; setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang, patut mempunyai cita-cita untuk mendaulatkan Islam di negara yang dicintai ini.

Abuya pernah melontarkan pandangannya bahawa tidak ada lagi pilihan raya selepas ini. Suasana politik di Malaysia kini dalam huru hara. Yahudi kepung negara kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah. Najib mahu mempertahankan kuasa Negara, Yahudi pula mahu merampas!


Jikalau kita jemu dengan berita buang anak, yang hampir setiap hari pada hari ini oleh generasi sekarang, berita menteri dan bijak pandai rasuah sana sini, berita politikus bercakaran hampir setiap masa dan ketika, berita pelajar cemerlang tetapi rosak moralnya, dan pelbagai bentuk berita lain yang memualkan, tidak pernahkah kita bertanyakan soalan - kenapa boleh menjadi begini wajah bangsa Malaysiaku?

Dari faktor inilah saya merumuskan; generasi yang ada sekarang mempunyai wajah begini kerana memang mereka dibentuk dengan acuan yang menjadikan mereka berupa sekarang, oleh sistem pendidikan sekular yang ada. Sistem sekarang inilah yang bertanggungjawab membentuk generasi ini sejak mereka dilahirkan lagi.

Maksud secara jelas ialah, sistem pendidikan yang generasi sekarang terima dari ibu bapa, guru-guru di sekolah, pensyarah-pensyarah di universiti, pemimpin-pemimpin masyarakat, dan suasana di sekeliling mereka membesar inilah yang menjadi tukang ketuk dan tukang bina dalam sistem ini. Mereka di atas adalah orang yang bertanggungjawab membentuk generasi sekarang.

Saya tidak menyalahkan mereka secara keseluruhan, kerana mereka membentuk generasi ini dengan cara yang mereka terima. Ertinya mereka perjuangkan apa yang mereka dapati hasil pembelajaran mereka, dan inilah hasilnya!

Abuya memberi jalan keluar dengan memberikan panduan melalui sistem pendidikan Rasulullah. Maju mundur sesebuah bangsa itu bergantung kepada ilmu. Ilmu yang menentukan masyarakat yang selamat dan mendapat keampunan Allah adalah ilmu yang sangat berkait rapat dengan insaniah manusia. Ilmu yang berkaitan dengan soal iman manusia.

Bangsa yang yang beramal dengan ilmunya, lebih-lebih lagi berkaitan dengan Allah dan Rasul, ianya ibarat makanan rohani setiap masa – pagi, petang dan malam – nescaya akan menjadi bangsa yang disegani dan takuti oleh kawan dan lawan. Contohnya ialah para sahabat yang Allah redha ke atas mereka.

Tanpa iman, orang tidak akan mengerjakan ibadah. Dan tanpa ibadah, manusia tidak faham erti ‘kehambaan’ kepada ALLAH S.W.T., Tuhan penciptanya. Lalu, manusia berbuat ikut hawa nafsu dan syaitan semata. Manusia cenderung menghasilkan tamadun ia sendiri, iaitu tamadun yang rosak dan tidak kekal.

Tamadun Lahir yang terbit dari perasaan tamak dan haloba semata. Demikianlah produk yang dihasilkan oleh sistem pendidikan kita pada hari ini. Sistem yang bertangungjawab dalam mencorak tamadun lahir yang dibuat dengan perasaan ‘gah’ di mata dunia. Pastinya kita tidak mendapat imbalan di akhirat kerana bercanggah dengan 'Lima Syarat-Syarat Ibadah'.

Rujuklah buku-buku Abuya atau artikel Suara Haramain yang lepas, ini ada hubungan yang cukup rapat dalam soal membangunkan jiwa atau hati atau roh manusia, yang mana inilah yang melahirkan masyarakat yang disenangi kawan dan lawan, yang dihormati di langit dan di bumi, yang selamat di dunia dan akhirat.

Kata Bonda Wasilah A.R., mahu tidak mahu, Malaysia akan jadi negara Islam dalam masa terdekat ini!

Dari pembangunan jiwa atau hati ini, lahirlah tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia, atau terbangun insaniah manusia.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?