UNIVERSITI AL-AZHAR, HASIL MENGAMBIL BERKAT AHLUL BAIT.
Umum masyarakat Islam yang baik, yang mencintai Nabi S.A.W., mengambil berkat Ahlul Bait atau keluarga baginda Nabi adalah satu kemestian. Seseorang yang mengambil keberkatan daripada Nabi S.A.W. dan keluarganyan mesti dapat merasakan perubahan dan kelainan dalam hidupnya; perubahan menuju kebaikan!
Sejarah mencatatkan, barangsiapa yang mengambil berkat Nabinya dan Ahlul Baitnya, mereka dibantu Tuhan dalam segala hal dan urusan yang Tuhan perkenankan. Bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat sudah menempah syafaat baginda S.A.W. dan keluarganya. Maka beruntunglah mereka yang pandai mengambil berkat Nabinya dan keluarganya.
Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, seorang panglima tentera, raja di zamannya, berbangsa Kurdish; beliau adalah pencinta Rasulullah S.A.W. Kita lihatlah hasilnya, Palestin telah diambil dari yahudi olehnya, Islam berkembang luas ditangannya; inilah hasil kecintaan kepada Nabi S.A.W. Dunia tidak dapat menafikan kasih sayangnya dalam pemerintahannya, sekalipun yang bukan Islam, menginginkan pimpinannya. Ini adalah keberkatan Nabi S.A.W. kepada Sultan Salahuddin, kerana membesarkan baginda!
Beliaulah antara yang terawal merayakan Perayaan Maulid Nabi ini. Ada sesetengah ulama mengatakan dialah yang yang mula-mula menyambutnya, dengan mengadakan majlis besar-besaran untuk semua golongan. Ada juga mengatakan Sultan Muzaffar yang mula-mula melakukannya, tapi menjadi keyakinan kita, bahawa siapa yang meraikan Nabinya maka mereka adalah orang yang mulia!
Ketika zaman pemerintahan kedua-dua sultan ini, Universiti Al-Azhar telah pun wujud. Bahkan Jamiah Al-Azhar ini wujud sekitar tahun 359 Hijrah, atau 969 Masihi. Pada awal pembinaanya, ia adalah sebuah masjid sahaja, yang diberi nama sempena nama anak perempuan Rasulullah S.A.W., iaitu Siti Fatimah Az-Zahrah.
Terbinanya Masjid Al-Azhar ini ketika zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiah pada ketika itu. Ianya siap dibina setahun selepas kota Kaherah ditabalkan sebagai ibu negara bagi Mesir. Kira-kira 70 tahun selepas itu, Masjid Al-Azhar ini dinaiktaraf menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Maka tertubuhlah Jamiah Al-Azhar atau Universiti Al-Azhar ini.
Bagi mereka yang mengkaji sejarah dan mengambil berat hal-hal keberkatan ini, Universiti Al-Azhar adalah lambang atau bukti keberkatan Siti Fatimah padanya. Hanya berkat namanya sahaja, hingga kini jamiah ini masih lagi menjadi universiti Islam no. 1 berbanding universiti Islam yang lainnya.
Namun kini, soal-soal keberkatan ini kurang diambil kira. Bahkan yang belajar di sana juga jangan-jangan tidak tahu sejarah ini. Kalau tahu pun memandang remeh akan hal keberkatan ini, kerana memandang lain yang lebih besar. Hebat mana pun ilmu yang ada tapi kalau terputus berkat, ilmu itu tidak boleh menyelamatkan. Lihatlah betapa ramai umat Islam yang berilmu, namun nasib Iman umat Islam tidaklah terbela. Kerosakan merata-rata. Ini terjadi kerana hal-hal keberkatan ini sangatlah diabaikan dan tidak pun diambil kira.
Sejarah telah mencatit, barangsiapa yang pandai mengambil berkat orang lain, dia akan dibantu. Lebih-lebih lagilah keberkatan yang ada pada baginda S.A.W. serta keluarganya, keberkatan yang tiada tepinya.
Kebangkitan Islam kedua akan terjadi bilamana umat Islam sudah pandai mengambil berkat Nabi mereka dan Ahlul Baitnya. Bagaimana Allah mahu membela umat Islam sekiranya mereka tidak membela Nabinya? Sama-samalah kita memburu keberkatan demi keselamatan bersama dunia dan akhirat.