KHALIFAH ITU YANG TAKUTKAN ALLAH DAN RINDUKAN RASUL.
Abuya pernah memberikan kuliah tentang ikatan hati dengan Rasulullah SAW. Abuya meminta semua umat Islam khususnya jemaah Ikhwan dan Asoib menambah rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W. Jambatan rindu antara dua alam inilah yang akan membuat Yahudi itu takut dan kalah.
Abuya di dalam kuliahnya mengatakan: "Mengapa tidak rindu kepada Rasulullah SAW? Bukankah Baginda sangat diperlukan oleh kita? Dialah cahaya akhir zaman dan cahaya sepanjang zaman untuk memandu hati kepada Allah. ( نورالانوار ) Iaitu cahaya bagi segala cahaya."
"Taqwa itulah kekuatan umat Islam. Bagindalah rahsia dan strategi perjuangan umat Islam akhir zaman bagaimana untuk menang terhadap Yahudi. ( وترياق الاخيار ) Bagindalah ubat bagi semua penyakit dan jalan keluar bagi semua masalah. Dan bagindalah anak kunci untuk semua kejayaan. ( ومفتاح باب اليسار ) Rindu kepada Rasul itulah kekuatan yang sebenarnya dari umat Islam. Maka selawatlah sebanyak-banyaknya supaya disegerakan kepemimpinan dari Allah ke bumi." - Abuya
Faktor mengapa mereka beroleh kejayaan ialah kerana mereka ini dibantu oleh Allah. Allah beri mereka ilmu (bukan dari guru atau kitab), kaedah perjuangan, cara memperdaya musuh, rezeki dari sumber yang tidak diduga, bantuan dan tentera ghaib serta berbagai-bagai mukjizat atau karamah. Walau bagaimana dahsyat dan jahatnya musuh berusaha untuk menggagalkannya, namun mereka tetap dijayakan oleh Allah.
Firman Allah :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (QS. Ath Thalaq:2-3).
Allah datangkan hamba-hambaNya ke bumi dengan tujuan untuk menjadi hamba dan khalifah. Bagaimanakah caranya kita benar benar dapat berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah?
Kalau begitu, janganlah terasa bila ditegaskan bahawa, tidak semua pemimpin Islam itu dapat menegakkan kebenaran dan keadilan melalui politik Islam dalam kepimpinan mereka. Mungkin ada sebahagian kecil daripada mereka yang baik tetapi tidak dapat membaiki masyarakat. Mereka selamat tetapi tidak dapat menyelamatkan umat. Kalau mereka ikhlas, tentu usaha-usaha murni mereka diberi pahala tetapi perjuangan mereka tidak sampai ke matlamat. Ilmu yang dimiliki, kaedah yang ditempuh dan pendekatan yang diambil tidak tepat pada sasaran. Rezeki tidak cukup untuk menampung keperluan perjuangan. Strategi untuk memperdaya musuh tidak lebih bijak dari musuh.
Alhasil, cita-cita Islam tinggal cita-cita. Perjuangan berkubur tanpa tanda atau makam, atau hidup segan mati tidak mahu. Bahkan kebanyakan mereka, kalau mereka berkuasa, mereka menjadi rosak seperti gila dunia, cuai beribadah, sombong, menzalim, berzina, menipu, terlibat dengan rasuah dan lain-lain kemungkaran lagi.
Sangatlah menjadi keyakinan kepada jemaah ini, seperti yang sering dan selalu diingatkan dan disampaikan oleh Bonda Wasilah; Islam kini di puncaknya dan takkan kalah-kalah lagi! Kita akan melihat sedikit masa lagi, sangat dekat tempohnya, Malaysia akan menjadi negara Islam oleh Abuya! Tunggu dan lihat.

وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَيَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” (QS. Ath Thalaq:2-3).
Allah datangkan hamba-hambaNya ke bumi dengan tujuan untuk menjadi hamba dan khalifah. Bagaimanakah caranya kita benar benar dapat berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah?
Rupanya caranya begini; Hal ini terjadi bilamana seseorang berniat di hatinya bahawa dalam hidupnya, dia akan perjuangkan Islam. Maka dia juga berniat bahawa semua pemimpin yang melakukan kebangkitan Islam itu akan dibela.
Ertinya, untuk benar-benar menjadi hamba dan khalifah Allah di bumi, seseorang kenalah berniat dihatinya yang dia hidup untuk membela Islam, membela Allah, Rasulullah S.A.W., Imam Mahdi dan Abuya PBT.
Hati yang sudah diisi dengan cita-cita Islam, tentulah bila ia bersembahyang, ia akan meminta dan mengharap kepada Allah agar dirinya diizinkan untuk melakukan tugasan tersebut. Maka Allah pun akan membentuk sembahyang si hamba itu. Sembahyang yang membolehkan hambanya itu dapat menunaikan perintah-Nya sebagai hamba dan khalifah. Maka hubungan hamba dengan Pencipta pun dikuatkan oleh-Nya.
Bila seseorang itu sudah mendalam rasa di hati kepada Allah dan Nabi, maka terserlah pada dirinya sifat yang sangat ingin membela Islam, membela Allah, Rasul, Saiyyidi dan Abuya.

Jadi, untuk mendapatkan sembahyang yang agung, kena banyak meminta tolong di hati kepada Rasulu, Sayyidi, dan Abuya. Minta tolong supaya direzekikan hati yang keinginan hidupnya ialah semata-mata untuk Islam, untuk Allah dan Rasul, yang dapat menjadi hamba dan khalifah Allah.
Seperti yang telah dikatakan bahawa faktor tertegaknya sistem politik Islam dalam pemerintahan adalah kerana adanya seorang khalifah (pemimpin) yang bertaqwa dan berilmu. Ini berdasarkan pada firman Allah:
“Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh.” (Al Anbiya: 105)
Dalam firman Allah yang lain:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Akulah (Allah) yang melantik khalifah di muka bumi ini. ” (Al Baqarah: 30)
Walaupun umum menganggap bahawa, khalifah dalam pengertian ayat ini ialah, untuk semua manusia sama ada yang soleh atau pun tidak; tetapi itu adalah makna lahirnya.

Sebenarya ada maksud tersirat dari ayat ini. Bahawa khalifah yang dimaksudkan itu ialah pemimpin-pemimpin yang dilantik atau ditunjuk oleh Allah. Ini jelas jika ayat ini dikaitkan dengan erti ayat yang pertama tadi.
Sebagai buktinya, mari kita kaji sejarah perjalanan dunia yang sudah tua ini. Di sepanjang zaman, hanya terdapat masa-masa tertentu saja di mana berlakunya pemerintahan Islam yang adil dan benar. Sedangkan selebihnya, dalam tempoh yang lebih panjang, pemerintahan itu tidak lagi membawa kebenaran dan keadilan sekalipun yang memerintah itu orang Islam.
Pemerintahan yang adil itu sama ada yang bertaraf jemaah, negeri, negara, dan seterusnya empayar, hanya berlaku di tangan pemimpin-pemimpin yang tersebut nama mereka di dalam Al-Quran atau Hadis atau kedua-duanya iaitu:
1. Para rasul terutama Rasulullah SAW
2. Khulafaur Rasyidin
3. Thalut, Zulkarnain dan Muhammad Al Fateh (disebut sifat peribadinya, pengikut dan rakyatnya)
4. Para mujaddid (tidak disebut namanya secara khusus tetapi disebut sifat-sifat jemaah atau toifah pimpinannya) termasuk Khalifah Umar Abdul Aziz.
Di tangan mereka inilah sahaja yang berlakunya kegemilangan Islam (mengikut saiz kekuasaannya) atau politik Islam dengan jayanya sama ada bertaraf ummah, negara atau toifah. Sedangkan selain mereka, pemerintahan tidak lagi bercorak Islam. Walaupun tampil pejuang-pejuang atau pemimpin yang ada cita-cita Islam namun tidak pun tertegak politik Islam yang syumul itu di tangan mereka sekalipun di peringkat saiz jemaah.
Di sini, terpaksalah dikatakan bahawa tidak semua pemimpin Islam di dunia ini mampu menegakkan keadilan dalam politik Islam, sama ada dalam negara, negeri, jemaah mahupun rumah tangga.

Kebolehan itu adalah hak istimewa khalifah Allah, yang Allah sendiri lantik, yang ditunjuk oleh wahyu atau Hadis atau ilham. Hanya mereka ini yang boleh menjayakan politik dan kepimpinan Islam secara syumul dalam pemerintahan. Lihat contoh Hadis yang menggariskan kebolehan istimewa mujaddid yang tidak boleh dicapai oleh pemimpin yang bukan bertaraf mujaddid.
"Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menegakkan hukum Allah, tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang perintah (bantuan) Allah (dan mereka terus muncul di tengah masyarakat)." (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Lihatlah di zaman ini saja, begitu ramai pemimpin Islam membawa jemaah atau kumpulan masing-masing, tetapi berapa ramai yang dapat menepati kehendak Hadis tadi? Yakni dapat menzahirkan kebenaran dengan cara menegakkan sistem hidup Islam seeara syumul di kalangan pengikut dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh musuh. Ya, hampir-hampir tidak ada.