MURSYID MENGHUBUNGKAN SEMBAHYANG DAN IBADAH KEPADA ALLAH.
RSA mengikat hati atau roh kita kepada Allah dan Dia-lah yang memandu RSA untuk melakukan kebangkitan Islam kali kedua. Dia jugalah yang menganugerahkan kemenangan Islam dikurun ini. Maka Islam tidak akan kalah kalah lagi.
Hasil terhubung roh dengan RSA membuatkan hati kita tidak putus-putus lagi dengan Allah. Perasaan takut, harap, cemas dan bimbang sentiasa menguasai peribadi dan hati kita selama mana roh kita terhubung denga mereka. Sepanjang hati kita terhubung dengan mereka, ia benar-benar menghidupkan akal dan perasaan terhadap Allah Tuhan yang Esa.
Sabda nabi Saw :
Sabda nabi Saw :
كن مع الله فان لم تكن مع الله كن من كان مع الله فانه يوصلك الى الله"Hendaklah kamu bersama dengan Allah jika tidak dapat bersamalah dengan orang yang bersama dengan Allah Maka sesungguhnya dia dapat membawa kamu kepada Allah."
Kita sebagai hamba Tuhan menyatakan padaNya, tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan hanya dari Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Maka pada siapakah kita mengharap untuk menyelesaikan masalah hidup kita dan menangkan perjuangan kita?
Maka hasil dan kesan roh yang terhubung dengan RSA terjadilah masyarakat yang takut Tuhan dan Rindu Nabi. Maka dari masyarakat itulah akan terbangunnya kemenangan didalam kehidupan masyarakat Islam. Yakni : Islam dapat ditegakkan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara!
Begitulah hebatnya bila roh atau hati yang terhubung dengan Abuya, kita diajar oleh Abuya apa yang diajarkan baginda S.A.W. dan Saidi padanya. Siapa dikalangan anak murid yang betul-betul belajar dengan Abuya tentang sembahyang yang agung, bila dia bersembahyang, maka roh mursyidnya akan memandunya untuk mikraj menuju Tuhan. Hingga lahirlah perasaan takut Tuhan dan rindu Nabi disepanjang sembahyangnya, bahkan terkesan hingga diluar sembahyang!
Hakikatnya sembahyang itu Allah yang izinkan untuk kita lakukannya; sepertilah turun naik nafas kita, degupan jantung, kelipan mata, semuanya Allah yang izinkan. Namun begitu nafas kita bukanlah dianggap ibadah kalau dilakukan dengan rasa hati yang terputus dengan mursyid! Maka demikianlah halnya dengan ibadah sembahyang, tiadalah ertinya jika terputus hati dengan Abuya.
Bukanlah namanya ibadah bilamana dibuat tanpa perasaan yang sepatutnya, iaitu rasa tidak putus hati dengan Allah; yakni rasa takut Allah dan rindu Nabi. Abuyalah yang mengajar kita untuk mendapatkan perasaan seperti itu dalam kehidupan kita.
Ada doa yang sunat kita bacakan selepas azan dan iqamat. Dalamnya kita meminta supaya Allah izinkanlah Nabi Muhammad S.A.W. menjadi wasilah didalam sembahyang. Orang yang beradab sangatlah berdoa dengan rasa hati yang mengharap agar baginda mahu menjadi wasilah (jambatan) sembahyangnya dengan Allah.

Maka Nabi pun selaku jambatan penghubung hati dengan Allah, teruslah melakukannya; semua orang yang bersembahyang akan dibawa hatinya kepada Allah. Namun, hari ini hampir semua orang yang bersembahyang tidak pun dapat Allah dan Rasul. Kenapa?
Sembahyang kita selaku umat baginda, walaupun sudah dihubungkan olehnya tapi ramai yang tidak merasakan perasaan yang sepatutnya diperolehi dari sembahyang.

Ertinya, cara, hasil, dan kesan sembahyang itu Allah-lah yang mengizinkan setakat mana si hamba itu melakukannya. Rasul tidak dipertanggungjawabkan tentang hasil dan kesan sembahyang pengikutnya, kerana Allah mahu si umat atau hamba itu sendiri yang memilih atau menentukan apakah hasil dan kesan yang dia mahukan.
Bagi mereka yang tidak pedulikan sembahyang yang dibuatnya, maka syaitanlah yang berjaya memberi hasil pada sembahyangnya. Lalu bila Malaikat Hafazah membawanya kepada Allah, Allah pun menolaknya bahkan meminta malaikat melempar kembali ke muka tuannya!

Sembahyang umat islam hari ini nampaknya tiada hasil dan kesan yang sepatutnya. Sudah sembahyang tapi tidak menghasilkan takutkan Allah dan rindukan Nabi. Ini tidak wujud sekalipun di depan Kaabah dan di dalam Masjid Nabi. Bahkan di dua Tanah Haram ini tiada lagi kehidupan seperti kehidupan Rasul dan sahabat.
Begitu sekali luas dan indahnya ajaran Islam yang dianjurkan oleh agama akhir zaman ini. Ia bersifat sejagat, ia disukai oleh semua manusia sekalipun orang bukan Islam. Justeru itulah kalau umat Islam kembali menghasilkan sembahyang yang takutkan Allah dan rindukan Nabi seperti zaman tiga kurun selepas Rasulullah S.A.W., umat Islam akan dihormati semula oleh dunia; kerana dengan sembahyang yang ada roh terlalu sedikit orang hasad dengki. Sembahyang yang ada roh juga membuahkan akhlak yang bersifat sejagat, laksana bunga yang indah, tidak ada orang yang tidak suka dan semuanya tertarik.