SEMBAHYANG ADALAH WADAH MELAHIRKAN MASYARAKAT TAKUT TUHAN DAN RINDU NABI.
Allah-lah yang mensyariatkan sembahyang kepada hamba-hambaNya. Allah jualah yang memanggil Nabi Muhammad S.A.W. ke Sidratul Muntaha untuk dianugerahkan sembahyang itu. Allah yang mengajarkan sembahyang yang agung itu kepada baginda Nabi.
Hasil bersembahyang membuatkan hati baginda S.A.W. tidak putus-putus lagi dengan Allah. Perasaan takut, harap, cemas, dan bimbang menguasai peribadi dan hati baginda disepanjang sembahyang. Segala bacaan dan perbuatan di dalam sembahyang yang Allah syariatkan itu benar-benar menghidupkan akal dan hati para hamba kepada Allah.
Mengapa kita boleh menghayati dan boleh mengikuti dengan penuh perasaan akan drama-drama di kaca tv? Kerana mereka 'membaca' skrip-skrip mereka itu didalam bahasa yang boleh kita fahami, lantas otak membias kimia-kimia emosi tertentu dan ini membuatkan sel-sel badan kita melakukan tugas-tugasnya seperti menaikkan degupan jantung apabila marah dan mengangis apabila sedih.
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." Al-Ankabut: 45
Mengapa kita boleh menghayati dan boleh mengikuti dengan penuh perasaan akan drama-drama di kaca tv? Kerana mereka 'membaca' skrip-skrip mereka itu didalam bahasa yang boleh kita fahami, lantas otak membias kimia-kimia emosi tertentu dan ini membuatkan sel-sel badan kita melakukan tugas-tugasnya seperti menaikkan degupan jantung apabila marah dan mengangis apabila sedih.
Begitu jugalah pada masa kini, jika kita menonton wayang di pawagam ataupun menonton siri TV dari luar negara, mengapa perlu ada sarikata? Supaya kita faham dengan apa yang ditutur katakan lantas memberi kesan dari jalan cerita tersebut.
Menarikkah cerita cinta jika apa yang dituturkan oleh pelakon tidak kita fahami? Bolehkah kita mendapat manafaat dari ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah dari negara asing yang memberi ceramah tanpa dapat kita fahami apa yang dikatakannya? Jika didalam hal-hal ini kita utamakan pemahamannya, mengapa tidak didalam sembahyang?
Memahami sembahyang ini amat penting didalam konsep ibadah asas itu sendiri. Kerana apa yang diajarkan oleh Abuya, menerusi pemahaman didalam sembahyang inilah kunci "mencegah kemungkaran". Semasa di sekolah dahulu, ketika perhimpunan pagi sering dilaungkankan rukun negara, kerana apa? Kerana kerajaan mahukan rakyat yang "setia kepada raja dan negara" dan sebagainya. Cuba bayangkan jika rukun negara itu diucapkan didalam bahasa Arab tanpa maknanya diterangkan, rasanya mampukan laungan itu itu memberi kesan?
Mungkin ada yang berkata, "Allah mesti faham apa yang kita ucapkan", iaitu bacaan yang diucapkan. Akan tetapi jika kita sendiri tidak memahaminya, adakah ia akan memberi manfaat kepada kita? Umpama kita keluar negara dan pergi ke restoran yang mana menunya didalam bahasa asing yang tidak difahami. Kerana ego tidak mahu bertanya, seolah-olah faham menu tersebut, kita terus sahaja memesan apa yang tertera, apabila yang datang ke meja tidak menepati citarasa kita, siapa yang harus disalahkan?
Masalah kita yang mana bahasa Arab bukan bahasa ibunda, tak mabuk pun kita tetap tidak faham apa yang kita kumat kamitkan, oleh sebab itu menjadi kemestian bagi kita supaya memahami apa yang dibaca supaya kita patuh mengikut perintah Allah seperti didalam ayat diatas itu tadi.

Lagu-lagu baru akan mudah dihafal apabila kita sering dan kerap mendengarnya, begitu juga dengan rakaman bacaan sembahyang. Semakin kerap kita mendengarnya maka semakin mudah kita memahami bacaan sembahyang kita.
Maka hasil dan kesan sembahyang terjadilah masyarakat yang takut Tuhan dan Rindu Nabi. Maka dari masyarakat itulah akan terbangunnya kemenangan didalam kehidupan masyarakat Islam. Yakni, Islam dapat ditegakkan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara!