SYEIKH SAYYID AHMAD ZAINI DAHLAN, MUFTI HARAMAIN TERAKHIR USMANIAH.

SYEIKH SAYYID AHMAD ZAINI DAHLAN
Mufti Haramain As-Syafie Terakhir Era Usmaniah



Nama Imam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Al-Hassani sudah tidak asing lagi di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, khususnya bagi penentang-penentang wahabi. Sebelum ini Abuya sering menyebut-nyebut namanya. Diceritakan bahawa dia adalah  Mufti Mekah terakhir di zaman Usmaniah. Beliau banyak menulis kitab-kitab agama, khususnya menentang wahabi, kerana beliau berada di zaman kebangkitan wahabi yang merampas Haramain. Beliau yang hidup di kurun akhir ke 13, dan kembali ke rahmatullah pada awal kurun ke 14, kurun yang menyaksikan kebangkitan boneka yahudi, iaitu wahabi.

Siapakah Mufti Ahmad Zaini Dahlan ini? Beliau adalah seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain, Penentang Wahabi, dan Benteng (Pembela) Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau adalah Ahlul Bait Rasulullah S.A.W. yang nasabnya hingga Sayyidina Hassan R.A., cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. Beliau adalah Mufti Mekah Mazhab Syafie dan guru kepada ramai murid-murid yang kebanyakan mereka menjadi ulama terkenal dan tersohor.

Namanya harum dan terkenal di kalangan pembela Islam dari Nusantara atau Tanah Melayu. Sebagian besar daripada para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Patani) bersambung kepadanya. Di kalangan para ulama, beliau sangat terkenal sebagai ulama pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah atau benteng Ahli Sunnah, dalam perselisihan dengan wahabi. Dialah yang telah banyak memberi perlindungan kepada ulama-ulama yang diburu oleh yahudi, yang di antaranya, Syaikh Rahmatullah bin Khalilurrahman Al- Kiranawi Al-Hindi Al-Usmani ketika diburu oleh British. Mufti Ahmad Dahlan-lah yang temukan Syaikh Rahmatullah ini kepada pembesar Mekah, dan seterusnya diberi keizinan untuknya membuka Madrasah Saulatiyah.

Murid beliau, Sayyid Abu Bakar Syatho Ad-Dimyathi dalam “Nafahatur Rahman” ada menulis tentangnya; “Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan hafal Al-Quran dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Quran (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab “As-Syaathibiyyah” dan “Al-Jazariyyah”, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan prihatinnya pada Al-Quran, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khawatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”

Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan banyak menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga sekarang, selain dari melahirkan para ulama. Di antara tulisannya ialah:

1. Futuhatul Islamiyyah
2. Tarikh Duwalul Islamiyyah
3. Khulasah Kalam fi Umuri Baladil Haram
4. Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin
5. Durarus Saniyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah
6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib
7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul ‘Abidin
8. Hasyiah Matan Samarqandi
9. Risalah al-Isti`araat
10. Risalah I’raab Ja-a Zaidun
11. Risalah al-Bayyinaat
12. Risalah fi Fadhoilis Solah
13. Sirah Nabawiyyah
14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah
15. Fathul Jawad Al-Mannan
16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah As-Sayuthi
17. Manhalul ‘Athsyaan

Antara Ulama Tanah Melayu yang pernah bersama dengannya ialah, Syeikh Nawawi Banten, Syekh Muhammad Abdullah As-Suhaimi (Sayyidi IM) dan Tuan Tulis Kedah. Maka tak hairanlah kenapa Abuya sering bercerita tentangnya, rupa-rupanya beliau adalah guru Sayyidi, juga kawan seperjuangan Sayyidi ketika menentang wahabi. Sering mereka ini, ulama pencinta Nabi, berkumpul sesama mereka dalam melindungi ulama Ahli Sunnah yang diburu British, juga menjaga antara satu sama lain.

Mereka yang awalnya banyak di Mekah, akhirnya berpindah ke Madinah kerana ancaman wahabi yang semakin dahsyat. Wahabi yang menggila ketika itu, yang membunuh di sana-sini termasuklah di sekitar Kaabah, membunuh sebahagian besar Ahlul Bait, menyeksa dan menghalau mereka. Ini sendiri sudah disabdakan baginda S.A.W., tentang keluarganya yang akan diburu dan dibunuh. Dalam peristiwa inilah juga, Syeikh Dr. Abdus Salam Al-Harras melarikan diri, yang dibawa oleh keluarganya keluar dari Mekah. Katanya mereka terpaksa melalui lautan mayat manusia, yang kebanyakanya adalah Ahlul Bait, keluarga mereka sendiri!

Mufti Ahmad Dahlan yang lahir pada 1231H/1817M, telah kembali ke rahmatullah di Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan di sana.


Silsilah beliau bersambung kepada Sayyidina Hassan R.A.,cucu Rasulullah S.A.W. Berdasarkan kitab Taajul-A’raas, juz 2, halaman 702 karya Imam Al-’Allaamah Al-Bahr Al-Fahhamah Al-Habib Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja’faar Al-’Aththas, nasabnya adalah seperti berikut:-

1. Sayyid Ahmad
2. bin Zaini Dahlan 
3. bin Ahmad Dahlan 
4. bin 'Utsman Dahlan 
5. bin Ni'matUllah
6. bin 'Abdur Rahman 
7. bin Muhammad 
8. bin 'Abdullah 
9. bin 'Utsman 
10. bin 'Athoya 
11. bin Faaris 
12. bin Musthofa 
13. bin Muhammad 
14. bin Ahmad
15. bin Zaini 
16. bin Qaadir 
17. bin 'Abdul Wahhaab 
18. bin Muhammad
19. bin 'Abdur Razzaaq 
20. bin 'Ali 
21. bin Ahmad 
22. bin Ahmad (Mutsanna)
23. bin Muhammad 
24. bin Zakariyya 
25. bin Yahya 
26. bin Muhammad 
27. bin Abi 'Abdillah 
28. bin al-Hasan 
29. bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al- Jilani, Sulthanul Awliya 
30. bin Abi Sholeh Musa 
31. bin Janki Dausat Haq 
32. bin Yahya az-Zaahid
33. bin Muhammad 
34. bin Daud 
35. bin Muusa Al-Juun 
36. bin 'Abdullah al-Mahd
37. bin al-Hasan Al-Mutsanna 
38. bin Sayyidina Hassan As-Sibth R.A. 
39. bin Sayyidina 'Ali K.W. dan Sayyidatina Fathimah R.A. binti Rasulullah S.A.W.

Wahabi adalah perosak agama, pemutus hubungan Nabi dan umatnya.

Saya ingin menegaskan bahawa, selaku rakyat Malaysia yang agama rasminya adalah Islam bermazhab Syafie, bahawa ajaran Islam yang diperkenalkan di Malaysia sebenarnya adalah cukup cantik, selamat dan menyelamatkan. Sejarah mencatatan bahawa ramainya ulama Ahli Sunnah dari Tanah Melayu khususnya Malaysia yang menjadi benteng atau pembela kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah ini. 

Para ulama Ahli Sunnah di Tanah Melayu adalah cukup terkenal dalam dunia Islam, samada dalam hal membela agama atau membela Nabi S.A.W., yang ketika mana ada sesetengah pihak seperti puak wahabi yang menyesatkan umat Islam yang bertawasul, bertahlil, berdoa selepas sembahyang, menziarahi makam atau kubur, menyambut Maulid Nabi, dan lain-lain lagi. Ini adalah pegangan rasmi negara Malaysia dalam hal beragama; Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie!

Jika ada yang bertentangan dengan Ahli Sunnah itu tadi, ia adalah pandangan atau fahaman peribadi yang dilahirkan atau disuarakan oleh mereka. Namun ditegaskan sekali lagi, bahawa fahaman selain Ahli Sunnah ini, seperti wahabi dan syiah, sangatlah membawa perpecahan dan keganasan! Keadaan di Timur Tengah yang begitu huru-hara, pergaduhan sesama bangsa adalah kerana adanya fahaman-fahaman seperti wahabi dan syiah ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia sudah menegaskan bahawa cukuplah hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudah menjadi pegangan rasmi negara tercinta ini!

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?