LAHIRNYA ABDAL DI JORDAN DI TANGAN PUTRA BANI TAMIM.
Syeikh Imam Asaari Attamimi (Abuya) dan Syeikh Yassin Al-’Ajlouni, sangat meraikan dan menghormati kerajaan Jordan Al-Hasyimiah, yang merujuk kepada keturunan Rasulullah S.A.W.
Abuya telah mengirim anggota jemaahnya ke Jordan pada tahun 1987. Syeikh Fakhrur Razi, anak lelaki sulungnya, adalah orang pertama dikirim mewakili Abuya dan jemaahnya bertemu wakil-wakil pembesar di sana. Hasilnya, Abuya mendapat tempat di Jordan, di semua lapisan masyarakat, baik dari pembesarnya hingga rakyat biasa.
Pelajar-pelajar Arqam peringkat awal memasuki Universiti Jordan, hanya berbekalkan siji Arqam, sebelum berlakunya hubungan rasmi antara kerajaan Malaysia dan Jordan. Hinggakan pada peringkat awal pelajar-pelajar Arqam di sana, masyarakat awam Jordan berfikir bahawa semua rakyat Malaysia adalah berjubah dan berserban!
Abuya lebih diterima di Jordan, berbanding di negaranya sendiri. Di Malaysia, Abuya ditentang segenap lapisan masyarakat, yang umumnya tidak tahu tentang perjuangan Abuya. Tetapi tidak di Jordan, di sini berbeza. Abuya diibaratkan seseorang yang membawa dan menghidupkan kembali kehidupan Rasul dan ajarannya.
Ini turut diakui oleh pihak keselamatan negara itu yang telah beberapa kali menemui wakil-wakil Abuya, samada dari zaman Arqam, Rufaqa, dan kini GISB. Mereka memberitahu bahawa Abuya sangat diterima baik oleh kerajaan Jordan, dan tiada masalah sama sekali dengannya. Kalaulah mereka tidak senang dengan Abuya, awal-awal lagi sudah diambil tindakan. Namun mereka biarkan Abuya beraktiviti di dalamnya, bahkan mereka mengakui bahawa Abuya bukan orang biasa, mampu membangunkan kehidupan yang lain dari yang lain, di negara orang pula tu!
Baru-baru ini, pihak inteligen yang bertemu dengan wakil GISB di sana mengakui bahawa Abuya sebenarnya cukup kuat di Malaysia. Mereka menyebut nama-nama parti di Malaysia dan mengatakan ianya adalah cukup lemah. Walaupun mereka hanya menilai dari luar dan Malaysia bukanlah negaranya, itulah pandangan mereka. Kata mereka, kalaulah pihak kerajaan pandai bekerjasama dengan Abuya dan jemaahnya, ini satu keuntungan yang sangat besar bagi kerajaan Melaysia. Hal ini turut diakui orang-orang besar di Saudi.
Dakwaan mereka adalah betul, Abuya memang hebat dan rugilah mereka yang tidak bekerjasama dengan Abuya. Namun kata Abuya, jemaah ini dijanjikan. Ia ada caranya sendiri. Ia dipandu oleh Nabi S.A.W. sendiri. Ini jemaahnya.
Kenapa Abuya memilih untuk bertapak di Jordan? Menurut Abuya, di Jordan adanya Abdal yang menjaga bara Islam supaya tidak padam. Menurut Abuya juga, Jordan ini adalah tempat berkumpul para wali di Timur Tengah. Ia adalah gerbang kemenangan bagi kebangkitan Islam kedua. Ia juga gerbang antara Haramain dan Baitul Maqdis. Sekarang pun kita dapat lihat, ketika negara sekelilingnya bergolak, Jordan tidak. Kalau ada pun ianya dapat diatasi.
Ini termasuk dalam janji Nabi S.A.W. Jordan ibarat rahim ibu, ia melindungi anaknya yang berada di dalamnya. Pelarian Palestin berlindung di sini, begitu juga pelarian dari Syria. Ini sangat membenarkan kata-kata Nabi itu.
Kawan-kawan Abuya di sini terdiri dari kalangan pembesar dan intelek-intelek di sini. Bahkan anak-anak mereka adalah kawan-kawan kepada anak-anak jemaah dari zaman Arqam lagi. Antara kawan Abuya ialah, yang sekarang sedang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Jordan. Dia adalah orang yang sangat disenangi oleh Raja Jordan dan kerabatnya.
Kata Abuya lagi, bila Malaysia menjadi negara Islam, negara luar yang pertama sekali akan menyokong dan menyatakan hasrat bersama Malaysia adalah Jordan, dan diikuti oleh Maghribi. Indonesia, Brunei, dan Singapura diibaratkan sebagai sebahagian daripada negara Malaysia. Thailand pula adalah negara bukan Islam pertama mendokong kerajaan Islam Malaysia.
Kata Abuya lagi, bila Malaysia menjadi negara Islam, negara luar yang pertama sekali akan menyokong dan menyatakan hasrat bersama Malaysia adalah Jordan, dan diikuti oleh Maghribi. Indonesia, Brunei, dan Singapura diibaratkan sebagai sebahagian daripada negara Malaysia. Thailand pula adalah negara bukan Islam pertama mendokong kerajaan Islam Malaysia.
Hal ini tidaklah pelik, kerana Jordan dan Maghribi diperintah oleh Ahlul Bait, keturunan baginda S.A.W. Walaupun sekarang nampak lebih berat ke barat, kata Abuya mereka adalah pendokong kuat di belakang Abuya. Rasulullah bila berkehendak, pasti akan dipenuhi hajatnya. Lagi-lagilah jika baginda berhajat untuk keluarganya agar membantu kebangkitan Islam, ini tidak mustahil untuk terjadi. Cuma bagaimana dan bila ia terjadi, ianya adalah Rahsia Allah.
Wali-wali di bumi Jordan atau bumi Syam ini digelar Abdal atau Wali Abdal. Bilangan mereka tidak ramai, 40 orang dalam satu-satu masa. Jika dikalangan mereka meninggal dunia, akan dilantik di kalangan Ahli Syam untuk penuhkan kembali tempat yang kosong. Jika ditanya siapa yang melantik wali Abdal ini, jawabannya, baginda S.A.W. lah yang melantik mereka.
Abdal adalah salah satu golongan yang bersama-sama dalam jemaah Imam Mahdi. Mereka adalah pembantu-pembantu Imam Mahdi dari sebelah Syam. Bagaimana Abdal ini dilahirkan? Kata Abuya, mereka lahir hasil bergaul dengan murid Putra Bani Tamim. Syarat untuk mengikut Imam Mahdi adalah menerima dan berbaiah dengan kepimpinan Putra Bani Tamim. Kata Abuya juga, ada dikalangan muridnya juga adalah sebagian dari Abdal.
Kini jemaah Abuya berada di Jordan, dan telah membuka mata masyarakat di sana tentang kehadiran Abuya di sini. Mereka menerima baik dan mendokong perjuangan Abuya. Kini anak-anak Abuya di sana adalah sebahagian daripada masyarakat Jordan sendiri. Hasil bergaul dengan masyarakat setempat, mereka mendapat sentuhan rohaniah dari pendidikan Abuya.
Rata-rata mereka begitu terharu bagaimana Abuya berjaya melahirkan satu generasi atau masyarakat yang berkehidupan dengan kehidupan Islam, yang satu masa dulu itulah kehidupan mereka. Ini diakui oleh mereka sendiri bila mendengar bahawa Abuya berkeluarga besar. Dulu mereke berkeluarga besar, kini susah dan payah nak dicari, kalau ada sembunyi-sembunyi. Mereka kagum dengan Abuya yang lebih buat Islam daripada mereka, hanya cakap Islam sahaja.
Jemaah Abuya di Jordan sekarang adalah hasil perjuangan Abuya 20 tahun yang lepas. Kini dunia telah melihat hasil perjuangan Abuya di sana. Abuya sudah bermasyarakat di sana, seolah-olah Jordan adalah Malaysia. Kita boleh melihat anak-anak Abuya (anak-anak jemaah) berkehidupan seharian seolah-olah mereka tidak berada ditempat yang asing. Mengembala kambing, berkuda dan memeliharanya, berkebun dan bercucuk tanam, menjual hasil tanaman di pasar-pasar sana, berkebudayaan di tengah masyarakat Arab, belajar, berniaga, dan lain-lain.
Inilah juga yang dilalui oleh jemaah Abuya di Haramain, Mesir, Eropah, bahkan di seluruh dunia. Di mana ada projek Abuya, di situlah berlakunya kehidupan model Islam yang Abuya bangunkan. Islam sedang menang dan terus menang, Islam takkan kalah-kalah lagi.