KEAJAIBAN YANG TELAH BERLAKU DAN AKAN BERLAKU.
Peristiwa ajaib berlaku pada para Nabi, Rasul, mahupun pada selain Nabi dan Rasul. Pada Nabi atau Rasul, keajaiban ini disebut sebagai mukjizat. Pada selain Nabi dan Rasul ianya disebut sebagai karamah (keramat).
Mukjizat para Anbiya sudah banyak disebutkan di dalam Al-Quran. Meyakini hal ini termasuk sebagian dari aqidah/keyakinan umat Islam. Namun demikian, karamah orang-orang soleh sangat jarang diajarkan kepada umat Islam, malah sebagian menganggap hal ini sebagai tahayul yang mesti dibenteras.
Dalam Al-Quran disebutkan beberapa keajaiban orang soleh yang bukan Nabi mahupun Rasul, di zaman sebelum kedatangan Rasulullah. Antaranya kisah Asif Barhaya, pembantu kepada Nabi Sulaiman A.S.
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah (dialah Asif Barhaya): "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah" An-Naml: 40
---

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah (dialah Asif Barhaya): "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah" An-Naml: 40
فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ"Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira" - 'Ali Imran: 37
وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"- Al Baqarah 250
---
Kisah ibu Nabi Isa yang diberikan padanya makanan daripada syurga, jelas menunjukkan keberkatannya selaku wanita solehah yang bertaqwa kepada Allah. Begitu juga kisah Tholut dan 313 orang tenteranya ketika menentang Jalut. Kemenangan yang diberikan sangat luar biasa, hanya budak kecil (Nabi Daud yang masih kanak-kanak) yang mengalahkan Jalut dan bertempiaran seluruh pasukan tentera musuh.
Antara keajaiban yang terjadi kepada bukan Rasul ataupun Nabi yang lain, juga disebutkan dalam Hadis; Kisah 3 orang yang terjebak dalam gua (Riwayat Bukhari), dan
isah bayi yang berbicara ketika Juraij terkena fitnah. Keajaiban ini juga terjadi sesudah zaman Rasulullah, yang terjadi pada para sahabat. Pelbagai lagi kisah-kisah yang boleh didapati, yang menunjukkan kebenaran sangat berkait rapat dengan hal-hal atau perkara ghaib dan ajaib ini.

Antara keajaiban yang bakal berlaku, yang terbesar di akhir zaman sebelum dunia di kiamatkan ialah, Islamnya dunia di tangan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim. Hal ini akan berlaku tak lama lagi, dan ianya bermula dari Malaysia! Tunggulah, akan tiba masanya.