RAHSIA ABUYA MENERAJU KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA.
Abuya telah ditanamkan cita-cita yang besar dari kecil lagi. Ketika diusia kanak-kanaknya, permainannya ialah perang-perang antara tentera Imam Mahdi dan tentera dajjal. Begitulah Abuya, ketika remajanya pun tidak seperti remaja biasa. Suka mendengar kisah-kisah Imam Mahdi, hinggakan ianya mempengaruhi hati dan jiwanya serta perasaannya. Sudah tertanam cita-cita perjuangan Imam Mahdi dalam dirinya sejak kecil lagi.
Mengusahakan taqwa itulah mengusahakan perasaan takutkan Allah dan rindukan Nabi. Kata Abuya, taqwa itu adalah himpunan sifat-sifat mahmudah. Sifat mahmudah itu antaranya sabar, redho, tawadhu, pemaaf, dan lain-lain lagi. Bagaimana mahu mempraktikkan sifat taqwa jika hanya duduk-duduk di surau sahaja. Tidak mungkin! Sedangkan sembahyang pun tidak hanya terhad di surau, apatah lagi kalau mahu mendapatkan sifat-sifat taqwa ini.
Abuya kata, walaupun dia tinggal seorang sahaja, dia akan berjuang perkenalkan Imam Mahdi, dia akan buat! Apa-apa pun yang menghalang tidak menggetarkan jiwanya. Inilah yang menggerunkan yahudi. Kerana telah terbukti apa yang dilakukan terhadapnya tidak mengganggu cita-citanya, bahkan semakin dihalang semakin kuat perjuangannya.
Apa yang membuatkan Abuya kuat sebegini? Di zaman wanita tidak bertudung, malah memandang serong terhadap yang bertudung, Abuya berjaya perjuangkan syariat Islam, hingga kini rata-rata yang kita lihat kebanyakannya bertudung, walaupun tidak menepati syarat.
Apa yang buatkan Abuya tidak serik-serik, bahkan semakin besar perjuangannya walaupun di-ISA sebanyak dua kali dan hidup dalam buangan selama 10 tahun? Mimbar mana yang tidak sesatkan Abuya, bahkan surau-surau pun ambil saham untuk menyesatkan Abuya. Tapi yang berlaku Islam Abuya tetap berkembang, bahkan yang menyesatkan Abuya langsung tidak berjaya malah gagal sama sekali dalam membuktikan model kehidupan Islam!
Zabidi selepas Arqam diharamkan berkata, selagi Abuya ada selagi itulah masalah Arqam tidak selesai. Tapi terbukti kini, Abuya zahirnya tiada tapi perjuangannya semakin rancak, bahkan sudah bertapak di Haramain, yang dia pun pernah dengar Abuya sebut jemaah akan bertapak di Haramaian! Realitinya tidak berpihak kepada Zabidi bahkan ternafi kata-katanya!
Rahsianya; Abuya sangat takutkan Allah dan terlalu rindukan Rasulullah S.A.W!
Ya! Itulah anak kunci kejayaan Abuya. Itulah sumber kekuatan Abuya bila jemaah Darul Arqam diharamkan. Itulah kekuatan Abuya bila mahu memulakan Rufaqa, seterusnya GISB, dan ke peringkat empayar Islam yang akan menerajui dunia.
Abuya sangat mengusahakan perasaan ini. Bahkan perjuangan Abuya dari dulu hingga kini adalah untuk mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul. Silaplah siapa yang mengatakan perjuangan Abuya melupakan usaha-usaha Taqwa! Sedangkan dengan berjuanglah caranya untuk menjadi orang bertaqwa. Mana ada orang yang membaiki kerosakan masyarakat sedangkan dia hanya suluk dalam bilik! Mana ada orang yang boleh merubah masyarakatnya tanpa melahirkan model kehidupan Islam! Orang yang pendek akalnya sahaja dan orang yang jiwa kecil sahaja yang mengatakan begitu.
Rasulullah S.A.W. dalam mengusahakan taqwa bersama para sahabat, bukan duduk-duduk dalam gua. Bahkan mereka berkehidupan seperti manusia biasa yang lainnya, berniaga, berkebudayaan, susah senang, segenap masyarakat dapat menyaksikan kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Bahkan, mereka berperang, berkorbang nyawa untuk Islam.
Mengusahakan taqwa itulah mengusahakan perasaan takutkan Allah dan rindukan Nabi. Kata Abuya, taqwa itu adalah himpunan sifat-sifat mahmudah. Sifat mahmudah itu antaranya sabar, redho, tawadhu, pemaaf, dan lain-lain lagi. Bagaimana mahu mempraktikkan sifat taqwa jika hanya duduk-duduk di surau sahaja. Tidak mungkin! Sedangkan sembahyang pun tidak hanya terhad di surau, apatah lagi kalau mahu mendapatkan sifat-sifat taqwa ini.
Sifat sabar umpamanya, didapati bila berdepan dengan masalah atau kesusahan atau kesulitan. Sabar ketika dihina, sabar ketika tiada makanan, sabar ketika kematian anggota keluarga, sabar bila perjuangannya ditentang, sabar bila melihat masyarakat yang sudah terlalu rosak, dan lain-lain yang boleh melahirkan sifat sabar ini. Begitu juga sifat-sifat mahmudah yang lain. Sebab itulah Abuya bermasyarakat, melahirkan kehidupan Islam. Kerana sifat-sifat mahmudah ini atau taqwa ini akan datang bila ianya diusahakan.
Untuk mendapatkan taqwa ini, iaitu takutkan Allah dan rindukan Nabi, Abuya mengusahakannya dalam membangunkan sistem kehidupan Islam. Dari sinilah yang akan melahirkan sifat-sifat taqwa tadi. Bila berjuang kemudian berhadapan dengan cabaran, dugaan dan ujian, ini akan membuatkan satu proses menjinakkan hati.
Hati akan lembut dengan ujian dan cabaran, hati akan takutkan Allah. Takut kalau dalam berjuang, rupanya niat bukan kerana Allah, tapi selain Allah. Takut Allah murka kerana melakukan maksiat, takut Allah tidak memberikan pertolongan kerana ada dosa yang belum ditaubatkan, dan bermacam-macam lagi perasaan yang membuatkan si hamba akur, berserah, bergantung, seterusnya tidak putus-putus dengan Tuhannya.
Berani Suara Haramain perkatakan, hanya Abuya sahaja yang ambil berat soal-soal taqwa ini kepada dirinya, keluarganya, dan pengikutnya. Abuya tekankan dan beratkan soal sembahyang dalam perjuangannya, dari dulu hingga sekarang. Dari Arqam kepada GISB, yang Abuya beratkan adalah sembahyang, yang Abuya cukup periksa sangat dalam jemaahnya adalah berkaitan sembahyang. Kerana dari sembahyang inilah akan menentukan nasib bangunnya sesebuah tempat atau projek di dalam perjuangnnya.
Dalam berjuang, hati dihubungkan dengan Rasulullah. Kerana tanpa Nabi S.A.W., bantuan tidak akan diberikan. Sedangkan mahu membaiki kerosakan masyarakat adalah kerja-kerja para Rasul, bagaimana mahu membaiki masyarakat jika hati sudah terputus dengan Nabinya? Bagaimana mahu buat kerja-kerja tanpa adanya bantuan dari roh-roh para Nabi dan Rasul, sedangkan perjuangan Rasul S.A.W. sendiri pun dibantu roh-roh para Nabi dan Rasul sebelumnya. Bagaimana kita umatnya dalam perjuangkan Islam, tanpa adanya bantuan-bantuan sebegini? Hebat sangatkah kita tanpa perlunya kepada para Nabi dan Rasul ini?!
Abuya hanya berbekalkan perasaan takutkan Allah dan rindukan Nabi inilah yang membuatkannya bermati-matian perjuangkan Imam Mahdi. Kerana Imam Mahdilah Abuya dituduh sesat, rosak akidah dan lain-lain. Kerana Imam Mahdilah, surat-surat khabar menfitnahnya, habis masyarakat di pelusuk kampung pun menyesatkan Abuya, sedangkan dia pun tidak sembahyang. Tapi Abuya tetap dengan cita-citanya, mesti perjuangkan Imam Mahdi, kerana ia adalah perjuangan kebangkitan Islam kedua.
Sabda Nabi S.A.W., dunia akan dipenuhi kezaliman dan kemungkaran. Kemudian akan datang Imam Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan seperti mana bumi dipenuhi kezaliman dan kerosakan. Atas hadis inilah Abuya pertaruhkan hidupnya mempromosikan Imam Mahdi. Kata Abuya, jemaah yang dibangunkan ini tuannya Imam Mahdi. Tukarlah apa nama sekalipun, Arqam, Rufaqa, GISB, tuannya tetap Imam Mahdi.
Kalau bukan adanya hadis Nabi ini, Abuya kata dia akan bawa keluarganya lari dari kerosakan masyarakatnya, duduk tengah-tengah hutan demi keselamatan Imannya. Tapi kerana ada hadis inilah yang buatkan jiwa Abuya menjadi sebegitu besar! Abuya bukan sahaja menyeret keluarganya, bahkan pengikut-pengikutnya diseret sama dalam membenarkan hadis Nabi tentang Imam Mahdi ini. Niat yang baik pun Tuhan sudah terima, apatah lagi membenarkan hadis kekasih-Nya ini, sudah tentu Tuhan akan membantu.
Abuya bukan sahaja menanamkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi dalam hatinya sahaja, bahkan dalam dirinya, keluarganya, dan jemaahnya pun ditanam rasa-rasa ini. Kerana ini adalah kekuatan kepada perjuangan Abuya ini. Jemaah ini takkan mampu bertapak di Haramain kalau tidak ada bantuan Allah. Bantuan Allah takkan datang kalau tiada sifat-sifat taqwa ini. Janganlah hanya menilai Abuya dengan melihat ujian-ujian yang kecil ini. Lihatlah hasil perjuangan Abuya yang sudah merubah masyarakat Islam Malaysia. Dulu Islam di Malaysia bagaimana, sekarang bagaimana. Hanya kerana ada sedikit bintik-bintik hitam di whiteboard, kita kata semua whiteboard tu hitam. Sedangkan bintik-bintik hitam itu boleh dipadam.
Berani Suara Haramain perkatakan, hanya Abuya sahaja yang ambil berat soal-soal taqwa ini kepada dirinya, keluarganya, dan pengikutnya. Abuya tekankan dan beratkan soal sembahyang dalam perjuangannya, dari dulu hingga sekarang. Dari Arqam kepada GISB, yang Abuya beratkan adalah sembahyang, yang Abuya cukup periksa sangat dalam jemaahnya adalah berkaitan sembahyang. Kerana dari sembahyang inilah akan menentukan nasib bangunnya sesebuah tempat atau projek di dalam perjuangnnya.
Kini Abuya minta supaya dapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi dengan sembahyang. Macam musatahil nak dapatkan, dan memang hampir mustahil kata Abuya untuk dapat rasa-rasa ini. Tapi Abuya kan sudah kata, kita ada Rasul, kita ada Nabi. Bagindalah yang akan memberi rasa-rasa ini. Baginda bersama Imam Mahdi dan Abuyalah yang akan mengisi hati-hati umat Islam dengan sifat-sifat taqwa, bilamana umat Islam itu sendiri ingin menghubungkan hati mereka dengan Nabinya, Nabi Muhammad S.A.W. Bila hati terhubung dengan Nabi S.A.W., akan terhubunglah dengan Pencipta Seluruh Alam, itulah Allah, Tuhan kita.
Besarnya jiwa Abuya, hebatnya cita-cita Abuya, terlalu agung pengorbanan Abuya demi menyelamatkan kita, umat Nabi S.A.W. di akhir zaman ini. Kata RSA, kini Islam terus menang dan takkan kalah-kalah lagi. Dunia yang sudah cukup rosak akan mengatakan kepada yahudi, cukuplah! Islam akan mengisiku dengan kebaikan dan keadilan, Islam pasti menang dan takkan kalah-kalah lagi!