IKHWAN DAN ASOIB ORANG YANG PALING BAIK KHIDMATNYA.


خير الناس من ينفع الناس
"Sebaik-baik manusia orang yang paling memberi manfaat kepada orang lain."
Ikhwan dan Asoib adalah golongan yang bersama-sama dengan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim, dalam menerajui kebangkitan Islam di akhir zaman. Ikhwan dan Asoib itu adalah mereka yang terpimpin hatinya; samada dalam berperasaan terhadap Tuhan, selaku hamba, mahupun dalam memimpin manusia kepada Tuhan selaku khalifah di atas muka bumi.

Ikhwan dan Asoib adalah golongan wali Allah yang bukan sekadar mampu memberi manusia Tuhan, bahkan boleh beri makan kepada manusia, kata Abuya. Ertinya Ikhwan dan Asoib adalah wali yang memberi manfaat kepada manusia. Kalau hanya sekadar hebat beribadah, itu adalah hubungan dengan Allah, ianya tidak memberi manfaat kepada manusia sekelilingnya walaupun boleh sembahyang atas awan atau berjalan atas air.

Memberi manfaat kepada manusia ialah dengan perkhidmatan yang disediakan. Bukanlah Ikhwan atau Asoib jika tidak mampu memberikan layanan yang terbaik kepada masyarakatnya. Layanan itu adalah yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia, daripada sistem pendidikan, ekonomi, pentadbiran, hiburan, ekonomi, dan lain-lain lagi. Masyarakat terasa mendapat manfaat dengan kehadiran mereka.

Manusia sedikit pun tidak memberi manfaat dan mudharat kepada Tuhan. Namun terhadap sesama mereka, ia sangatlah memberi kesan. Kalau orang Islam tidak boleh berikan khidmat yang terbaik daripada orang kafir, akhirnya manusia akan menyalahkan Tuhan. Orang ramai akan kata, "Orang Islam tak boleh bagi kita makan, pendidikan, tempat tinggal, dan lain-lain keperluan kita. Kalau macam itu, baik lagilah Amerika."

Apalah ertinya dunia diserahkan kepada orang Islam, sekiranya tidak mampu memberikan khidmat dan layanan yang memuaskan? Apalah ertinya boleh sembahyang atas awan tapi masyarakat salahkan Tuhan kerana khidmat orang kafir lebih bagus dan memuaskan. Patut sangatlah Tuhan masih kekalkan dunia kepada yahudi. Khidmat mereka sangatlah memenuhi keperluan hidup manusia. Umat Islam jika tidak boleh lawan khidmat yahudi, lambat lagilah dunia akan diserahkan kepada orang Islam.

Imam Mahdi datang bila sudah ada golongan umat Islam yang boleh berikan khidmat terbaik kepada masyarakatnya. Ertinya sudah boleh menggantikan sistem yang ada. Ini kalau nak tolong atau berkhidmat sesama umat Islam pun masih berkira, apatah lagi terhadap kawan pun berkira-kira, maka lambat lagilah nak diserahkan dunia kepadanya.

Manusia itu dijadikan Allah kerana dua sebab; untuk menjadi hamba-Nya dan menjadi khalifah. Menjadi hamba Allah ialah mengabdikan diri kepada-Nya. Sembahyang, puasa, zakat, haji, baca quran, bangun malam, ini ialah hubungan dengan Allah. Hubungan dengan Allah ini tidak melibatkan manusia. Menjadi khalifah ialah, mentadbir, mencatur, dan menyusun dunia agar selamat dan bahagia dunia. Di akhirat mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Bagaimana mahu menjadi khalifah, sekiranya makan minum kita selaku umat Islam pun, orang kafir yang sediakan? Perjalanan permusafiran kita, orang kafir yang susunkan, pendidikan pun disediakan mereka, hiburan pun daripada mereka. Apa yang kita buat selaku umat Islam yang memberikan manfaat kepada umat Islam sendiri? Ikhwan dan Asoib itu, bukan sahaja orang Islam terasa bahagia dengan khidmatnya, orang bukan Islam pun mendapat manfaat daripada mereka!

Para sahabat sendiri pun, bila sudah mampu berikan khidmat kepada masyarakat di zaman itu, barulah diserahkan dunia kepada mereka. Selagi kehidupan mereka pun tidak terbela, bagaimana mahu membela kehidupan orang lain? Selagi tidak membahagiakan satu sama lain, janganlah berharap dapat membahagiakan orang lain.

Hadis Nabi S.A.W. di atas tadi, Tuhan tidak menjanjikan kepada umat Islam sahaja. Tuhan kata, siapa yang boleh beri manfaat dialah terbaik. Terbaik itu bukanlah soal hubungan dengan Tuhan, tapi dalam urusan sesama manusia. Tuhan tidak meemungkiri janji. Sekiranya orang bukan Islam lebih terasa khidmat mereka, maka Tuhan akan kekalkan kuasa kepada mereka hinggalah ada golongan dari kalangan umat Islam yang mampu menggantikan khidmat mereka.

قال علي رضي الله عنه: الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام
Telah berkata Sayyidina Ali R.A.: "Kebenaran tanpa sistem akan dikalahkan kebatilan yang bersistem."

Dari kata-kata Sayyidina Ali R.A. ini, jelas menunjukkan betapa khidmat yang baik itu jika datang dari orang kafir, adalah lebih baik daripada orang Islam. Jika kita perkatakan kebenaran ada bersama kita, namun realitinya bukan sahaja masyarakat, kita sesama kita pun tak dapat manfaat dan kebaikan daripada satu sama lain, ertinya dunia takkan diserahkan kepada kita lagi.

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". Al-Anbiya: 105

Hamba-hamba yang baik yang dimaksudkan di atas, bukan sahaja sahaja baik peribadinya malah mampu berikan kebaikan kepada orang lain. Memberikan kebaikan pada orang lain itulah dalam erti kata lain memberikan manfaat, atau khidmatnya diterima orang ramai. 

Para sahabat di kebangkitan Islam yang pertama, dunia bernaung di bawah mereka kerana mereka mampu menaungi dunia ketika itu. Jadi, untuk kebangkitan Islam kali kedua, ada janji Tuhan pada mereka yang memenuhi syarat sebagai hamba dan khalifah, maka mereka akan mengulangi apa yang pernah berlaku di zaman sahabat.

Pada kebangkitan Islam pertama, Rasulullah pernah mendoakan Abu Sufyan. Pada kebangkitan Islam kedua, Abuya juga pernah mendoakan Tun Mahathir menjadi Abu Sufyan kedua, mengulangi sejarah membela Islam.

Semoga kita memburu tawaran dan janji Tuhan tersebut.

Popular posts from this blog

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?

APA ITU JIHAD FISABILILLAH?