DI MANA PEMBELA AGAMA ISLAM DI AKHIR ZAMAN?

Majusi Parsi (Iran) bekerjasama dengan Yahudi dan Nasrani memporak-porandakan negara-negara Islam di Timur Tengah. Menurut sejarah awal bahawa lahirnya Syiah adalah dari yahudi Majusi yang bermotif balas dendam. Jadi mana mungkin ada Majusi (Syiah) yang termasuk dalam salah satu golongan Islam!

Hari ini Majusi sudah memegang peranan yang sangat luar biasa dengan memasukkan kuku-kukunya dan taring-taringnya di dunia islam. Dan timbulnya Syiah itu berasal dari balas dendamnya Majusi Parsi terhadap Islam, kemudian mereka bekerjasama dengan Yahudi dan Nasrani.

Iran (Syiah), Amerika (Nasarani) dan Israel (Yahudi) adalah bersekongkol, dan ini sangat jelas ketika pemerintahan Taliban di Afghanistan jatuh. Mereka pastikan jangan sampai ada Ahli Sunnah yang berkuasa untuk dipilih memimpin. Mereka memilih Hamid Karzai, yang dia adalah pengikut Bahai, salah satu cabang dari Syiah.


Syiah hingga ke hari ini dengan segala pecahan yang apapun namanya, adalah kebatilan yang kemudian didokong oleh penjajah barat. Penjelasan lanjut berkait dengan ajaran syiah boleh rujuk buku 'BAHAYA SYIAH' oleh Abuya Imam Ashaari Attamimi.
Wahabi di Mesir telah musnahkan makam sahabat terkenal, Sayyidina 'Uqbah Bin 'Amir di Al-Buhairah. Apa tindakan kita? Di Libya, Wahabi menghancurkan maqam Saiyyidina Zuhair bin Qais di Darnah. Mereka juga telah menghancurkan maqam ulama terkenal di sana yang bernama Syeikh Abdus Salam Al-Asmar. Tak cukup dengan itu, kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jama'ah dibakar dan dibaling dengan najis di sana.

Dimana umat baginda S.A.W. yang mengaku mencintai Rasul dan para sahabat? Kita tolak Syiah yang hina sahabat nabi waktu yg sama kita biarkan Rasul dan sahabat dihina begini?!

Bagi menghalang usaha-usaha jahat Majusi Parsi yang ingin balas dendam kepada Islam, telah lama kita diajarkan beramal dengan doa jihad. Walaupun membaca tanpa penghayatan, itupun sudah memberi kesan. Lebih-lebih lagi bila diminta membaca dalam bahasa ibunda kita demi mendapatkan perasaan kepada Tuhan, betapalah Tuhan takkan mensia-siakan permintaan kita!

Begitu juga apa yang kita doakan secara berjemaah selama ini telah mendapat perhatian RSA. Puak Mubtadi'ah dan Rafidah yang telah dikucar-kacirkan oleh Tuhan. Kerajaan Ajaib mengatasi segalanya. Ini jelas terbukti kepada kita bahwa Islam tidak akan kalah-kalah lagi.

Kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk baiki diri dan buat lonjakan dalam menjadi orang roh, bagi melahirkan masyarakat yang benar-benar cinta dan rindukan Nabi S.A.W. Perlukan satu kelompok masyarakat yang takutkan Allah dan rindukan Rasul S.A.W. Rahsia kejayaan dalam mendidik satu kelompok masyarakat yang takutkan Allah dan rindukan Nabi

Bila seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Rasa cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.

Maka untuk melahirkan para pemimpin masyarakat yang mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah ini. Sekaligus mempraktikkan ke dalam diri mereka terlebih dahulu sehingga mereka menjadi baik.

Contoh dan suri teladan yang baik daripada mereka itulah jadi ikutan pula kepada kelompok masyarakatnya dan pengikut-pengikutnya. Dengan kata-kata lain, mereka menjadi model hamba Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.

Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Tapi roh atau hati yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai bernyawa. Dengan kata lain, dia adalah sampah masyarakat. Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namun semua itu penuh kejahatan dan kerosakan.

Ertinya, sekiranya roh atau hati yang rosak atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kumpulannya sahaja, bahkan dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.

Jadi, sebagai umat Islam yang ingin melihat Islam sekali lagi menjadi empayar, inilah yang perlu dilakukan. Dapatkan perasaan hamba melalui sembahyang, seterusnya melahirkan rasa rindu pada Nabi. Dengan inilah Allah dan Rasul akan menilai dan membantu untuk berlakunya kegemilangan Islam sekali lagi di atas muka bumi ini.

Jika Syiah dan Wahabi sudah menerajui empayar, kini giliran Ahli Sunnah yang dijanjikan pula yang akan menerajui empayar Islam, sekaligus memakmurkan dunia dengan keadilan sepertimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kemusnahan.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?