APA BUKTI CINTA DAN RINDU KITA KEPADA NABI S.A.W.?
Setelah jelas kepada kita; mengapa perlunya kita menyintai Nabi S.A.W., keluarganya serta para sahabat, berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas; marilah kita cuba menilai tanda dan bukti kecintaan seseorang terhadap baginda. Cinta tanpa pembuktian, itu bukan cinta namanya.
Selain memiliki perasaan di atas, siapa yang benar-benar mencintai Nabi S.A.W. mesti terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah S.A.W. dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” Ali Imran: 31
Orang yang tersemat di dalam hatinya, cinta yang mendalam terhadap Rasulullah S.A.W. juga, tidak mempedulikan tentangan orang lain dalam usahanya mentaati Allah dan Rasul.
2. Sudah menjadi kebiasaan dalam percintaan, si kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasul S.A.W., maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya S.A.W. dan dalam fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda S.A.W.
Selaku umat Nabi Muhammad S.A.W., kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W. sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah S.W.T. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji, dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang memuji Nabi S.A.W. serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda S.A.W.
Kita juga dididik oleh Nabi S.A.W. dan ulama pewaris Baginda S.A.W. menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Nuzul Quran, dan Isra’ Mikraj, dan lain-lain dengan mengisinya dengan pelbagai amalan, yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi S.A.W. dalam mengukuhkan kehambaan kepada Allah; Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa perantara ini, menghayati agama boleh terasa gersang, kosong, dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar (contoh: wahabi).
3. Orang yang mengasihi Nabi S.A.W. akan sentiasa merasa rindu untuk bertemu dengannya; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia walau seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menulusuri kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa Asy’ari R.A dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan:
4. Seseorang yang mengasihi Baginda S.A.W. juga akan membesarkan Nabinya dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kini tetapi tidak mahu membesarkan dan menhormati keistimewaan Nabi S.A.W., hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi S.A.W. hanyalah berperanan seumpama tukang hantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya, dan ia diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak Allah sendiri!
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran 'Sayyidina' bagi Nabi S.A.W. sedangkan Nabi S.A.W. lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut, tetapi dalam masa yang sama mereka (yang menolak tadi) sesuka hati menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.
5. Orang yang mengasihi Nabi S.A.W. juga sepatutnya mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi S.A.W., terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salafussolih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah S.A.W., sekalipun terhadap perkara-perkara yang harus dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas bin Malik R.A. misalnya, setelah melihat Rasulullah S.A.W. mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi S.A.W. akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, meninggalkan apa yang tidak dilakukan Nabinya, dan memandang berat setiap perkara yang Tuhan tidak suka.
Allah S.W.T. menjelaskan: "Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka." Al-Mujadalah: 22
'Mereka' yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda S.A.W. yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas R.A. menyatakan, di antara sahabat Baginda S.A.W. yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar R.A. sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah S.A.W. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda S.A.W.
7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi S.A.W. juga pasti akan kasih terhadap Al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah S.A.W. yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda S.A.W. yang menjiwai Al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Siti Aisyah R.A. dalam katanya, “Akhlak Baginda S.A.W. adalah Al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi Al-Quran bererti membelanya; membaca dan beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya. Bukan sekadar menghafal, hanya riadhah akal semata, lebih-lebih lagi kerana sekadar pahala dan piala.
8. Tanda kasih terhadap Nabi S.A.W. juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka. Memberi nasihat itu semestinya adalah bermula dengan diri sendiri. Seperti yang dilakukan oleh Baginda; sebelum menasihati orang lain, Baginda tinggalkan apa yang ingin dilarangnya, jika ingin disuruh sesuatu, bagindalah yang memulakannya dahulu.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi S.A.W. Oleh itu marilah kita bersama-sama muhasabah diri, apakah kita ini pencinta Nabi Muhammad S.A.W. sejati?
Bukti yang paling mudah dilihat; seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri. Dia mengutamakan kehendak kekasihnya daripada kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini, jelas dapat dilihat dalam perasaan seorang pencinta Allah SWT dan Nabi S.A.W. yang tidak asing lagi, Rabiah al Adawiyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat setaat-taatnya kepada yang dikasihinya.”
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini, jelas dapat dilihat dalam perasaan seorang pencinta Allah SWT dan Nabi S.A.W. yang tidak asing lagi, Rabiah al Adawiyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat setaat-taatnya kepada yang dikasihinya.”
Selain memiliki perasaan di atas, siapa yang benar-benar mencintai Nabi S.A.W. mesti terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah S.A.W. dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” Ali Imran: 31
Orang yang tersemat di dalam hatinya, cinta yang mendalam terhadap Rasulullah S.A.W. juga, tidak mempedulikan tentangan orang lain dalam usahanya mentaati Allah dan Rasul.
2. Sudah menjadi kebiasaan dalam percintaan, si kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasul S.A.W., maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya S.A.W. dan dalam fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda S.A.W.
Selaku umat Nabi Muhammad S.A.W., kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W. sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah S.W.T. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji, dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang memuji Nabi S.A.W. serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda S.A.W.
Kita juga dididik oleh Nabi S.A.W. dan ulama pewaris Baginda S.A.W. menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Nuzul Quran, dan Isra’ Mikraj, dan lain-lain dengan mengisinya dengan pelbagai amalan, yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi S.A.W. dalam mengukuhkan kehambaan kepada Allah; Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa perantara ini, menghayati agama boleh terasa gersang, kosong, dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar (contoh: wahabi).
3. Orang yang mengasihi Nabi S.A.W. akan sentiasa merasa rindu untuk bertemu dengannya; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia walau seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menulusuri kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa Asy’ari R.A dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan:
“Esok kita akan bertemu dengan kekasih-kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (Riwayat Al-Baihaqi)
4. Seseorang yang mengasihi Baginda S.A.W. juga akan membesarkan Nabinya dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkatalah Ishaq Al-Tujibi R.A.; "Para sahabat R.A. selepas kewafatan Baginda, tidak akan menyebut nama Baginda melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya."