CARA MENDAPAT BAHAGIA DUNIA AKHIRAT.
Untuk mendapat kebahagian di dunia dan akhirat, kita perlu mengaktifkan ROH atau dengan kata-kata yang lain aktifkan hati. Cara nya ialah dengan mengusahakannya hadis Nabi yang juga sama dengan pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya:
Begitu juga kita disuruh melupakan keburukan manusia terhadap kita, sebaliknya mengingat keburukan kita kepada orang lain. Dengan ini akan dapat mengelakkan kita daripada berasa dendam dan sakit hati terhadap orang lain. Dengan mengingati keburukan kita pada manusia, kita akan berusaha memohon kemaafan dan menebus kesalahan dengan berbuat baik serta menjalinkan silaturrahim.
Berbuatlah segala kebaikan dengan hati. Luruskan hati kita, berbuat hanya untuk Allah dan Rasul, bukan untuk selainnya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Inilah antara hikmah mengapa diminta untuk mengingat kesalahan diri. Allah sukakan hamba-hambaNya yang tak putus-putus rasa bersalah dan berdosa. Jika seorang hamba hanya ingat kesalahan dirinya, manalah sempat nak tengok kesalahan orang lain! Kalau semua manusia seperti ini, makmurlah dunia. Inilah rahsia kebahagian.
Kesimpulannya, ingatlah kebaikan manusia dan lupakan keburukannya. Ingat kejahatan kita dan lupakan kebaikan kita. Nescaya hidup bahagia di dunia membawa ke akhirat. Anak kuncinya ialah takutkan Allah dan rindukan Rasul. Selamat di dunia selamat di akhirat.
"Ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara. Pertama, ingat segala perbuatan baik orang kepada kita dan lupakan semua kebaikan kita kepada orang. Kedua lupakan kejahatan orang terhadap kita tetapi ingat segala perbuatan buruk kita kepada orang."
'Ingat dua perkara lupa dua perkara'- mudah bukan?! Inilah rahsia kebahagian hidup. Bagaimana yang dikatakan mendapat kebahagian daripada perkara ini? Apa hikmahnya yang tersembunyi?
Tuhan ciptakan manusia penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Dibandingkan dengan haiwan, fizikal manusia adalah cukup lemah dan dhaif. Apa yang membezakan manusia dengan haiwan ialah akal. Dengan akal manusia dapat berfikir dan berkemajuan.
Namun akal juga ada kelemahan. Akal bila tidak dipandu, akan merosakkan. Yang rosak ialah manusia itu sendiri. Apa kaitannya akal dengan kebahagiaan ini? Kata Abuya, kalau manusia tu nak sumbat semua perkara dalam otak (akal) dia, hilanglah bahagia! Inilah hikmahnya, mengapa disuruh ingat dua perkara lupa dua perkara.
Kalau nak diingat semua salah dan silap serta kekurangan manusia terhadap kita, boleh pecah kepala dibuatnya. Dia buat itu kita ingat, dia buat ini kita ingat, habis semua benda dia buat kita nak ingat. Akhirnya dia bahagia, kita yang merana kalau dah semua perkara nak masuk kepala. Kerana itulah diminta lupakan kesalahan, kekurangan, kejahatan manusia terhadap kita. Untungnya untuk kita juga.
Namun nafsu kita suka berbangga dengan kebaikan yang dibuatnya. Manakala segala perkara buruk berkaitan diri pula akan disorokkan. Nafsu suka kebaikannya disebut-sebut dan dikenang-kenang. Susah dan derita kalau buruknya yang diingat orang. Katalah ada orang terlupa puji kebaikannya, laju je mulut untuk mengungkit.
Begitulah nafsu yang selalunya mengharapkan kebaikannya diingati. Paling tidak pun cukuplah sekadar menyebutnya. Sepatutnya amal baik yang kita lakukan hendaklah merasakan untuk Tuhan, bukan untuk manusia. Itulah yang Rasul minta kita lupakan. Kita sebenarnya nak tunjuk pada siapa amalan kita itu?
Begitu juga kita disuruh melupakan keburukan manusia terhadap kita, sebaliknya mengingat keburukan kita kepada orang lain. Dengan ini akan dapat mengelakkan kita daripada berasa dendam dan sakit hati terhadap orang lain. Dengan mengingati keburukan kita pada manusia, kita akan berusaha memohon kemaafan dan menebus kesalahan dengan berbuat baik serta menjalinkan silaturrahim.
Masukkan dalam hati tentang segala kebaikan orang lain terhadap kita supaya ianya kekal di dalam perasaan. Kalau hanya pada fikiran, ianya terlalu longgar untuk dikekalkan ingatan tersebut.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Inilah antara hikmah mengapa diminta untuk mengingat kesalahan diri. Allah sukakan hamba-hambaNya yang tak putus-putus rasa bersalah dan berdosa. Jika seorang hamba hanya ingat kesalahan dirinya, manalah sempat nak tengok kesalahan orang lain! Kalau semua manusia seperti ini, makmurlah dunia. Inilah rahsia kebahagian.
Tuhan yang Maha Baik itu menyediakan tempat tinggal yang indah buat selama-lamanya untuk manusia yang boleh ingat dua perkara dan lupa dua perkara ini. Allah juga sukakan hamba yang ingatkan dua dan lupakan dua perkara ini.
Insya-Allah, hati akan merasa lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Hati yang selamat dari sifat-sifat terkeji, sangat bersangka baik pada manusia yang lain. Sebab itu orang mukmin, susah atau senang tidak memberikan masalah pada mereka.
Para sahabat berbahagia dengan kemiskinan. Saiyyidina Abdur Rahman bin Auf derita dengan hartanya. Nak sangat dia dengan kemiskinan, tak macam kita. Mereka bahagia dengan kesusahan kita derita dengannya. Begitulah bezanya hati yang selamat dan hati yang tidak selamat.
Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada roh atau hati– sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang dicari terlalu dekat, hanya berada di dalam hati sendiri.