IMAM GHAZALI MEMBONGKAR KEJAHATAN SYIAH.

“Seseorang yang dengan terus terang mengkafirkan Abu Bakr dan Umar Radhiallah Anhuma, maka bererti dia telah menentang dan membinasakan Ijma kaum Muslimin. Padahal tentang diri mereka (para sahabat) ini terdapat ayat-ayat Al Quran yang Allah menjanjikan syurga kepada mereka dan pujian bagi mereka serta pengukuhan atas kebenaran kehidupan agama mereka, dan keteguhan aqidah mereka serta kelebihan mereka dari manusia-manusia lain”.- Imam Ghazali


“Bilamana riwayat yang begini banyak telah sampai kepadanya, namun dia tetap berkeyakinan bahwa para sahabat itu kafir, maka orang semacam ini adalah kafir. Kerana dia telah mendustakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Sedangkan orang yang mendustakan satu kata saja dari ucapan baginda Rasul saw maka menurut Ijma’ kaum Muslimin, orang tersebut adalah kafir”.- Imam Ghazali

---

Imam Ghazali adalah seorang mujaddid kurun ke 5, wali Allah di zamannya. Dia terkenal dengan pembelaanya terhadap agama Islam. Oleh kerana itu dia digelar Hujjatul Islam. Dia menjadikan Islam sebagai cara hidup dan dilaksanakan di dalam kehidupan. Dia adalah benteng kepada agama Islam.

Abu Hamid Al-Ghazali atau Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad At-Tusi, itulah namanya. Berasal dari Thusi, Khurasan dan gelaran Ghazali itu ada yang berpendapat daripada nama daerahnya, Ghazalah di Thusi, di Khurasan, Parsi (sekarang Iran). Dilahirkan pada 1058 Masihi bersamaan 450 Hijriah. Ada juga yang menggelarnya As-Syafie kerana bermazhab Syafie.

Dia dan adiknya, Ahmad membesar bersama-sama. Ayah mereka adalah penjual pakaian daripada bulu biri-biri. Sejak dari kecil lagi, dia dianugerahkan rasa yang mendalam terhadap Islam dan ilmu-ilmu Islam.

Pendek cerita, setelah menuntut ilmu dari pelbagai ulama dan guru, dia menjadi terkenal dan dilantik menjadi pengetua di Madrasah An-Nizamiah di Baghdad. Telah menulis banyak kitab-kitab yang menjadi rujukan umat Islam hingga kini, antara yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin.

Antara peristiwa dalam hidupnya ialah, ketika dia menjadi imam, adiknya Ahmad mufarakah dan tidak mengikutinya. Hal itu menjadi bualan kerana dia adalah orang besar, tiba-tiba adiknya sendiri tidak mengikutinya dalam sembahyang.

Maka dia mengadu pada ibunya akan hal itu. Lalu si ibu memanggil kedua anaknya dan meminta Ahmad memberi alasan atau sebab mengapa dia mufarakah. Katanya, sewaktu dia menjadi makmum, dia ternampak darah di belakang badan abangnya.

Sedarlah Imam Ghazali bahawa adiknya telah dibukakan pandangan tembus oleh Allah kepadanya. Maka Imam Ghazali minta adiknya memberitahunya, bagaimana dia boleh pelajari ilmu tersebut.

Kata Ahmad, abangnya takkan mampu untuk belajar dengan gurunya itu. Namun selepas didesak berkali-kali, Ahmad akhirnya memberitahu di mana tempat gurunya. Imam Ghazali, kerana cintakan ilmu dan ingin mmbela Islam, terus ke tempat guru adiknya itu.

Sampailah dia di satu pasar, dan terdapat seorang yang dimaksudkan oleh adiknya di celahan orang ramai di pasar itu. Lalu dia terus meminta izin untuk menjadi muridnya. Namun ditolak, atas alasan Imam Ghazali takkan mampu. Teruslah dia merayu supaya diterima.

Selepas diterima, Imam Ghazali diminta tanggalkan jubah kebesarannya dan bersihkan tandas-tandas di pasar itu. Itulah kerja yang dilakukan Imam Ghazali setiap hari bila diminta mengajar kepadanya daripada guru tadi. Imam Ghazali adalah seorang yang taat dan lurus, dia tidak membantah.

Tak lama selepas itu, gurunya kata bahawa dia telah lulus dan boleh balik. Selepas tamat pengajian daripada guru tadi, bermulalah era baru dalam hidupnya. Dalam perjalanan pulang, dia terhoyong hayang. Ini menjadi tanda tanya dan kehairanan bagi masyarakat awam dan tersebarlah kata-kata bahawa Imam Ghazali sudah gila.

Hal ini sampai kepada sultan lalu dipanggilnya Imam Ghazali ke istana. Sebelum menguji Imam Ghazali, sultan telah buang cincinnya ke dalam laut. Sultan tahu apa yang terjadi pada Imam Ghazali, bahawa martabatnya disisi Tuhan telah diangkat. Namun kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Pendek kata, sultan minta Imam Ghazali mencari cincinnya yang jatuh dilaut itu. Imam Ghazali menyelukkan tangannya ke dalam seluar, kemudian mengeluarkan sesuatu. Cincin sultan diambil dari dalam seluarnya lalu diserahkan kepada sultan. Disahkan bahawa memang itu cincin sultan yang hilang, lalu sultan memberitahu kepada yang hadir bahawa Imam Ghazali dah sebenarnya telah ditingkatkan makamnya di sisi Tuhan.

Proses yang dilaluinya di pasar itulah yang meningkatkan makamnya, iaitu proses membuang sombong dari hatinya. Kata Imam Ghazali, penyakit hati yang paling akhir sekali dan paling susah dan sukar dibuang adalah penyakit sombong.

---

Antara hal yang menarik yang terjadi kepadanya ialah, sepanjang dia menulis kitab Ihya, baginda Nabi S.A.W. berada di sisinya. Apa-apa persoalan terus ditanyakan kepada Rasul S.A.W.

Imam Ghazali juga pernah dituduh sesat semasa hayatnya. Kitab Ihya karangannya lebih banyak diterima selepas kematiannya. Begitulah proses yang Tuhan lakukan kepada kekasih-kekasihnya. Tak hairanlah Abuya juga dilakukan hal yang sama kepada dirinya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?